Monday, August 17, 2015

Pertandingan Pidato, Syarahan dan Inovasi Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Pahang 2015.

Tempat: Perkarangan Perbadangan Perpustakaan Awam Pahang
Tarikh: 17hb Ogos 2015 (Isnin)
Aktiviti:
1. Pertandingan Pidato dan Syarahan Sekolah Menengah peringkat Negeri Pahang 2015
2. Pertandingan Inovasi Sekolah Rendah peringkat Negeri Pahang 2015
Perasmi:
YB Dato' Sri Muhammad Safian Bin Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Perasmian penutup  Pertandingan Pidato, Syarahan dan Inovasi kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Pahang 2015 ini telah disempurnakan oleh YH Dato' Suhaimi Bin Mohd Yunus Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) bagi mewakili YB Dato' Sri Muhammad Safian Bin Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Puan Hajjah Faridzah Bt. Jaafar.

Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah berobjektifkan (1) Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara (2)Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid (3) Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara (4) Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara (5) Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, Toleransi dan kerjasama antara kaum (6) Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti (7) Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

Selain objektif tersebut, tujuannya adalah supaya pelajar-pelajar sentiasa diingatkan tentang tugas dan tanggungjawab asal mereka yang boleh digambarkan melalui koleksi ayat-ayat pantun khas untuk pelajar.
Kemana kancil hendak dikejar
Lari cepat masuk ke pasar
Kalau mahu jadi anak yang pintar
Rajin membaca banyak belajar
pergi sekolah pagi-pagi
jangan lupa makan sarapan
jika kita tak mau rugi
carilah ilmu buat bekalan
buat apa punya kuku
kalau tak punya jari
buat apa punya buku
kalau tak dipelajari
jika kita pergi ke dusun
jangan lupa bawa beras
belajarlah dengan tekun
supaya kita ada kelas
bunga mawar berwarna merah
sungguh indah walau diluar
daripada kita marah-marah
lebih baik kita belajar
anak kucing makan lepat
makan lepat sambil melompat
kalau ingin cepat pintar
rajin-rajinlah kita belajar
jika pergi kepadang datar
jangan lupa pulang berlabuh
jika kita ingin pintar
belajarlah sungguh-sungguh
burung helang terbang tinggi
tinggi diawan tiada tara
apabila kamu sudah berjaya nanti
jangan lupakan guru yang berjasa
berbaris burung belibis
bermalam dalam hutan
ilmu takkan pernah habis
ibarat saujana air dilautan
sebelum bermalam dalam hutan
bertenggek berbaris pada tebing
ibarat saujana air lautan
ditimba tidak pernah kering
burung tukang banyak alasan
selalu berketuk selalu berkesal
jangan banyak malas malasan
kelak kita akan menyesal
menyiang daging berkerat-kerat
dicuri pula kucing manja
tekun belajar memang berat
tapi kelak terasa manfaatnya
pahit sungguh rasanya jamu
buat ubat sihatkan badanmu
pergunakan masa mudamu
untuk selalu menuntut ilmu
jangan suram menerima tamu
jika tamunya seorang sahabat
jangan bosan menimba ilmu
karena ilmu sarat manfaat
jalan kelam disangka terang
hati kelam disangka suci
akal pendek selalu dipandang
janganlah hati kita terkunci
bunga mawar bunga melati
kala dicium harum baunya
kalau mahu tetapkan hati
baca Quran faham maknanya
ilmu insan setitik embun
tiada umat sepandai Nabi
kala nyawa tinggal diubun
turutlah ilmu sampai mati
menebang pokok membuat pagar
jangan terpotong pokok durian
cari guru tempat belajar
supaya jangan sesal kemudian
tiap nafas tiadalah kekal
siapkan bekal menjelang wafat
turutlah Nabi siapkan bekal
mari sebarkan ilmu manfaat
kayu cendana diatas batu
sudah diikat dibawa pulang
adat dunia memang begitu
benda yang buruk selalu dibuang
kemuning ditengah balai
bertumbuh terus semakin tinggi
berunding dengan orang tak pandai
bagaikan alu pencungkil duri
parang ditetak kebatang sena
belah buluh taruhlah temu
barang dikerja takkan sempurna
bila tak penuh menaruh ilmu
padang tamu padang baiduri
tempat raja membangun kota
bijak bertemu dengan jauhari
bagaikan cincin dengan permata
bandar kuantan indah bandarnya
sungguh elok bila dipandang
makin matang dilanjut usianya
makin eloklah pribadi dipandang
berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian
buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
kalau hutan mencari rusa
jangan lupa membawa tali
kepada anak-anak bangsa
sucikan diri cepat mandi
 Walau apapun keputusan pertandingan ini, pemenang bukanlah keutamaan. Penyertaan adalah unsur yang boleh membina kretiviti dan keyakinan dalam meghabiskan zaman persekolahan sebelum menempun era yang lebih mencabar. Namun begitu, yang menang berhak untuk merasa gembira dan meraikan kemenangan bersama guru, kawan dan keluarga.

No comments: