Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 27, 2015

Buku: Sakit Bukan Alasan Untuk Meninggalkan Solat oleh Prof. Madya Dr. Basri Bin Al-Hasani Al-Azhari

Buku: Sakit Bukan Alasan Untuk Meninggalkan Solat oleh Prof. Madya Dr. Basri Bin Al-Hasani Al-Azhari

Ringkasan/ Ulasan:
Tidak ada alasan bagi setiap orang Islam untuk meninggalkan solat fardu. Seperti yang sering kita dengar yang solat itu adalah tiang agama. Solatlah yang membezakan orang Islam dari penganut agama lain.

Kita juga sering diberitahu tentang azab seksa yang akan menimpa orang yang meninggalkan solat. Berbagai-bagai kisah dan pengajaran yang kita dengar dan ketahui tentang utamanya ibadah solat ini.

Sakit bukan alasan untuk meninggalkan solat. Jika tidak boleh berdiri,solat boleh dilakukan secara duduk, kalau tidak boleh juga dalam keadaan berbaring. Walaupun dalam keadaan berperang sekalipun, kita tetap diwajibkan bersolat. Buku ini mengupas tentang pentingnya solat ini.

Buku ini juga dilengkapi dengan ilustrasi lengkap cara-cara untuk bersolat walaupun sedang sakit. Semoga dengan kehadiran buku ini, kita lebih jelas dan memahami tentang pentingnya solat itu.

Selain itu semoga Allah akan memberikan ketetapan di dalam hati dan jiwa kita dan keluarga kita agar menjadi orang yang sentiasa menjaga dan melaksanakan solat, menurut perintah dan larangan Allah.

No Perolehan: DCAM 04857
ISBN: 978-967-5984-67-9
Kategori: Agama
Judul: Sakit Bukan Alasan Untuk Meninggalkan Solat
Pengarang: Prof. Madya Dr. Basri Bin Al-Hasani Al-Azhari
Penerbit: Al-Hidayah
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM10.00
Muka surat: 132

ulasan oleh:
Puan Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands

No comments: