Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 31, 2015

(2) Sejarah Tokoh Pahang IPIM 2015

Program: Seminar Tokoh Sejarah Pahang serta Sambutan Merdeka 2015
Tarikh: 27.8.2015
Masa: 7.30 pagi hingga 10.30 malam
Tempat: Dewan Terbuka Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang.
Perasmi: YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang
Anjuran: Persatuan Waris Imam Perang Indera Mahkota Haji Abdul Halim @ Che Endut.

Berikut adalah koleksi gambar sekitar program tersebut. Serta marilah kita sama-sama merenung kata-kata hikmat yang mungkin dapat memberi motivasi kepada kita semua.
 “Memuji secara seorang sama seorang itu mengampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
 “Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan kalau tidak hiraukan tetamu.”
 “Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
 “Biar cakap sikit tapi ada bukti; tak berguna cakap banyak tapi tak ada bukti.”
 “Biar buruk di mata orang tapi elok di mata ALLAH SWT, tapi tentu lebih bagus kalau elok di mata ALLAH SWT serta indah di mata orang.”
 “Bercakap itu mudah sebab itu ramai orang suka melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
 “Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
 “Mengasah kapak seminit lebih baik daripada menghayun kapak yang tumpul sepanjang hari.”
 “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”

sumber asal mutiara kata: cahayapurnama.com

No comments: