Sunday, November 29, 2015

Buku: Emergency Taubat: mengapa & bagaimana? oleh Muhammad Ramzi Omar

Buku: Emergency Taubat: mengapa & bagaimana? oleh Muhammad Ramzi Omar

No Perolehan: DCAM 06757
ISBN: 978-967-11599-3-4
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Kesedaran tentang nilai taubat perlu dibangkitkan dan digerakkan supaya taubat dapat direalisasikan secara praktikal dalam ilmu, amal dan penyelesaian. Manusia tidak terlepas dari pelbagai ujian, musuhnya tidak mati dan tabiat dirinya tidak berubah.

Perhiasan dunia yang disukai dan perkara-perkara yang tidak disukai tidak akan luput.

Semua manusia memiliki syahwat dan akal. Adakalanya ia ditewaskan oleh nafsu, adakalanya ia tidak dapat memahami hakikat: adakalanya ia lemah apabila berhadapan dengan syahwat dan tergelincir.

Jika ia terus disisihkan daripada kategori manusia beriman apabila melakukan kesalahan, maka semua manusia akan binasa. Walaubagaimanapun suatu rahmat Allah yang besar untuk kita seandainya kita tersilap maka Allah SWT tetap membuka pintu taubat.

Judul: Emergency Taubat: mengapa & bagaimana?
Pengarang: Muhammad Ramzi Omar
Penerbit: PSN Publications
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM28.00
Muka surat: 270
Rating: 4

No comments: