Saturday, August 15, 2015

Sekitar Majlis Jamuan Raya PPAP 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dengan izin Allah SWT, kini tibalah hari majlis Sambutan Hari Raya perbadanan perpustakaan Awam Pahang 2015 yang telah diadakan pada 14hb Ogos 2015 (Jumaat)
 Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.
 Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Bersejarah ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri bagi tahun 2015.
 Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini yang disertakan dengan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014, dimulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis dimulai dengan menjemput Ustaz Mohd Faizzuddin b Ibrahim bagi memimpin pembacaan doa.
 Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa. Semoga majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha Esa.
Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera
 Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Sesama rakan seperjuangan bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini rumah terbuka warga PPAP, jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh urusetia makanan.
 Bermaaf-maafan di pagi lebaran,
Rumah dikunjungi saudara mara,
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
Barulah Aman, Hidup Sejahtera.
Pagi-pagi menyusun kain
Kain disusun di atas papan
Mari Pulihkan Zahir Batin
Kemaafan permulaan pemulihan
 DALAM KERENDAHAN HATI
ADA KETINGGIAN BUDI..
DALAM KEMISKINAN HARTA
ADA KEKAYAAN JIWA..
DALAM KELEMBUTAN LIDAH
ADA KETERLANJURAN KATA..
DALAM GURAU SENDA TENTU
ADA KEKHILAFAN DAN DOSA..
MOHON KEMAAFAN
UNTUK SEGALA-GALANYA..
 Kapal Dagang Dari Seberang,
Sarat Muatan Kayu Meranti,
Aidilfitri kini menjelang,
Marilah kita saling memaafi.
 Ketupat rendang kueh bahulu,
Enak dimakan bersama keluarga,
Wahai teman wahai saudaraku,
Mari bermaafan dihari raya.
 Udara dingin dihening pagi,
Takbir bergema rai kemenangan,
Aidilfitri kini menjelma lagi,
Bersalam salaman tanda kemaafan.
 Bingkai ketupat daun kelapa..
Kelapa muda enak dirasa..
1 Syawal hampir tiba..
Mohon maaf atas salah dan dosa..
Selamat hari raya Idul Fitri..
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf
Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Di sambut dengan hati yang gembira
Kini Syawal semakin menjelma
Tangan dihulur maaf dipinta
Kebaya biru bersanggul rotan,
Bertudung jurai bunga siantan,
Salam Lebaran kami ucapkan,
Ampun dan maaf kami pohonkan.
Dalam Manis Ada Hempedu,
Dalam Kata Banyak Maknanya,
Sayunya Hati Ramadhan Berlalu
Untuk Menyambut Bulan Syawal
Hadirmu Syawal makin terasa,
Perginya Ramadhan penuh makna,
Salah dan khilaf maaf dipinta,
Andai jemari tidak sempat berjabat
Andai raya tak sempat berjumpa
seiring beduk yang bergema
kami hulurkan salam menyambut Aidilfitri
jika ada kata dan
kekurangan kami yang membekas luka
mohon maaf zahir batin
marilah kita saling mengasihi dan memaafkan
Satu Syawal menjelang tiba
takbir bergema menggegarkan jiwa
sekiranya ada salah dan dosa
ampun dipinta dihari mulia
Tangisan dan rintihan tiada henti
Alangkah hibanya di Aidilfitri
Di sini hari ini lebaran yang dinanti
Sanubari bernyanyi suci murni
Sesuci sebersih lebaran ini
Bersalam bermaafan
Keampunan keberkatan
Bersaudara berpanjangan
Yang malang jangan dilupakan
Kusyukuri Mu Rabbani
Anugerah Aidilfitri
Indahnya Hari ini
Wangian bunga
suci dan bersih
Sebagai penyeri
teruna dan dara
Buang yang keruh
ambil yang jernih
 Bersaut kokok si ayam jantan
Galak menanti sang mentari
Ucapan diberi tanda ingatan
Selamat menyambut Aidilfitri
Pohon saga juntainya berayun
Dibuat galah mengait timba
Timba berada di dalam paya
Warga PPAP memohon ampun
Silap dan salah jangan dicela
Moga berbahagia di Hari Raya
Makan ketupat dengan lemang
Masak pula di subuh hari
Hari raya kini menjelang
Puasa yang tinggal
wajib diganti
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
 Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.
Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.
Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Rujukan:
1. nodrugplease.blogspot.com
2. cikguannsr.blogspot.com
3. aniqbukhary.blogspot.com

No comments: