Thursday, August 20, 2015

Buku : Buat Pahala ‘Free’ Gaya Rasulullah oleh Mohd. Khairul Nizam

Buku : Buat Pahala ‘Free’ Gaya Rasulullah oleh Mohd. Khairul Nizam

No Perolehan    : DPEK 07723
Call No.    : 297.57 MOH
ISBN        : 978-967-411-327-8
Bahasa        : Melayu
Kategori    : Agama

Ulasan :

Buku ini merumuskan tentang manusia atau insan dicipta oleh Allah s.w.t. bagi menuju ke syurga. Insan dicipta bagi menjana pahala dan kebaikan. Itu adalah kefahaman mengapa tempat pertama yang didiami oleh manusia pertama, Nabi Adam a.s. adalah syurga.

Semua yang dipromosikan dalam agama adalah amalan-amalan yang membawa manusia ke syurga, bukan sebaliknya. Menjana pahala dan memasuki syurga adalah fitrah insan. Manakala melakukan dosa dan menuju ke neraka adalah sesuatu yang begitu dibenci oleh fitrah.
Jadi, mengapa terdapat manusia yang menjadikan amalan seharian mereka sebagai tiket untuk ke neraka? Jawapannya mudah. Itu adalah kedegilan, kejahilan, kekeliruan, hawa nafsu, dan peranan syaitan. Itu bukan fitrah insan.

Hati manusia yang bersih dan segar sentiasa mendambakan pahala. Bijak pandai mengatakan,

“Apabila hati berdukacita dan sedih akibat luput dan terlepasnya pahala, maka itu adalah hati yang hidup dan dekat kepada Allah. Tetapi ingat, apabila hati tidak peduli kepada urusan pahala, maka ketahuilah hati itu sudah mati dan juah daripada Allah”.

Kita berdoa supaya kita menjadi mereka yang mencintai pahala dan kebaikan. Selamat menjana pahala free dan selamat membaca.
           
 Judul        : Buat Pahala ‘Free’ Gaya Rasulullah
Pengarang    : Mohd. Khairul Nizam
Penerbit    : PTS Millennia Sdn. Bhd
Tahun Terbit    : 2015
Harga        : RM 9.60
Muka surat    : 112
Rating        : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Noraziah Binti Abd. Razak
PD Paloh Hinai

No comments: