Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, December 23, 2015

BUKU 7 Golongan Dinaungi Arasy PENGARANG Ustaz Mohd Kamel Mat Salleh PENERBIT Must Read Sdn Bhd 2014 RM14.40

BUKU 7 Golongan Dinaungi Arasy PENGARANG  Ustaz Mohd Kamel Mat Salleh PENERBIT Must Read Sdn Bhd 2014 RM14.40

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07483
CALL NO. : 297.23
ISBN : 978-967-0392-85-1
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA ISLAM
ULASAN:

Suasana berlakunya hari kiamat telah digambarkan oleh Allah SWT dengan keadaan manusia saling tidak mempedulikan antara satu sama lain.Ibu tidak lagi menghiraukan anak jagaannya, suami sudah tidak mempedulikan isterinya, dan adik beradik saling tidak mengenali. Masing-masing sibuk menjaga diri sendiri dan menyelamatkan diri. Itulah bayangan dahsyatnya hari terakhir di bumi ini iaitu hari kiamat.

Kedahsyatan hari itu begitu menggerunkan sesiapapun.Manusia berpangkat, insan berharta, raja berkuasa,bangsawan, hartawan, rupawan tidak mampu menahan kekuasaan Allah SWT.Langit yang dahulunya tegak tanpa tiang, kini cair seperti tembaga.Gunung-ganang yang dahulunya teguh memaku bumi,kini menjadi debu yang berterbangan.Matahari terik yang dahulunya jauh dari pandangan, kini menjadi dekat sejengkal di atas kepala.

Pada hari itu, hanya tujuh golongan sahaja yang diberi kedudukan istimewa. Mereka mendapat perlindungan dan naungan dari Allah SWT tatkala tidak ada sesiapapunyang mampu memberi perlindungan.Siapakah tujuh golongan ini.
Ia diringkaskan seperti berikut:
1. Imam (pemimpin) yang adil
2. Pemuda yang kuat beribadah kepada Allah
3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid
4. Sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
5. Lelaki yang takut kepada Allah SWT
6. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas
7. Lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan sunyi hingga bercucuran air matanya.

Bersama-samalah kita teladani apakah rahsia disebalik personaliti tujuh golongan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dan dijanjikan oleh Allah SWT itu. Sewaktu umat manusia kepanasan memikirkan hal masing-masing, tujuh golongan ini diberi perlindungan ini oleh Allah SWT.

JUDUL : 7 Golongan Dinaungi Arasy
PENGARANG : Ustaz Mohd Kamel Mat Salleh
PENERBIT : Must Read Sdn. Bhd.
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM14.40
MUKA SURAT :136
RATING :5/5

No comments: