Monday, March 23, 2015

Himpunan 35 Nama-nama Binatang Dalam Peribahasa Melayu

Berikut adalah senarai peribahasa yang mempunyai kaitan dengan nama binatang. Senarai ini dibuat berdasarkan apa yang ditulis dan apa yang diceritakan. Senarai ini boleh bertambah jika ada maklumat-maklumat tambahan diterima. Berikut adalah senarai binatang yang ada dalam peribahasa:
1. Harimau
2. Gajah
3. Naga/Cacing
4. Anjing/babi
5. Lembu
6. Kucing
7. Kuda
8. Kambing
9. Kerbau
10. Kancil
11. Kijang
12. Kera
13. Keldai
14. Ayam
15. Beruk
16. Badak
17. Belalang
18. Biawak
19. Cacing
20. Cicak
21. Helang
22. Burung gagak
23. Enggang
24. Serigala
25. Unta
26. Buaya
27. Lintah
28. Ular/Belut
29. Tupai
30. Musang/Ayam
31. Kucing
32. Katak
33. Labah-labah
33. Ikan
34. Tikus/Kucing
35. Ubur-ubur

Berikut adalah senarai 80 peribahasa yang mempunyai kaitan dengan nama-nama binatang.

1. Harimau - Sebagai simbol untuk raja dan menunjukkan pangkat dan kekuasaan.
-Anak harimau (anak orang ada kuasa).
-Harimau ditakuti sebab giginya (pembesar itu ditakuti kerana kuasanya).
-Harimau memperlihatkan kukunya (pembesar memperlihatkan kuasanya)
-Harimau menunjukkan belangnya (pembesar memperlihatkan kuasanya).

Harimau juga sebagai seorang yang bersifat bengis dan kejam, mengancam orang lain.
-Anak harimau diajar makan daging (orang yang zalim diberi galakan untuk membuat aniaya)
-Seperti harimau beranak kecil (sifat orang yang sangat bengis dan garang).

2. Gajah: menunjukkan kuasa dan kekuatan.
-Gajah lalu rumpai layu (perbuatan orang yang berkuasa membawa kesusahan kepada orang yang lemah).
-Gajah masuk kampung, kalau pohon tak tumbang, rumput layu juga). (orang yang berkuasa dapat berbuat sesuka hati kepada orang yang lemah).
-Gajah mati tulang setimbun (orang kaya meninggal dunia banyak meninggalkan hartanya).
-Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah. (kalau para pemimpin berselisih faham rakyat mendapat susah).
-Orang yang berpangkat dan berkuasa hilang pengaruh atau kuasa boleh disamakan dengan gajah yang dibinasakan.
-Gajah dialahkan oleh pelanduk (orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
-Gajah ditelan ular lidi (Orang berkuasa dapat dialahkan orang lemah).
-Gajah empat kaki lagi tersaruk (pembesar sekalipun, ada waktunya akan kehilangan kebesarannya).
-Adat gajah terdorong. (Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya)

3. Naga/Cacing: dianggap simbol orang besar dan berkuasa.
-Cacing hendak menjadi naga (orang kecil hendak menyamai orang besar).
-Cacing menelan naga (orang yang berkusa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
-Naga ditelan ular lidi (orang bangsawan berkahwin dengan orang biasa).

4. Anjing dan babi sebagai simbol kejahatan dan kehinaan.
-Anjing kurap (hina kerana kemiskinan).
-Anjing biasa makan tahi, jika tidak dimakan, mencium ada juga ( orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangi lagi perbuatan itu)
-Seperti anjing dengan kucing (selalu bertengkar).
-Kepala tersangkut dengan kulit babi (mendapat malu besar).
-Mutiara terkalung di leher babi ( tidak tahu menilai barang berharga, yang mulia jadi hina).

5. Lembu: menunjukkan kebodohan.
-Lembu dogol jangan dibalun (orang yang tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh.
-Lembu juga dijadikan simbol orang yang tidak seberapa kuasanya.
-Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol (orang yang hanya suka menggertak tetapi tidak merbahaya; melawan dengan seberapa kuasanya dalam perkelahian.
6. Kucing: menunjukkan orang yang ditakuti.
-Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi (apabila orang yang ditakuti datang, maka diamlah mereka yang bising.
-Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi (orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tiak disegani orang lagi.

7. Kuda: simbol orang miskin yang berlagak seperti orang kaya.
-Bak rasa kuda pula kukuran (perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya).
-Seperti kuda lepas dari pingitan (terlalu gembira sebab lepas dari kurungan atau pembelengguan).
-Anak kuda bulu kasap. (Anak muda yang tidak tahu susah)

8. Kambing: orang yang ditakuti. Kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonok, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah.
-Kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya).
-Anak kambing tak akan jadi anak harimau (orang yang pengecut (bodoh) tidak akan jadi orang yang berani (pandai).
-Bagai kambing dalam biduk (orang yang ketakutan dan tidak dapat berbuat apa-apa).
-Bagai kambing harga dua kupang (tidak senonoh perangainya, keanak-anakan).
-Bagai kambing dimandikan pagi (perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).
-Seperti kambing dengan harimau (orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.
-Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi (orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa).

9. Kerbau: simbol kepada orang yang jahat, orang yang bodoh, hina,
-Bagai kerbau runcing tanduk (orang yang terkenal kerana jahatnya).
-Bagai jelongak kerbau rampung (orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang).
-Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor (berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian).
-Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain).

10. Kancil: simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikatakan
-Akal kancil (tipu muslihat yang licin, cerdik dengan tipu muslihatnya).

11. Kijang: simbol kepada negara/tempat asal.
-Kijang dirantai dengan emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan (seseorang itu akan ingat juga negeri asalanya sekalipun senang hidupnya dinegeri orang.
-Seperti kijang lepas ke rimba (orang yang telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi.

12. Kera: Simbol kepada orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, resah gelisah, orang yang takut bergaul.
-Kera dapat (diberi) bunga = bagai kera diberi kaca (mendapat (diberi) sessuatu yang tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya).
-Seperti kera kena belacan (sangat gelisah (resah), tidak senang diam).
-Seperti kera sumbang (orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai).

13. Keldai: simbol kebodohan.
-Keldai hendak dijadikan kuda (orang yang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai).

14. Ayam:
-Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau tidak berharga)

15. Beruk:
-Berhakim kepada beruk (meminta hukum kepada orang yang tamak).

16. Badak:
-Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya (seseorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat diraja).

17. Belalang
-Belalang telah menjadi helang (orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan pandai).

18. Biawak
-Mendukung biawak hidup (melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri),

19. Cacing
-Cacing naik ke muka (kelakuan yang melampau).

20. Cicak:
-Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; bersenang hati (gembira)

21. Helang: simbol kebesaran, kegagahan,
-Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (orang miskin mahu meniri kelakuan orang kaya).
-Seperti helang menyongsong angin (gagah dan berani apabila menentang musuh).
-Cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua (biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi)

22. Burung gagak:
-Burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya (orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat diperbaiki lagi )

23. Enggang: simbol kebesaran,
-Pipit meminang anak enggang (orang yang miskin meminang anak orang kaya tentu tidak munasabah)

24. Serigala: simbol kejahatan, kecurangan.
-Serigala berbulu domba (orang yang kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang).
-Serigala dengan buah anggur (orang yang mencela sesuatu yang diingininya kerana ia tidak berupaya untuk mendapatkan benda itu).

25. Unta: simbol kebodohan, lurus, patuh.
-Bagai unta menyerahkan diri (orang yang sangat patuh menurut perintah; mengaku salah serta bertaubat daripada kesalahan itu; orang yang bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yang cerdik).

26. Buaya
-Buaya darat (penjahat; kaki perempuan).
-Adakah buaya menolak bangkai (orang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan).

27. Lintah
-Seperti lintah menghisap darah (membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal, menipu dengan cara yang lemah lembut).
28. Ular/Belut
-Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut (yang jahat itu tetap jahat).
-Sudah tampak kaki ular (telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui).
-Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. (Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya)

29. Tupai
-Seperti kelapa ditebuk tupai (anak dara yang telah rosak sebelum kawin).

30. Musang/Ayam
-Musang berbulu ayam (orang jahat berlagak sebagai orang baik).
-Musang terjun lantai terjungkat (tempat yang dimasuki pencuri ada meninggalkan kesannya).

31. Kucing
-Bagai kucing dibawakan lidi. (Berlari kerana ketakutan.)

32. Katak
-Seperti katak disimbah air. (Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan).
-Alim bagai katak di tepi air. (Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya)

33. Labah-labah
-Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut. (Orang jahat yang suka menipu orang)

33. Ikan
-Air keruh, ikan limbat keluar. (Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung.)
-Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah. (Tidak memilih-milih)

34. Tikus/Kucing
-Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. (Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.)

35. Ubur-ubur
-Bagai ubur-ubur airnya hitam (Daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).

No comments: