Thursday, September 24, 2015

Buku: THE JUNGLE IS NEUTRAL: A SOLDIER'S TWO-YEAR ESCAPE FROM THE JAPANESE ARMY oleh F. Spencer Chapman.

BUKU: THE JUNGLE IS NEUTRAL: A SOLDIER'S TWO-YEAR ESCAPE FROM THE JAPANESE ARMY oleh F. Spencer Chapman.

ISBN: 9789814516389
Call No.: 940.5425
Harga: RM55.00
Penulis: F. Spencer Chapman
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : Marshall Cavendish
Bahasa : Inggeris

Pada tahun 1942 Jepun telah berjaya menakluki Malaysia dan Singapura. Setelah 70 hari memberi tentangan yang hebat, tentera Britain tewas dan bermulalah pendudukan askar Jepun yang kejam.

Namun peperangan masih berterusan. Dalam ranjau dan onak duri hutan tebal Malaysia, beberapa askar Britain yang berani tidak meninggalkan Tanah Melayu untuk meneruskan perjuangan.

Buku ini menceritakan pengalaman penulis selama 3 tahun tinggal di hutan tebal tanah melayu bagi meneruskan misi memberi tentangan secara gerila terhadap tentera Jepun, dalam pada masa yang sama melatih rekrut-rekrut baharu dengan tujuan memberi tentangan subversif bagi melumpuhkan pendudukan tentera Jepun itu.

Berlatarbelakangkan hutan tebal, hujan tropika, banjir, serangan penyakit, ancaman haiwan liar, penulis menceritakan dengan teliti pengalaman ‘survival’ beliau sepanjang operasi. Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi adalah perjalanan yang jauh melalui denai hutan dengan bantuan yang minima dari pihak atasan.

Naskah ini menceritakan secara terpeinci peperangan di hutan tropika sehingga diangkat menjadi bahan rujukan oleh pasukan-pasukan tentera di seluruh dunia. Aksi-aksi peperangan gerila ditampilkan dengan begitu menarik termasuk meletupkan jambatan, memotong jalan perhubungan, memasang bom pada kenderaan musuh.

Sepanjang 3 tahun itu bila tidak terlibat dalam serangan atau melarikan diri dari buruan pihak Jepun, penulis menceritakan pengalaman ikhtiar hidup beliau di hutan rimba. Memburu haiwan liar, merawat penyakit dan kecederaan dan semua ini berlaku di Malaysia sepanjang pendudukan jepun di tengah-tengah hutan tebal, jauh dari pandangan mata kasar.

Satu pengkisahan sejarah melalui perspektif berbeza yang bernilai tinggi dan sesuai dibaca oleh pengkaji sejarah, pelajar dan masyarakat umum.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

No comments: