[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Tuesday, June 23, 2015

BUKU: PUTTING TO REST : THE CLAIM TO SABAH BY THE SELF-PROCLAIMED SULTANATE OF SULU oleh Abdul Gani Patail

BUKU: PUTTING TO REST : THE CLAIM TO SABAH BY THE SELF-PROCLAIMED SULTANATE OF SULU oleh Abdul Gani Patail

ISBN: 9789674302214
Call No.: 327.160959521
Harga: RM30.00
Penulis: Abdul Gani Patail
Tahun Diterbitkan: 2013
Penerbit: ITBM
Bahasa: Inggeris

Isu tuntutan negeri Sabah oleh pihak yang mengaku pewaris 'Kesultanan Sulu' sampai ke kemuncaknya pada Februari 2013 bilamana satu pasukan bersenjata telah mendarat di Kampung Tandou dan menuntuk hak milik kepada Sabah. Insiden 'stand-off' yang berlaku telah menumpahkan banyak darah dari pasukan keselamatan Malaysia dan daripada pihak penceroboh.

Buku ini bertujuan untuk menamatkan tuntutan daripada 'Sultan Sulu' dengan mengetengahkan dua kaedah penerangan yang komprehensif.

Pertama, dengan berdasarkan dokumen-dokumen lama perjanjian dan instrumentasi bukti-bukti lama yang menerangkan bahawa Sabah adalah satu wilayah di bawah pemerintahan Malaysia yang sah.

Kaedah kedua adalah dengan menidakkan tuntutan pihak 'Kesultanan Sulu'. Bukti-bukti kukuh disokong dengan rujukan daripada perjanjian-perjanjian lama.
Penulis, Abdul Gani Patail ternyata peka dan teliti dalam membentangkan hujah-hujah yang disokong bukti rujukan yang lengkap.
Buku ini sesuai dibaca oleh penggemar sejarah, pengelidik, pelajar dan orang awam yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemelut pertikaian tuntutan Sabah.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

No comments: