Tuesday, November 10, 2015

Buku: Memahami komunikasi orang pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

Buku: Memahami komunikasi orang pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

No Perolehan: DMAR 14-07921
ISBN: 978-983-46-1571-0
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini mengajak pembaca untuk memahami orang pekak dan cara berkomunikasi dengan mereka. Buku ini mengandungi cara orang pekak berkomunikasi dan status bahasa isyarat mereka.

Penulis buku menimbulkan persoalan baharu iaitu mengklasifikasikan orang pekak sama ada “cacat” atau “pengguna bahasa minoriti”. Buku ini membolehkan pembaca memahami situasi orang pekak dan diharap dapat membantu mereka dalam menjalankan urusan harian.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan komuniti pekak, iaitu ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai warga pekak; para pendidik dan pelajar yang sedang mengikuti bidang pendidikan, khususnya pendidikan khas.

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang linguistik, buku ini juga sesuai kerana kandungannya lebih tertumpu kepada bahasa dan komunikasi.

Judul: Memahami Komunikasi Orang Pekak
Pengarang: Abdullah Bin Yusoff
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 20.00
Muka surat: 245
Rating: -

No comments: