Thursday, September 3, 2015

Seminar Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial

 01.
Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan multimedia yang terdiri daripada teks, gambar,video dan audio.
 02.
 Media sosial merupakan saluran komunikasi penting masa kini untuk membolehkan pegawai awam berhubung antara satu sama lain dan bertukar pandangan dengan rakyat. Terdapat pelbagai kategori penggunaan media sosial yang digunakan secara meluas dalam Perkhidmatan awam.
 03
 Pengguna media sosial sewajarnya mengambil kira aspek keselamatan yang menitikberatkan kepada melindungi hak privasi, ketirisan maklumat dan mengelakkan penyamaran identiti. Justeru itu,langkah memastikan perkakasan dan perisian yang digunakan untuk mengakses media sosial dapat meningkatkan tahap keselamatan pengurusan media sosial.
 04
 Aspek tanggungjawab pengguna yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan media sosial:
-memastikan alamat emel dan kata laluan rasmi tidak digunakan dalam akaun peribadi media sosial.
-mengelakkan sama sekali daripada membenarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun pegawai awam.
-keluar dari media sosial apabila tidak digunakan bagi mengelakkan kecurian identiti.
-mengelakkan perkongsian maklumat peribadi daripada dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
-mengelakkan dari memuat turun aplikasi yang tidak diketahui tahap keselamatannya.
 05
 Sepanjang menggunakan media sosial samada untuk tujuan rasmi atau peribadi, pegawai awam perlu memastikan etika penggunaan media sosial seperti yang berikut:
1. Semua pegawai awam adalah terikat dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan arahan-arahan yang berkaitan yang menjadi teras kepada keperibadian atau tatakelakuan anggota perkhidmatan awam.
 06
 2. Prinsip-prinsip penggunaan media sosial oleh pegawai awam sama ada dalam urusan rasmi ataupun peribadi adalah sama seperti yang terpakai bagi media-media yang lain. Media sosial merupakan forum awam di mana prinsip-prinsip yang sama diambil kira sebagaimana pengucapan awam ataupun penulisan secara rasmi atau tidak rasmi.
 07
 3. Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat samada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat ataupun melalui peralatan peribadi.
 08
 4. Pegawai awam boleh menggunakan media sosial secara peribadi di luar waktu pejabat tetapi perlu berhati-hati supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi. Pegawai awam dilarang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik kecuali telah mendapatkan kelulusan Ketua Perkhidmatan Awam.
 09
 5. Sebarang komen mengenai isu-isu yang melibatkan agensi atau yang berbentuk serangan peribadi hendaklah dielakkan.

6. Ketepatan dan sensitiviti maklumat yang ingin disampaikan hendaklah disemak terlebih dahulu sebelum dihantar.
 10
 7. Pegawai awam perlu memastikan perkongsian dan penggunaan maklumat yang berkaitan dengan hak cipta dan harta intelek telah mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan.

8. Sekiranya terdapat kesilapan pada sebarang maklumat yang telah dihebahkan, akui pada umum, buat pembetulan dan mohon maaf kepada pihak yang berkaitan secara terus dalam laman sosial yang terlibat.
 11
 Peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan penggunaan media sosial adalah seperti yang berikut:
 12
 • Akta Rahsia Rasmi 1972.
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
• Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 17 Julai 2009 bertajuk “Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam”.
13
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 Nov 2009 bertajuk “Penggunaan Media Sosial Di Sektor Awam”.
• Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk “Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam”.

sumber:
www2.risda.gov.my/kertaskerja/files/7.pptx

No comments: