[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Tuesday, October 27, 2015

Buku 50 Kisah Sebelum Anak Tidur oleh Muhammad Abduh

Buku 50 Kisah Sebelum Anak Tidur oleh Muhammad Abduh

ULASAN BUKU BIL. 3/2015
TAJUK BUKU  ;  50 Kisah Sebelum Anak Tidur.
PENGARANG   ;  Muhammad Abduh.
NO. PANGGILAN  ;    297.16 / MUH
ISBN  ;    578 – 967 – 12434 – 4 – 2
PENERBIT   ;   Green Domie Pub.
TARIKH / TAHUN TERBIT   ;  Cetakan Pertama  -  2014
EDISI BAHASA   ;   Bahasa Melayu
HARGA   ;  RMRM36.00

ULASAN BUKU
Kisah-kisah zaman lampau dapat kita petik hikmah didalamnya.Semua kisah itu dapat kita sampaikan  kepada anak-anak kita sehingga mereka mampu meneladani kebaikan-kebaikan para pendahulu mereka.

50 Kisah Sebelum Anak Tidur mengandung kisah-kisah yang penuh hikmah dan dapat disampaikan kepada anak-anak ketika menjelang waktu tidur mereka. Semoga kisah-kisahnya dapat menjadi inspirasi kebaikan untuk anak-anak kita.

Ulasan oleh
En. Abdul Fataruddin Md Ari
Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Buku: aku tunggu dia oleh Nurul Jannah

Buku: aku tunggu dia oleh Nurul Jannah

No Perolehan: DMAR14-06730
ISBN: 978-967-446-008-2
Kategori: Fiksyen

Ringkasan/ Ulasan:
Nadia Asyila, seorang polis wanita yang periang.Dirinya dikelilingi sahabat2 yang gila-gila dan satu kepala dengannya.Dia juga dicintai Iqmal Hisyam ttp tidak pernah membalas kasih lelaki itu.

Hatinya diberikan sepenuhnya kpd Fazr Azammer, lelaki yang tidak pernah mencintainya. Walaupun Fazar Azameer sering menghina ttp lalki itu juga yang terus bertahta di hatinya.

Saat selangkah dengan kematian, Nadia Asyila mendapat cinta yang dia inginkan. Bangkit drpd koma, dia member kejutan. Ttp dia lebih terperanjat dgn kejutan yg diterimanya.

Rupa rupanya dia bangun bukan hanya untuk bernyawa kembali ttp dia perlu member nyawa. Kini dia perlu memilih di antara dua orang lelaki yang jujur mencintainya

Judul: Aku Tunggu Dia
Pengarang: Nurul Jannah
Penerbit: Grup Buku Karangkraf
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM15.92
Muka surat: 460
Rating: -

Norkamila Mahmud
PAD Maran

Monday, October 26, 2015

Buku Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

Buku Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

TAJUK BUKU;  Memahami Komunikasi Orang Pekak.
PENGARANG;   Abdullah Bin Yusoff.
NO. PANGGILAN;   617.8 / abd
ISBN;    978 – 983 – 46 – 1571 – 0
PENERBIT;  Dewan Bahasa Dan Pustaka.
TARIKH / TAHUN TERBIT;   Cetakan Kedua  -  2014
EDISI BAHASA;   Bahasa Melayu.
HARGA;  RM20.00

ULASAN BUKU

Anda pernah bercakap atau berkomunikasi dengan orang pekak? Sama ada jawapan anda YA ataupun TIDAK , yang pasti adalah sukar untuk memahami mereka .

Disebabkan kita sukar memahami mereka, adakah wajar orang pekak disisihkan? Ketidakpeduliaan sesetengah anggota masyarakat terhadap orang pekak merupakan  penderitaan yang tidak tertanggung oleh golongan ini.

Oleh itu Memahami Komunikasi Orang Pekak  merupakan satu usaha murni atau jambatan bagi memudahkan proses perhubungan dengan mereka.

Buku ini adalah sebagai langkah permulaan penulis bagi membantu pembaca memahami orang pekak dalam pelbagai aspek. Selain memahami cara mereka berkomunikasi, pembaca juga didedahkan tentang kedudukan dan status bahasa isyarat mereka.

Di samping itu, mengklasfikasikan orang pekak  samaada cacat atau pengguna bahasa minority merupakan persoalan baharu yang dikemukakan penulis. Oleh hal yang demikian, buku ini wajar dibaca oleh semua, khususnya mereka yang berdamping dengan orang pekak bagi memudahkan kita memahami dan berkomunikasi dengan mereka.

Dengan terbitnya buku ini, diharapkan nasib warga pekak  akan lebih terbela.

Ulasan oleh
En. Abdul Fataruddin Md Ari
Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Tuesday, October 20, 2015

Buku: Syria Dan Syam oleh Johan Ariff Ismail

Buku: Syria Dan Syam oleh Johan Ariff Ismail

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07293
CALL NO. :910.4
ISBN : 978-967-0573-32-8
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : GEOGRAFI DAN SEJARAH

ULASAN:
Bumi Syam merangkumi empat negara dalam peta moden iaitu Jordan, Lebanon, Palestin dan Syria. Syria bumi yang penuh dengan keberkatan , bumi yang dijanjikan , bumi yang dihamparkan dan bumi para malaikat mengibarkan sayapnya pada setiap saat kini bersimbah darah saban waktu akibat kegilaan regim Bashar Asaad.Penulis telah mengikuti misi kemanusiaan untuk melihat sendiri kemusnahan yang telah dilakukan regim Bashar Asaad.

Kedudukan Syria dan Wilayah Syam yang bersifat geostrategik, berhampiran laut Mediterranean menjadi tarikan bukan sahaja dari aspek ekonomi bahkan turut diintai oleh negara kuasa-kuasa besar dunia dalam pelbagai bidang  politik dan strategi ketenteraan.
Mengapa Syam menjadi lokasi yang kerap kali disebut dalam hadis-hadis Baginda SAW? Mengapa Syam dan Yaman menjadi lokasi yang begitu signifikan dan sentiasa dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.Mengapa sejarah Islam dan tamadun Islam yang paling awal dikatakan berlaku di bumi Syam?

Ikutilah catatan perjalanan Johan Ariff Ismail untuk kita merasai kepedihan bumi Syria dan menelusuri kehidupan rakyatnya yang dimamah ketakutan setiap masa akibat perang.

JUDUL : Misi Kemanusiaan Syria Dan Syam:Travelog Berdarah
PENGARANG : Johan Ariff Ismail
PENERBIT :PSN Publications Sdn. Bhd.
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM24.72
MUKA SURAT :270
RATING :5/5

Tuesday, October 13, 2015

Buku: Teknik Belajar Berkesan oleh Hj Muhammad Zakaria

Buku: Teknik Belajar Berkesan oleh Hj Muhammad Zakaria   

No Perolehan: 07/02344
Call No: D 371.30281
ISBN: 9831241347
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan: Buku ini mendedahkan tentang cara dan teknik pembelajaran seorang pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu SPM 17A1 pada tahun 2004. Buku ini baik untuk dijadikan rujukan pelajar, guru dan juga ibu bapa.

Judul: Teknik Belajar Berkesan
Pengarang: Hj Muhammad Zakaria   
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2005
Harga: RM16.90
Muka surat: 151
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Rompin

Monday, October 12, 2015

Penulis Pahang: Maria Kajiwa

Nama Penuh:   Kamariah binti Singah
Nama Pena : Maria Kajiwa dan Camelia

Tempat Lahir :  Kampung Mengkarak, Bera, Pahang Darul Makmur.
Pekerjaan: Penulis sepenuh masa.

Disenaraikan dalam TOP 200 Penulis Penerima Royalti Tertinggi di PTS bagi Jualan Tahun 2010

Berikut adalah 19 senarai karya Maria Kajiwa yang telah diterbitkan:

Buku bantu diri oleh Maria Kajiwa:
Tulis Novel-Anda Pun Boleh -terbitan KaryaIlmu

Novel oleh Maria Kajiwa:

Lengloi - BukuPrima(2015)
Puja -BukuPrima (2014)
Janji Julia- AuroraCreative (2014)
Suara Tengah Malam- BukuPrima
Datang Pada Waktunya-FajarPakeer
Sepatu Queen-AuroraCreative
Erti Cinta-Karyaseni
Sejak Kita Bertemu-Karyaseni
Seteguh Ilalang-AuroraCreative
Rahsia Gadis VIP-AuroraCreative
Olan-FajarPakeer
Cenderakasih-FajarPakeer
Epoi- FajarPakeer
Planet-Planet Cinta-PTS

Antologi oleh Maria Kajiwa:

Anak Patung Nana -BukuPrima (2015)
Tentang Cinta: AuroraCreative
Gaun Berdarah- Alaf21
Kapur Kasut Kapur Tulis-2014

Semua novel Maria Kajiwa boleh dibeli di kedai buku atau melalui penulis melalui email pnmaria1@gmail.com.

Tuesday, October 6, 2015

Buku: Tanaman Hiasan Khasiat Makanan dan Ubatan oleh Ong Hean Chooi

Buku: Tanaman Hiasan Khasiat Makanan dan Ubatan oleh Ong Hean Chooi

No Perolehan: 06/02756
Call No: D 615.321
ISBN: 9676118923
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains dan Teknologi

Ulasan: Buku ini memuatkan gambar pelbagai jenis tanaman hiasan di mana tanaman hiasan juga boleh dijadikan ubatan, contohnya seperti bunga butang, kiambang dan tasbih yang mana dapat merawat pelbagai penyakit seperti penyakit asma, diabetes, buasir, senggugut dan tekanan darah tinggi.


Judul: Tanaman Hiasan Khasiat Makanan dan Ubatan
Pengarang: Ong Hean Chooi   
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM48.00
Muka surat: 265
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Rompin

Sunday, October 4, 2015

Buku : Memang Itu Cinta oleh ELIN NADIA

Buku : Memang Itu Cinta oleh ELIN NADIA

No Perolehan : DBER 05783
Call No : F ELI
ISBN : 978 – 983 – 124 – 749 – 5
Bahasa : Bahasa Melayu
Katogeri : Fiksyen Melayu

Ulasan:
Persahabatan erat Rania dan Irfan sejak kecil menyebabkan ibu bapa Rania sanggup bersengkokol dengan Irfan untuk mengahwinkan anak mereka,Rania dengan Irfan walaupun tanpa pengetahuan Rania.

Sikap ganas Rania menjadikan suaminya tempat penumbuk dan terajangnya disebabkan tidak puas hati dengan rancangan Irfan.

Rania juga memanggil suaminya “kura-kura” disebabkan sikap lurus bendul dan sopan santun Irfan yang membuatnya mudah dibuli rakan-rakan sejak kecil sehinggalan rakan sekerjanya.

Bagi Irfan biarpun sering dikasari dia tahu hati Rania baik dan apa jua cara akan dilakukan untuk mendapatkan cinta Rania.

Judul : Memang Itu Cinta
Pengarang : ELIN NADIA
Penerbit : Grupbuku Karangkraf
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM22.00
Muka Surat : 551
Rating : 5/5

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 4 Oktober 2015 Ahad

4 Oktober 2015 Ahad
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

11 Pg - Bintang Melayu Di Langit Turki Oleh Dr.Mat Rofa Islmail
12 Tgh - Perkongsian Ilmu Bersama Galeri Ilmu
2 Pt - Perkongsian Ilmu Oleh Ustaz Alwi Al-Atas
4 Pt - Diskusi Buku "Harta Yang Mengheret Ke Neraka" Oleh Firdaus Shahidin
6 Pt - Matematik Mudah Bersama Ez Math
Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa

Saturday, October 3, 2015

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 3 Oktober 2015 Sabtu

3 Oktober 2015 Sabtu
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

10 Pg - Diskusi Buku "Terima Kasih Murabbi" Oleh Dr.Farhan Hadi
11 Pg - Solat & Selawat Bersama Ustaz Don Daniyal
12 Tgh - Perkongsian Ilmu Bersama Pu Azman
1 Pt - Forum  Inspirasi I-Media Bersama Ustaz Rohidzir Rais,  Ustaz Zuhdi & Ustaz Nik Nizam
3 Pt - Slot Perkongsian Bersama Syria Care
5 Pt - "Memilih Untuk Berjaya" Oleh Mejar (B) Qayyum
6 Pt - Flash Mob Palestin Oleh Aman Palestin Pahang
Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa

Friday, October 2, 2015

Buku : Ketika hatiku Ingin Berhijrah oleh Azmi Ahmad

Buku : Ketika hatiku Ingin Berhijrah oleh Azmi Ahmad

No Perolehan:  DBER 05244
Call No. : 297.57 AZM
ISBN: 978-967-5426-36-0
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori:  AGAMA ISLAM

Ulasan:
Buku ini secara keseluruhanya membicarakan betapa perlunya manusia berhijrah dan berubah kepada kehidupan yang lebih baik dibawah naungan Allah s,w,t

Pelbagai soalan diajukan yang dikupas dan diulas merangkumi aspek akidah,syariah dan akhlak. Matlamat penulis buku ini mengajak pembaca berfikir, bermunasabah dan seterusnya bertindak untuk membuat perubahan dan penghijrahan.

Judul:  Ketika hatiku Ingin Berhijrah
Pengarang: Azmi Ahmad
Penerbit: Mustread sdn bhd
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM14.40
Muka surat: 129
Rating : 4/5

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 2 Oktober 2015 Jumaat

2 Oktober 2015 Jumaat
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

10 Pg - Seminar Kekeluargaan Bersama Ustazah Fatimah Syarha (Dewan Ppap)
6 Pt - Matematik Mudah Bersama Ez Math
Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa

Thursday, October 1, 2015

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015: 1 Oktober 2015 Khamis

1 Oktober 2015 Khamis
AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015

10 Pg - Spelling Bee Jawi
6 Pt - Matematik Mudah Bersama Ez Math
Semua Jadual Tertakluk Pada Perubahan Semasa