[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Sunday, November 16, 2014

1.6 juta buku untuk 1121 perpustakaan desa sejak 2006





Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah membekalkan sebanyak 1.6 juta naskhah bahan bacaan terbitan dalam negara di 1,121 perpustakaan desa di seluruh negara sejak 2006.

Ketua Pengarah PNM, Nafisah Ahmad berkata, penyediaan bahan bacaan melibatkan 80 peratus dalam bahasa Melayu dan 20 peratus dalam bahasa Inggeris itu membabitkan peruntukan antara RM4 juta hingga RM6.5 juta setahun.

Beliau berkata, bahan bacaan yang disediakan juga terdiri daripada pelbagai kategori dan bidang ilmu bagi semua peringkat umur.

Pada tahun ini sahaja sejumlah RM6.5 juta disediakan untuk membeli bahan bacaan untuk perpustakaan desa bagi memastikan bahan bacaan yang dibeli itu dapat memberi manfaat kepada golongan sasar melibatkan masyarakat desa,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Bahasa Merentas Desa’ di Perpustakaan Desa PNM, Taman Seri Duyong di sini hari ini.

Beliau berkata, buat permulaan sebanyak 5,000 naskhah bahan bacaan akan dibekalkan di setiap perpustakaan desa yang baru ditubuhkan dan ia akan ditambah antara 400 hingga 500 naskhah dari masa ke semasa. - BERNAMA 9 Nov 2014

Friday, November 7, 2014

Buku: Kisah-kisah terbaik al-quran Pertamaku oleh Saniyasnain Khan

Buku: Kisah-kisah terbaik al-quran Pertamaku  oleh Saniyasnain Khan

No Perolehan:  13-06514
Call No. : 297.18 KHA M
ISBN: 978-967-0414-76-8
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Agama

Ulasan :
Buku ini menghimpunkan 42 buah cerita teladan  yang dipetik dalam al-Quran dan ada pengajaran diselitkan pada setiap cerita  yang dipersembahkan.

Olahan buku ini menggunakan bahasa serta ayat yang  mudah difahami kanak-kanak. Selain Ilustrasi yang menarik lagi menawan  serta berwarna-warni ia juga disertakan dengan  rujukan di dalam al-Quran  bagi setiap kisah.

Buku ini sangat sesuai buat kanak-kanak yang telah mula mengenali bahan bacaan kerana pelbagai gambar menarik dan kombinasi warna yang cantik boleh menarik perhatian kanak-kanak.

Judul:  Kisah-kisah terbaik al-quran Pertamaku 
Pengarang: Saniyasnain Khan
Penerbit: Darul Mughni
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 23.90
Muka surat: 317 M/s
Rating : 4/5