[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Monday, September 29, 2014

Buku : Buat Bakal Isteriku oleh Ibnu Rijal

Buku : Buat Bakal Isteriku oleh Ibnu Rijal

No Perolehan:13-06429
Call No.  297.577 RIJ
ISBN: 978-967-0392-48-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:
Buku ini ibarat coretan rahsia hati seorang lelaki buat bakal isteri. Ia mengisahkan percintaan sebelum dan selepas nikah. Antaranya ialah apa yang sepatutnya ada di dalam sesuatu hubungan hinggalah kepada isu semasa berkaitan perkahwinan serta kekeluargaan yang dianjur Islam.

Coretan ini turut disulami dengan kisah-kisah percintaan yang indah, puisi, analogi madah, ungkapan hadis dan Quran, umpama nasihat seorang bakal suami.

Judul: Buat Bakal Isteriku
Pengarang: Ibnu Rijal
Penerbit: MustRead Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 15.92
Muka surat:143
Rating : 4/5

Monday, September 22, 2014

Buku: Cara Cepat Menguasai MS Excel diterbitkan oleh Synergy Media

Buku: Cara Cepat Menguasai MS Excel diterbitkan oleh Synergy Media

No Perolehan: 13-06217
Call No.  005.54 CAR
ISBN: 978-967-225-63-7
Bahasa: Melayu
Kategori: Karya Am

Ulasan:
Buku ini menerangkan tentang cara cepat untuk menguasai MS Excel. Pembaca boleh belajar tentang worksheet, jenis-jenis data, formula, grafik dan sebagainya. Isi kandungannya mudah difahami dan terperinci.

Buku: Cara Cepat Menguasai MS Excel diterbitkan oleh Synergy Media
Pengarang:
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2013
Harga: 15.92
Muka surat:175
Rating : 3/5

Monday, September 8, 2014

Buku : Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik & Berjaya : Suatu Pendekatan Yang Holistik oleh Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad

Buku : Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik & Berjaya : Suatu Pendekatan Yang Holistik oleh Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad

No Perolehan:13-06603
Call No.  610.711 MUH
ISBN: 978-967-70365-6-3
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Teknologi

Ulasan:
Buku ini boleh menjadi panduan dan sumber motivasi untuk menjadi seorang pelajar yang baik dan Berjaya. Ia menggabungkan aspek kehidupan spiritual dengan amalan secara berdisiplin beserta gaya hidup positif yang dibina dari peringkat dalaman diri. Beberapa aspek teknik belajar yang berkesan, catatan nota dan teknik-teknik peperiksaan juga diberi perhatian.

Buku ini ditulis bagi membantu mencegah penuntut universiti terjerumus ke dalam perangkap yang mungkin berlaku semasa menjadi penuntut di universiti serta cuba mengatasi sebahagian ketegangan yang mungkin dihadapi oleh para pelajar khususnya dalam perjalanan selama lima tahun menjadi seorang doktor.

Judul: Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik & Berjaya : Suatu Pendekatan Yang Holistik
Pengarang: Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad
Penerbit: As-sohwah Enterprise
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 16.00
Muka surat:100
Rating : 4/5

Monday, September 1, 2014

Buku: Bila Allah menduga Kita oleh Syed Alwi Alatas

Buku: Bila Allah menduga Kita oleh Syed Alwi Alatas

Bila Allah menduga Kita
Syed Alwi Alatas
mustread sdn bhd
2010

Bila Allah menduga kita lebih memperincikan aspek-aspek
kehidupan yang sentiasa menyelubungi setiap insan.
setiap masaalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan,
terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu
diambil untuk menangani masaalah tersebut.