[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Wednesday, September 30, 2015

Perasmian Ekspo Buku Islam Pahang Ke-14 2015

Ekspo buku Islam Pahang 14 telah dirasmikan oleh YB. Dato' Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad  ADUN Kerdau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tuga-Tugas Khas. Perasmianny telah berlangsung pada 29.9.2015 (Selasa) pada jam 4.00 petang. Turut hadir adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Jaafar.

Semoga koleksi gambar sekitar perasmian ini boleh memberi motivasi kepada para pembaca. Bersama gambar ini disertakan himpunan pantun tentang buku dan membaca yang dikongsi dari sember:
- ctnurza.blogspot.my
- cikgunorainimy.blogspot.my
- bukuria-malaysia.com
 01.Gugur di bangku sibunga sena,
Sena di lembah tinggalan bonda;
Bacalah buku takkira di mana,
Agar bertambah ilmu di dada.
 02.Pohon duku di tepi paya,
Payanya rata di Kampung tua;
Jadikan buku teman setia,
Pastinya kita tidak kecewa.
 03.Naik beca pergi meronda,
Meronda sendiri bersuka ria;
Banyak membaca mempertajamkan minda,
Itulah ciri insan berjaya.
 04.Cermin kaca kesayangan hamba,
Cantik berharga bermutu tinggi;
Buku dibaca ilmu ditimba,
Bertanyalah juga kepada yang mengetahui.
 05.Masak dalca belimbing besi,
Resipi tok wan jadi kegemaran;
Dengan membaca masa terisi,
Meningkatkan pengetahuan perolehi kepandaian.
 06.Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.
 07.Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.
 08.Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.
 09. Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.
 10.Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga.
 11. Daun nipah kajangnya rapat,
Hidangan tetamu di Kuala Maran,
Buku menyimpan berjuta maklumat,
Fakta, ilmu, cereka dan hiburan.
 12. Anak muda pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menanti,
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.
 13. Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.
 14. Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah buku setiap hari,
Takkan habis ilmu dituntut.
 15. Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.
 16. Rumah batu berpintu kaca,
Rumah Tuanku Malim Sutan,
Ambil buku mari dibaca,
Perintang hati diseru setan.
 16. Rumah batu berpintu kaca,
Tukangnya pula orang Tanggerang,
Kalau rindu bacalah buku,
Karena buku abang yang karang.
 17. Lampu sakti terang buana,
Orang berkisah buku dikarang,
Selera mati tidur tak lena,
Keluh-kesah ibadatmu kurang.
 18. Membaca buku karangan pendita,
Buku dibaca selepas mandi,
Negara Malaysia negara tercinta,
Biar di sini jiwa bersemadi.
 19. Dibalik tabir buku tersisip,
Pelita terpasang diatas bangku,
Setiap kufikir kepada nasib,
Ku rasa malang nasib bangsaku.
 20. Gulai parpu tidaklah pedas,
Kalau pedas campurlah gula,
Baca buku janganlah malas,
Kalau malas keciwa sudahnya.
 21. Beli buku dikedai India,
Untok adik darjah satu,
Pernahkan berlaku dalam dunia,
Lumpur dipijak menjadi batu?
 22. Baik-baik membaca buku,
Supaya isinya dapat disemak,
Baik-baik bertingkah laku,
Supaya akhlak tiada rosak.
 23. Baik-baik membaca buku,
Supaya fahaman tidak menyimpang,
Baik-baik bertingkah laku,
Supaya budi tidak terbuang.
 24. Baik-baik membaca buku,
Supaya mengerti fikiran orang,
Baik-baik bertingkah laku,
Supaya budi tidak terbuang.
 25. Baik-baik duduk menulis,
Jangan sampai merosak buku,
Baik-baik duduk di majlis,
Jangan sampai membawak malu.
 26. Harum semerbak si bunga tanjung,
Kuntumnya mekar di taman raja,
Penulis buku wajar disanjung,
Zaman berzaman selama-lamanya.
 27. Orang Sumatera ke Pulau Perca,
Orang Maluku ke Taj Mahal,
Pelbagai cara galakkan membaca,
Adakah buku harganya mahal?
 28. Anak Pengiran orangnya segar,
Memasak kuah di dalam kuali,
Dalam pameran kita berlegar,
Berapa buku sudah dibeli?
 29. Buah duku di mangkuk berkaca,
Pasang damar di atas peti,
Ada buku tak ingin dibaca,
Bila bercakap ikutkan hati
 30. Membaca buku di atas beranda,
Berandanya pula di pinggiran kota,
Giliran Tuanku Raja Muda,
Raja Puan Muda turut serta.
 31. Teringatkan zaman Tun Sri Lanang,
Penulis buku Sejarah Melayu,
Jasa ibu bapa tetap dikenang,
Memang disuruh ajaran wahyu.
 32. Ambil sapu lidi kelapa,
Bersih rumah halaman juga,
Baca buku rajin belajar,
Tingkah laku pun diamal juga.
 33. Tulis buku buat catatan,
Dalam alemari boleh disimpan,
Masih kecil di angan-angan,
Sudah besar jadi idaman.
 34. Pinjamlah buku diperpustakaan,
Bawalah membaca didepan halaman,
Mohonlah petunjuk dapatkan kebenaran,
Petunjuk yang nyata buatlah pedoman.
 35. Air masin tercurah di pokok melati,
Tumbuh segan hidup pun segan,
Kalau pengalaman sudah sebati,
Tulislah dalam buku buat ingatan.
 36. Tiga pantun terakhir ini dari sumber lima-leemas.blogspot.my

Di sana kuda di sini buaya,
Berdiri kaku anak sang sapi,
Ilmu berganda di alam maya,
Wajarkah buku dipandang sepi?
 37. Perahu didayung ke Langkasuka,
Membawa rotan jual dipasar,
Pintu pustaka sentiasa terbuka,
Malang kita tak mahu belajar

Ke teluk sudah ke kuala pun sudah,
Hilang arahnya dayungan perahu,
Baca sudah khatam pun sudah,
bila ditanya mengeleng tak tahu.

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 30 Sept.2015 Rabu

30 Sept.2015 Rabu
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

11 Pg - Bilal Junior : Pertandingan Azan Dan Iqamat
1 Pt - "Smash Kuasa Minda Usahawan" Oleh Casamas Resources
6 Pt - Matematik Mudah Bersama Ez Math
Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa

Tuesday, September 29, 2015

Buku: Sesuci Cinta oleh Aina Emir

Buku: Sesuci Cinta oleh Aina Emir

No Perolehan: 06/00150
Call No: D 899.2333
ISBN: 9831241347
Bahasa: Melayu
Kategori: Kesusasteraan

Ulasan: Nuraina seorang gadis yang tidak punya harta benda berkawan dengan Armand yang berada. Dia melarikan diri bagi mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina.

Walau setinggi mana cinta, tanpa harta takkan ke mana jua. Jauh di rantauan akhirnya apa yang diinginkan tercapai apabila ada jejaka yang tampan yang bernama Behzad menerimanya seadanya. Sehebat mana manusia merancang tapi Tuhan jua yang menentukannya.

Tanpa terduga dia bertemu kembali dengan bekas kekasih lamanya iaitu Armand. Pertemuan yang tidak disangka-sangka ini telah mengetuk pintu hatinya semula.

Judul: Sesuci Cinta
Pengarang: Aina Emir
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2003
Harga: RM17.00
Muka surat: 477
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Rompin

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 29 Sept.2015 Selasa

29 Sept.2015 Selasa
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

11 Pg - Pertandingan Bercerita : Kisah Nabi Muhammad
1 Pt - "Ubah Hidup Dengan Ubah Cara Kita Berfikir"Oleh Mejar (B) Qayyum
6 Pt - Matematik Mudah Bersama Ez Math
Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa

Majlis perasmian ditukar pada petang hari ini

Monday, September 28, 2015

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 28 Sept.2015 Isnin

28 Sept.2015 Isnin
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

11 Pg - Raptai Perasmian Ekspo Buku Islam 14,Pahang
1 Pt - Majlis Perasmian Ekspo Buku Islam 14, Pahang
6 Pt - Matematik Mudah Bersama Ez Math
Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa

Sunday, September 27, 2015

Buku : Kalau Jodoh Tak kemana oleh NAURAH IMAN

Buku : Kalau Jodoh Tak kemana oleh NAURAH IMAN

No Perolehan : DBER 05776
Call No : F NAU
ISBN : 978 – 967 – 5118 – 93 – 7
Bahasa : Bahasa Melayu
Katogeri : Fiksyen Melayu

Ulasan:
Sara seorang gadis mendiri yang mempunyai pengusahaan penternakan kambing dan lembu telah nekad meminang lelaki dambaan hatinya, Ameer Hakimi setelah mengetahui berita pertunangan Ameer Hakimi gagal buat kali ke-5.

Sara tidak mahu lagi kehilangan lelaki yang Allah bukakan hati Sara untuk mencintai tanpa mengenalinya. Akibat ketelanjuran kata, Ameer Hakimi terpaksa menurut kehendak ibu bapanya yang telah menerima pinangan Sara.

Ameer Hakimi telah mencabar Sara untuk membuatnya jatuh cinta pada Sara walau dengan apa jua cara dengan bijak. Pelbagai usaha memikat penuh kejutan untuk Ameer Hakimi akhirnya Sara menyerahkan pada takdir apabila kehadiran Lisa membuatkan Ameer Hakimi semakin sukar untuk ditawan hatinya.

Judul : Kalau Jodoh Tak Kemana
Pengarang : NAURAH IMAN
Penerbit : Jemari Seni Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM18.40
Muka Surat : 610

Sekitar Ekspo buku Islam Pahang ke 14 tahun 2015 di Kuantan Pahang.

01. 
EKSPO BUKU ISLAM 14, PAHANG
26 SEPT - 4 OKT 2015
KUANTAN PARADE,KUANTAN
10.00 PAGI - 9.00 MALAM
02.
Berikut adalah 13 Panduan Bagaimana menjadi Penulis Yang Baik. Idea asalnya adalah oleh Michael Angier.

1. Jangan Membosankan - Pembaca akan menerima apa sahaja, kecuali jika anda membosankan. Mereka tidak perlu bersetuju dengan pendapat anda, tetapi sekurang-kurangnya mereka hendaklah tertarik dengan apa yang anda tuliskan. Jangan takut menulis sesuatu yang “membosankan”. Baca setiap ayat dan tanya diri sendiri, “Mengapa mereka mesti berminat mengenai perkara ini?”
03
2. Tulis Ayat Pendek - Pembaca tidak perlu berusaha keras untuk memahami apa yang anda tulis. Jika mereka terpaksa membaca semula ayat tersebut kerana strukturnya tidak betul, itu bukanlah salah mereka, sebaliknya salah anda sendiri. Baca dengan kuat apa yang telah anda tuliskan atau mintalah orang lain membacanya dengan kuat untuk mengenalpasti ayat-ayat yang terlalu panjang atau berbelit-belit.
04
3. Tujukan Kepada Pembaca - Guna perkataan “anda” dengan kerap. Cari jalan untuk menghapuskan atau mengurangkan perkataan “saya”. Guna gaya bahasa orang kedua untuk menyampaikan maksud dengan lebih berkesan. Pembaca akan lebih terdorong apabila merasakan bahawa anda sedang bercakap dengan mereka.
05
4. Aktif -Gunakan ayat aktif sebanyak mungkin. Ini lebih berkesan untuk menarik pembaca. Ayat seperti ini dapat membawa pembaca bersama dan hanya memerlukan beberapa perkataan sahaja untuk menyampaikan maksud anda. Contohnya, “Abu sukakan buku ...” adalah lebih berkesan daripada, “Buku yang disukai oleh Abu ...”
06
5.Mudah -Muka depan The Wall Street Journal dan keseluruhan USA Today ditulis bagi tahap pembacaan yang rendah. Mengapa kita perlu berbeza? Orang ramai tidak akan tertarik untuk membaca apa yang mereka tidak fahami. Sampaikan maksud anda dengan cepat dan tepat. Gunakan perkataan dengan sebaik-baiknya dan seminima yang mungkin. Gunakan perkataan yang bertepatan dengan maksudnya, tetapi pastikan yang anda menggunakannya kerana ia adalah perkataan yang betul dan bukannya hanya untuk menunjuk-nunjuk kekayaan perbendaharaan kata anda.
07
6. Bercerita - Penulis dan penceramah terbaik di dunia adalah pencerita yang baik. Cerita anda adalah yang terbaik. Apa yang anda kongsi dengan orang lain adalah pengalaman dan kebijaksanaan dari sudut pandangan anda dan dengan bercerita anda dapat mengambarkannya dengan lebih baik.
08
7. Kenali Subjek Anda - Tulis mengenai sesuatu yang berhak untuk anda tulis. Dalami subjek tersebut, tetapi jangan tulis kesemua yang anda tahu mengenainya. Lebih banyak anda tahu mengenai subjek anda, anda akan lebih yakin dan lebih berkredibiliti untuk menulisnya.
09
8. AYSD - Stesen radio yang harus didengar adalah yang menjuruskan kepada konsep "Apa Yang Saya Dapat". Pembaca atau pendengar mahu tahu apa yang mereka perolehi daripada apa yang anda tulis. Berikan apa yang mereka mahu.
10
9.Tulis Sepertimana Anda Bercakap - Atau sekurang-kurangnya sepertimana anda MAHU bercakap. Kerapkali saya lihat mereka yang mempunyai kemahiran bercakap cuba mengubah gaya bahasa mereka di dalam penulisan dan ia tidak berjaya. Adalah lebih baik jika anda “bercakap” dalam penulisan anda.
11
 10.Lukiskan Gambar - Kita berfikir dalam bentuk gambar dan seharusnya menulis dengan cara yang boleh melukiskan gambar-gambar ini dalam fikiran pembaca. Gambarkan fikiran anda. Berikan contoh. Terangkan sesuatu yang asing dengan cara yang lazim. “Hari pertama Aminah di tempat kerja barunya mengingatkannya kepada pengalaman hari pertama dia bersekolah.”
12
 11. Lupakan Sebentar - Tidak ramai orang yang boleh duduk dan menulis sesuatu dengan sempurna pada kali pertama. Sesebuah penulisan yang penting haruslah ditulis dan disemak kemudian, sekurang-kurangnya sehari kemudian. Beberapa perkara harus disunting beberapa kali.
13
12. Banyakkan Menulis dan Membaca - Nasihat ini datang daripada Stephen King – seorang penulis yang prolifik. Jika anda mahu menjadi seorang penulis yang baik, anda hendaklah melakukan dua perkara – banyak membaca dan banyak menulis. Itu sahaja.
14
13. Fakta Sahaja - Gunakan "fakta sahaja" di mana yang berkenaan. Gunakannya untuk membuat ringkasan atau merangka isi kandungan tulisan anda. Fikirkan mengenai seseorang yang mungkin hanya mula membaca secara ringkas isi tulisan anda. "Fakta sahaja" dapat menarik pembaca terus membaca.
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33
 34
35