Sunday, August 9, 2015

Aktiviti Keceriaan di Perpustakaan UTC Pahang

Ahli kumpulan KIK Brain Builder Rangkaian Perpustakaan PPAP telah mengadakan aktiviti keceriaan di Perpustakaan UTC Kuantan. Tujuan aktiviti ini adalah bagi mengilap pemikiran ahli supaya dapat memikirkan cara menjadikankan perpustakaan UTC lebih ceria. Seterusnya pemikiran akan dikembangkan kepada mencari masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan di daerah, cawangan dan desa.
gambar 1
Mungkin masalah tersebut adalah masalah kecil tetapi mempunyai kesan yang besar kepada persekitaran kerja. Atau mungkin masalah yang besar yang besar tetapi dirasakan kecil kerana sentiasa tersasar pandang. Ahli kumpulan mungkin akan di ajak berfikir secara 'zoon in' dan 'zoom out'.
 gambar2
Jika ahli tidak mempunyai kemampuan berfikir secara 'zoon in' dan 'zoom out' mungkin ahli Brain Builder akan menyelesaikan sebahagian sahaja dari keseluruhan masalah.
 gambar3
Kadang-kadang kita tidak boleh terus memaksa otak kita untuk terus berfikir secara serius dalam usaha mencari masalah semasa. Ahli diajak memikirkan sesuatu aktiviti yang melibatkan kreativiti. Kalau disekolah, mungkin aktiviti sebegini dilakukan oleh kanak-kanak sekolah tadika.
 gambar4
Kadang-kadang kita perlu menjadi kanak-kanak tadika bagi melakukan evolusi pemikiran bukan revolusi pemikiran. Bukan secara mendadak tetapi secara beransur-ansur. Bukan secara serius dan tegas tetapi secara main-main dan berseronok.
 gambar5
Kami membiarkan pemikiran ahli menjadi fokus pada tugasan mudah-mudah kemudian pemikiran dibina secara beransur-ansur dalam suasana yang santai dan harmoni. Walaupun semua ahli telah mengenali antara satu sama lain tetapi dalam proses 'Brain Builder' mungkin mereka agak kaku dan perlu dilakukan 'Ice Breaking'..
 gambar6
Otak kita perlu ditenangkan dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu isu. Bagaimana kita melakukan aktiviti tenangkankan fikiran. Untuk melakukan mind reset, ia bergantung kepada tabiat/ sikap kita. Tujuh tabiat yang menyumbang kepada cara kita berfikir 1) Jangan cepat menolak idea kawan; 2) Kurangkan bercakap banyakkan mendengar; 3) Cuba fikirkan tanya pelbagai soalan; 4) Kaji segala kemungkinan; 5) Cuba katakan YA atau MUNGKIN, bukan tidak; 6) Rajin membaca 7) Keluar daripada persekitaran sedia ada
gambar7
Proses penting dalam kreativiti adalah mendapatkan idea atau pelbagai cadangan BUKAN penerangan atau huraian atau hujah terhadap idea.
 gambar8
Antara keadan untuk mendapatkan idea adalah dengan menggunakan pertanyaan "Kenapa Tidak ....? Jika dibiarkan soalan ini berlegar dalam pemikiran kita akhirnya akan muncul suatu idea yang lucu atau gila-gila dan mungkin boleh diubahsuai bagi menjadikannya kreatif dan logik.
 gambar9
Satu lagi kaedah yang sesuai digunakan bagi menjana pelbagai idea adalah keadah RICE yang bermaksud
R - Reduce (kurangkan)
I - Increase (tambah)
C - Combine (gabung)
E - Eliminate (hapuskan)

Kita pilih satu perkara dan kita lakukan pengurangan atau penambahan atau pengabungan atau penghapusan fungsi perkara tersebut.
 gambar10
Percambahan minda juga selalu digunakan, tetapi masing-masing perlu tahu skop dan batas nya, antaranya adalah:
1) Jangan huraikan idea yang diberikan
2) Idea yang gila-gila ada logiknya
3) Idea yang tidak logik boleh diubahsuai
4) Gabungkan banyak idea menjadi satu idea
5) Berubah tempat berbincang jika idea tika keluar
6) Kumpulan yang ideal, ahlinya seramai 4 - 5 orang;
7) Bergilir-gilir dengan laju dalam menyatakan idea
8) Perlu ada tukang catat idea
9) Boleh berbincang secara whatapp tetapi perlu ada aturan

gambar11
Suatu perkara yang penting adalah, setiap orang ada gaya berfikir masing-masing. Setiap gaya boleh menentukan keputusan dan tindakan seseorang terhadap sesuatu perkara atau penyelesaian masalah. Jika kita dapat kenas pasti gaya berpikir setiap ahli, maka ahli tersebut boleh dimanafaatkan dalam menyalurkan idea yang sesuai dengan gaya masing-masing.
gambar12
 Gaya pemikiran lateral adalah satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan daya imaginasi dan bukan secara logik atau tradisional. Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan gaya pemikiran yang sedia ada tetapi ianya adalah untuk mencari jalan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki.
gamba13
 Kita tidak akan dapat menggali lebih banyak  lubang baru di tempat-tempat baru jika kita berterusan menggali lubang sama supaya ia makin dalam. Sedangkan apa yang kita perlu adalah mengali 10 lubang bagi menanam 10 batang anak lada. Mengali satu lubang sedalam 10 kaki dan menanam 10 batang anak lada dalam satu lubang, bukanlan keputusan yang bijak.
gambar14
Dr. De Bono ada memperkenalkan teori lima prinsip Revolusi Positif yang digunakan untuk mengatasi sifat-sifat negatif menggunakan konsep lima jari kita:
1. Ibu jari melambangkan keberkesanan (Effectiveness)
2. Jari telunjuk melambangkan sikap membina (Constructive)
3. Jari tengah melambangkan sikap menghormati (respect)
4. Jari manis melambangkan pembaikan diri (self-Improvement)
5. Jari kelingking melambangkan sumbangan (contribution).

Rujukan:
1. http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/bagaimana-memupuk-pemikiran-kreatif.html
2. http://cikgupsikomuzik.blogspot.com/2012/08/pemikiran-lateral-kritis-kreatif_29.html

No comments: