Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 17, 2015

Pertandingan Kitar Semula 3R Sekolah Rendah peringkat Negeri Pahang 2015

Pada hari ini 17hb Osos 2015 (Isnin) berlangsung Pertandingan Kitar Semula 3R peringkat sekolah rendah di negeri Pahang. Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) menjelaskan bahawa kitar semula adalah memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan suatu keluaran. Kitar semula dikatakan terjadi apabila bahan yang diproses dan berjaya menghasilkan suatu produk. Kitar semula perlu mengubah bahan yang sepatutnya menjadi sisa tetapi dijadikan sumber yang ada nilai. Kitar semula juga menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas boleh dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Turut bersedia pada hari ini adalah ambulan Persatuan bulan sabit Merah.
Unit Koleksi Negeri Pahang turut membuka gerai pameran pada hari ini.
 Koleksi CD dan poskad dari Unit Koleksi Negeri Pahang tersedia untuk jualan.
 Gerai pameran hasil dari bahan kitar semula 3R.

Kitar semula adalah salah satu cara terbaik untuk kita mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang kita didiami ini. Kitar semula amat penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak segera kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang semakin meningkat dari hari ke hari.
 Dengan idea yang kreatif, pelbagai idea boleh dijana bagi menghasilkan barangan yang boleh diguna semula. Antaranya adalah membuat rantai kunci.

Peningkatan dalam keperluan manusia menyebabkan kita membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa buangan.
 Serentak dengan Pertandingan Kitar Semula 3R peringkat sekolah rendah Negeri Pahang, diadakan juga Pertandingan Syarahan peringkat sekolah menangah bagi Negeri Pahang.
 Bahan kitar semula 3R dari pelajar sekolah rendah dari daerah Temerloh.

Peningkatan jumlah penduduk menyebabkan semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa.
  Bahan kitar semula 3R dari pelajar sekolah rendah dari daerah Jerantut.

Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan.
  Bahan kitar semula 3R dari pelajar sekolah rendah dari daerah Kuantan.

Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa dan bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas berminyak.
  Bahan kitar semula 3R dari pelajar sekolah rendah dari daerah Lipis.

Kitar semula adalah tangggungjawab yang amat penting kerana sisa buangan boleh memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar
Bahan kitar semula 3R dari pelajar sekolah rendah dari daerah Pekan.

Kitar semula perlu bagi mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang terurai di tapak-tapak pelupusan sampah di seluruh negara. 
 Pelbagai hasil bahan kitar semula 3R

Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah dari sumber asli seperti kayu balak. Seterusnya hutan dapat disimpan dan dikekalkan lebih lama. Kita tidak mahu pemanasan global dan pemusnahan habitat terjadi akibat dari pemusnahan hutan.
Hakim pertandingan Kitar Semula 3R sedang memeriksa bahan hasil kitar semula pelajar SK Pengkalan Tentera dari daerah Kuantan.

Proses kitar semula sepatutnya memerlukan sedikit sahaja tenaga yang secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi. Tenaga yang lebih besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah.
Pelajar SK Pengkalan Tentera dari daerah Kuantan sedang menjawab pertanyaan Hakim Pertandingan Kitar Semula 3R 2015.

Kitar semula sangat penting terutama kepada penduduk bandar. ianya dapat meningkatkan jangka hayat tapak-tapak pelupusan. Keadaan ini lebih menjadi lebih serius apabila kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan kerana sebahagian besar berada dalam kawasan tadahan air.
Pelajar sekolah rendah yang mewakili daerah Pekan berdebar-debar menunggu keputusan Hakim Pertandingan Kitar Semula 3R 2015.

Kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan kerana usaha menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dari bahan-bahan kitar semula.
Guru dan wakil sekolah rendah dari daerah Jerantut tenang menunggu keputusan Hakim Pertandingan Kitar Semula 3R 2015.

Jika kita dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan kurang tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli maka kita akan dapat memelihara alam untuk generasi yang akan datang.

Rujukan:
www.ppsppa.gov.my

No comments: