Monday, February 16, 2015

Taklimat ringkas KOHA Library Software open source

Pada 8.2.2015 pegawai di Perbadanan perpustakaan Awam Pahang telah berpeluang mendapat pendedahan tentang KOHA Library Software open source. Pembangunan KOHA Library Software ini dibangunkan bersama oleh perpustakaan diseluruh dunia dengan pengelibatan sukarelawan, dan syarikat-syarikat sokongan di seluruh dunia.
 Sejarah pembangunan KOHA Library Software bermula pada tahun 1999 berikutan kemunculan y2k bug.
 Tarikh sebenar adalah 6 September 1999 setalah dikenalpasti bahawa tiada Opensource for ILS. Pada 21 Julai 2000 Koha 1.00 telah boleh di 'download'. Pada 17 Oktober 2000 Koha telah memenangi Anugerah 3M Innovation in Libraries. Pada 27 Oktober 2000 Koha sekali lagi menang katogari “The best example of interactive media specifically made for community and not for profit organisations.” dalam Interactive NZ Award.

Pada 15 jun 2002 'bug' yang pertama telah dilaporkan pada jam 1.15pm dan ianya dengan pantas diselesaikan pada jam 2pm.
Pada 26 Ogos 2002 Nelsonville Public Library mengumumkan hasrat mereka untuk menggunakan KOHA. Pada 16 April 2003 Paul Poulain telah membentangkan tajuk “Open Source Software in Libraries” di French National School for librarians. Pada 1 April 2004 Koha 2.0 telah dilancarkan. Pada 24 Disember 2014 telah dilancarkan Koha yang terbaru iaitu Koha 3.16.6.

 Banyak nama-nama yang terlibat diperingkat awal, antaranya adalah Chris Cormack, Pawel Skuza, Gerrit Niestij, Nicolas Rosasco, Tonesse, Stephen Hedges, Paul Poulain, Joshua Ferraro, Roger Buck, Pat Eyler, Gynn Lomax, Alan Millar, Rachel Hamilton, orian Meid, David Strainchamps, Henri-Damien Lauren, Francisco M. Marzoa Alonso,  Ambrose L, Mike Hansen,  Al Banks,  MJ Ray, Serge Renaux, Jerome Vizcaino, Michel Lerenard, Joshua Ferraro, Pierre Cauchois , Richard Anderson dan Owen Leonard.

Rujukan:
http://koha-community.org/about/history/

No comments: