Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 21, 2015

Buku: Awas Bila Hati Dah Sayang oleh Tinta Biru

Buku: Awas! Bila Hati Dah Sayang oleh Tinta Biru

No Perolehan: 12/00588
Call No: D
ISBN: 9789670246161
Bahasa: Melayu
Kategori: Fiksyen

Ulasan: Cinta hadir tanpa diduga. Sekeras manapun kita menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah cinta pertamanya gagal. Syafiqah berjaya membuka pintu hatinya namun ego mengatasi segalanya.

Gurauan demi gurauan membuatkan hati Syafiqah sering terusik. Dia mempunyai rasa yang sama dan cuba menepisnya. Bagi Syafiqah cintanya hanya untuk Khairil teman waktu zaman sekolah.

Keadaan makin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang menagih cinta. Begitu juga dengan khairil yang menyimpan rasa cinta terhadap Syafiqah. Perasaan cemburu dan syak wasangka sering menjadi permainan.


Judul: Awas! Bila Hati Dah Sayang
Pengarang: Tinta Biru
Penerbit: Karya Seni Enterprise
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM23.00
Muka surat: 623
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Rompin

No comments: