Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, February 24, 2015

Buku: Kisah dan Tauladan Membina Jati Diri Muslim Sejati oleh Siti Saujah Hj Mashuri dan To'at Amrullah Hj T. Syarfi

Buku: Kisah dan Tauladan Membina Jati Diri Muslim Sejati oleh Siti Saujah Hj Mashuri dan To’at Amrullah Hj T. Syarfi

Ringkasan/ Ulasan :
 Buku ini disusun bertujuan untuk menambah pengetahuan kita tentang akhlak dan kehidupan Nabi dan Para sahabatnya agar kita boleh mengambil Ibrah daripadanya. Sebab Nabi telah bersabda bahawa

"Sahabat-sahabatku bagaikan bintang-bintang kepada sesiapapun engkau ikut nescaya engkau akan mendapat petunjuk."

Peribadi dan kehidupan Rasulullah saw adalah teladan ( uswah hasanah) bagi umat islam kerana akhlaknya yang agung.Keteladanan baginda telah memancarkan sinar terang yang menyinari jiwa dan kehidupan para sahabat dan pengikut-pengikutnya serta ulama –ulama pewarisnya yang dikenal dengan ahli hikmah.

Telah banyak buku-buku tentang kisah Nabi dan sahabat, namun buku ini ada kelainan sedikit, sebab kisah-kisahnya tidak sahaja mengandungi petua dari ahli hikmah tapi dikelompokkan ke dalam tajuk-tajuk yang merujuk kepada sudut-sudut kehidupan tertentu agar pembaca boleh memilih mengikut minatnya masing-masing. Kisah-kisah ini bukanlah khayalan kerana ai diambil dari kitab-kitab yang disusun oleh para ulama muktabar dan merupakan sebahagian dari sejarah islam.

Judul:  Kisah dan Tauladan Membina Jati Diri Muslim Sejati
Pengarang:   Siti Saujah Hj Mashuri dan To’at Amrullah Hj T. Syarfi
Penerbit:  Crescent News ( K.L ) sdn bhd.
Tahun terbitan :  2012             
Harga : RM 19.12
Mukasurat : xiii,346 ms
No Perolehan: 2014- 05255  
ISBN 978-967-409-020-3     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori : dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

No comments: