Monday, October 26, 2015

Buku Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

Buku Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

TAJUK BUKU;  Memahami Komunikasi Orang Pekak.
PENGARANG;   Abdullah Bin Yusoff.
NO. PANGGILAN;   617.8 / abd
ISBN;    978 – 983 – 46 – 1571 – 0
PENERBIT;  Dewan Bahasa Dan Pustaka.
TARIKH / TAHUN TERBIT;   Cetakan Kedua  -  2014
EDISI BAHASA;   Bahasa Melayu.
HARGA;  RM20.00

ULASAN BUKU

Anda pernah bercakap atau berkomunikasi dengan orang pekak? Sama ada jawapan anda YA ataupun TIDAK , yang pasti adalah sukar untuk memahami mereka .

Disebabkan kita sukar memahami mereka, adakah wajar orang pekak disisihkan? Ketidakpeduliaan sesetengah anggota masyarakat terhadap orang pekak merupakan  penderitaan yang tidak tertanggung oleh golongan ini.

Oleh itu Memahami Komunikasi Orang Pekak  merupakan satu usaha murni atau jambatan bagi memudahkan proses perhubungan dengan mereka.

Buku ini adalah sebagai langkah permulaan penulis bagi membantu pembaca memahami orang pekak dalam pelbagai aspek. Selain memahami cara mereka berkomunikasi, pembaca juga didedahkan tentang kedudukan dan status bahasa isyarat mereka.

Di samping itu, mengklasfikasikan orang pekak  samaada cacat atau pengguna bahasa minority merupakan persoalan baharu yang dikemukakan penulis. Oleh hal yang demikian, buku ini wajar dibaca oleh semua, khususnya mereka yang berdamping dengan orang pekak bagi memudahkan kita memahami dan berkomunikasi dengan mereka.

Dengan terbitnya buku ini, diharapkan nasib warga pekak  akan lebih terbela.

Ulasan oleh
En. Abdul Fataruddin Md Ari
Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

No comments: