Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, August 9, 2015

Ceramah Hak Cipta Dalam Penulisan dan Pameran Hasil Karya Penulis-penulis Pahang 2015

Ceramah Hak Cipta Dalam Penulisan dan Pameran Hasil Karya Penulis-penulis Pahang 2015 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Masa: 8.30 pagi

Bagi membuat persiapan, mesyuarat penyelarasan antara Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah diadakan pada 5hb Ogos 2015.
 Salah satu unit di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang adalah Unit Koleksi Negari Pahang. Unit ini berperanan mengesan mengumpul, memelihara dan mempromosi bahan-bahan yang berkaitan dengan negeri Pahang.
 Turut disimpan di Unit Koleksi Negeri Pahang adalah karya mengeai negeri Pahang yang dihasilkan oleh penulis-penulis Negeri Pahang iaitu mereka yang lahir di negeri Pahang atau menetap di negeri Pahang dan penulis yang menulis tentang negeri Pahang.
 Melalui program ini juga diharapkan dapat mengumpul biodata penulis Pahang, Mengumpul karya-karya penulis Pahang. Medan pertemuan bagi penulis-penulis Pahang yang berada di seluruh negara. Memberi pendedahan kepada penulis mengenai hak mereka.
Pengisian pada hari tersebuat adalah: 
Pamerah Hasil Karya Penulis-penulis Pahang.
Penulis berpeluang mempamirkan buku mereka dan membuat jualan terus kepada pembeli. Disini pembeli berpeluang bertemu dengan penulis buku kegemaran mereka.
Ceramah 'Hakcipta Dalam Penulisan'
Ceramah akan disampaikan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Disi penulis berpeluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai hak mereka dari sudut undang-undang.

No comments: