Tuesday, February 3, 2015

Buku: Asas Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan Awal Kanak-Kanak oleh Zainun Ishak

Buku: Asas Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan Awal Kanak-Kanak oleh Zainun Ishak

Ringkasan/ Ulasan
Buku ini merupakan sebuah buku yang memberikan panduan yang lengkap tentang kesihatan, keselamatan dan pemakanan kanak-kanak. Buku ini sesuai untuk ibu bapa, guru Pendidikan Awal Kanak-kanak, pengusaha tadika dan taska dan juga mereka yang terlibat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan prasekolah. Buku ini juga boleh dijadikan teks rujukan oleh guru pelatih yang mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak, sama ada di universiti atau di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia.

Buku ini mengandungi 10 Bab kesemuanya.
Bab 1 menjelaskan tentang Konsep Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan.
Bab 2 Membincangkan aspek kesihatan diri dan gaya hidup yang aktif.
Bab 3 dan 4 membincangkan konsep kecergasan fizikal kanak-kanak.
Bab 5 menjelaskan konsep makanan dan pemakanan Piramid.
Bab 6 dan 7 menjelaskan asas penjagaan kesihatan dan jenis-jenis penyakit kanak-kanak.
Bab 8 pula menjelaskan peranan guru-guru dalam program kesihatan dan keselamatan serta pelbagai program seperti melindungi kanak-kanak dari pencemaran dan penderaan.
Bab 9 dan 10 menjelaskan cara-cara bertindak pada masa kecemasan dan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan Kanak-kanak.

Judul: Asas Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan Awal Kanak-Kanak
Pengarang: Zainun Ishak
Penerbit: Zit Publishing
Tahun terbitan: 2013
Harga: RM 23.92
Mukasurat: 192 ms
No Perolehan: 2014- 05696  
ISBN 978-967-5905-03-2     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

No comments: