[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Sunday, November 29, 2015

Buku: SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA oleh AZHARUDIN MOHAMED DALI

Buku: SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA oleh AZHARUDIN MOHAMED DALI

JUDUL BUKU:SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA.
PENGARANG:AZHARUDIN MOHAMED DALI
NO. PANGGILAN:327.1209595 / AZH
ISBN:978 – 983 – 46 – 1266 - 5
PENERBIT:DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TARIKH / TAHUN:CETAKAN PERTAMA  -  2014
EDISI BAHASA:Bahasa Melayu
HARGA:RM28.00

ULASAN:
Buku Sejarah Perisikan Di Malaysia ini membincangkan berbagai aspek berkaitan perisikanyang telah berlaku di Negara ini.

Hal ehwal dunia perisikan seperti aktiviti ejen perisikan,penyuluhan,tipu helah,sabotaj,subersif mahupun propaganda akan disentuh dalam bab-bab yang terkandung dalam buku ini.

Setiap bab melihat secara terperinci kisah-kisah sejarah perisikan. Meskipun kisah-kisah ini lebih merupakan kisah sejarah, namun dari sudut pengisiannya ia masih sangat relevan dengan perkembangan yang berlaku hari ini.
                                                
Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti bidang sejarah, pengajian strategic dan pertahanan,keselamatan dan hubungan antarabangsa.

Buku ini juga boleh menjadi bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk mengembangkan horizon pengetahuannya.

No comments: