Tuesday, February 10, 2015

Buku: Tersungkur di Pintu Neraka: Pengakuan Seorang Melayu Murtad oleh Aminuddin Yahaya

Buku: Tersungkur di Pintu Neraka: Pengakuan Seorang Melayu Murtad oleh Aminuddin Yahaya

Ringkasan/ Ulasan   :

Walaupun kes murtad ini telah berlaku lama di kalangan bangsa Melayu tetapi penafian oleh sebahagian pemimpin politik ini menggambarkan sikap dangkal ilmu dan gelojoh politik sehingga menolak kebenaran.

Pengalaman penulis berbincang dengan pelbagai NGO islam yang berusaha siang dan malam menyelamatkan anak Melayu dari murtad telah menggerakkan penulisan buku ini.

Bilangan murtad yang semakin hari semakin berleluasa sedangkan masyarakat Melayu islam masih lagi leka dengan kehidupan dunia dan kancah pergolakan politik menyebabkan isu ini dipandang sepi.

Judul: Tersungkur di Pintu Neraka: Pengakuan Seorang Melayu Murtad
Pengarang: Aminuddin Yahaya
Penerbit:    Global Thinkers
Tahun terbitan:  2013  
Harga:12.00
Mukasurat:    143 ms
No Perolehan : 2014 - 05720  
ISBN  : 978-967-5473-34-0     
Bahasa : Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

No comments: