Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, October 20, 2015

Buku: Syria Dan Syam oleh Johan Ariff Ismail

Buku: Syria Dan Syam oleh Johan Ariff Ismail

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07293
CALL NO. :910.4
ISBN : 978-967-0573-32-8
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : GEOGRAFI DAN SEJARAH

ULASAN:
Bumi Syam merangkumi empat negara dalam peta moden iaitu Jordan, Lebanon, Palestin dan Syria. Syria bumi yang penuh dengan keberkatan , bumi yang dijanjikan , bumi yang dihamparkan dan bumi para malaikat mengibarkan sayapnya pada setiap saat kini bersimbah darah saban waktu akibat kegilaan regim Bashar Asaad.Penulis telah mengikuti misi kemanusiaan untuk melihat sendiri kemusnahan yang telah dilakukan regim Bashar Asaad.

Kedudukan Syria dan Wilayah Syam yang bersifat geostrategik, berhampiran laut Mediterranean menjadi tarikan bukan sahaja dari aspek ekonomi bahkan turut diintai oleh negara kuasa-kuasa besar dunia dalam pelbagai bidang  politik dan strategi ketenteraan.
Mengapa Syam menjadi lokasi yang kerap kali disebut dalam hadis-hadis Baginda SAW? Mengapa Syam dan Yaman menjadi lokasi yang begitu signifikan dan sentiasa dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.Mengapa sejarah Islam dan tamadun Islam yang paling awal dikatakan berlaku di bumi Syam?

Ikutilah catatan perjalanan Johan Ariff Ismail untuk kita merasai kepedihan bumi Syria dan menelusuri kehidupan rakyatnya yang dimamah ketakutan setiap masa akibat perang.

JUDUL : Misi Kemanusiaan Syria Dan Syam:Travelog Berdarah
PENGARANG : Johan Ariff Ismail
PENERBIT :PSN Publications Sdn. Bhd.
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM24.72
MUKA SURAT :270
RATING :5/5

No comments: