Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, May 17, 2015

Aktiviti Keceriaan PD Sungai Lembing Kuantan

Bagi menambah minat pengunjung ke perpustakaan, Perpustakaan Desa Sungai Lembing telah menjalankan aktiviti mengecat bangunan perpustakaan. Mungkin elok juga diceritakan serba sedikit tentang sejarah Sungai lembing sambil mengecat. "Jarak di antara Sg Lembing dengan bandar Kuantan ialah kira-kira 42km dan mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 45 minit dengan menaiki kenderaan sendiri dan 1 jam dengan menaiki bas awam."
 1. Berikutan kedudukan Sg Lembing yang agak jauh dari bandar, maka ramai yang tidak menyedari akan keunikan yang terdapat di sini, seperti keindahan alam semulajadi dan sejarahnya yang tersendiri.
 2. Pada zaman kegemilangannya, Sungai Lembing dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, kedai, balai polis, rumah kediaman, sistem pengangkutan yang baik dan lain-lain lagi. Dianggarkan penduduk Sungai Lembing ketika itu ialah berjumlah 10,000 orang penduduk.
 3. Namun dalam meniti zaman kegemilangan tersebut, Sungai Lembing digugat oleh beberapa peristiwa hitam. Antaranya ialah kebakaran bangunan-bangunan kedai pada tahun 1921, kejadian banjir besar pada 1926, penjajahan Jepun pada 1941-1945 dan ancaman komunis pada tahun 1950-an.
 4. Segala peristiwa itu menyebabkan PCCL terpaksa membelanjakan wang yang besar untuk membangunkan semula Bandar Sungai Lembing.
 5. Namun demikian, tamparan paling hebat adalah kejatuhan harga timah di pasaran dunia pada tahun 1985 yang menyebabkan PCCL mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan operasinya. Aktiviti-aktiviti di Bandar Sungai Lembing menjadi perlahan dan begitu juga ekonomi hariannya.
6. Penutupan lombong bijih timah memberi banyak kesan negatif kepada Bandar Sungai Lembing. Ia telah merubah wajah bandar ini yang sebelum ini riuh menjadi sunyi sepi. Bilangan penduduk mulai berkurangan, dan ramai yang berhijrah mencari rezeki ke tempat lain. Bandar Sungai Lembing pada saat ini menjadi seperti bandar mati kerana suasananya begitu suram.

 7. Kini Perpustakaan Desa Sungai Lembing memainkan peranan bagi memulihkan kegemilangan asal Sungai Lembing.
8. Perpustakaan Desa Sungai Lembing juga bersedia menerima kedatangan pelancong yang cenderung kepada 'READING TOURISM'. Perkara ini bertepatan apabila Perbadanan perpustakaan Awam Pahang adalah salah satu agensi yang berada dibawah Exco Pelancongan.

Rujukan:
http://hanila-sepanjangjalanpulang.blogspot.com/2013/03/jejak-sejarah-di-pekan-koboi-sg-lembing.html


No comments: