Sunday, January 4, 2015

Buku: Nostalgia Bonda 2 oleh Kamariah Jamaludin

Buku: Nostalgia Bonda 2 oleh Kamariah Jamaludin

Kasih dan budi ibu tiada batasannya. Sejak dari rahim ibu lagi hingga hayat dikandung badan. Curahan kasih ibu kepada anak-anaknya tiada hingganya. Curahan kasih melalui masakan "air tangan" ibu sangat berkesan dan bermakna. Masakan ibulah yang paling enak di dunia. Lazimnya masakan ibu sendiri sentiasa dirindui, menjadi idaman dan kenangan serta menimbulkan nostalgia ketika berjauhan atau ketika ibu telah tiada lagi di dunia ini.

Nostalgia Bonda 2 menghimpunkan koleksi resipi daripada ibu penulis dan rakan-rakannya. Sebanyak lebih kurang 40 resipi dimuatkan di dalam buku ini. Resipi kasih sayang yang menjadi khazanah dan peninggalan ibu penulis sungguh istimewa. Resipi-resipinya cukup ringkas, sangat enak dan mudah untuk dicuba. Penulis berharap buku ini dapat menggamit memori bersama ibu anda, di samping menambahkan lagi koleksi hidangan anda sekeluarga. Betapa bermaknanya setiap masakan yang disediakan ibu dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan hati yang murni.

No Perolehan: 2013- 04526 
ISBN  978-967-61-2621-4    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori:  Dewasa
Ringkasan/ Ulasan 

Judul  : Nostalgia Bonda 2
Pengarang : Kamariah Jamaludin
Penerbit:. Utusan Publications & Distributors sdn bhd. Kuala lumpur.
Tahun terbitan: 2013
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 100  ms

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

No comments: