[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Monday, March 30, 2015

06 PD Kuala Mai. Lawatan KP PNM

Semasa lawatan banjir 2014 ke Pahang, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia turut terlibat membantu membersihkan rumah kakitangan PD Kuala Mai yang terlibat banjir.
Peserta rombongan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sedang membasuh pinggan mangkut di rumah Norhamimah Pembantu Perpustakaan di PD Kuala Mai.
Rumah Norhamimah, rumah ibubapa Norhamimah dan rumah adik beradik Norhamimah kesemuanya terjejas teruk akibat banjir. Cabaran besar yang bakal dihadapi keluarga ini adalah bagi menyiapkan kenduri perkahwinan adik Norhamimah pada 22 Februari 2015.

bantuan yang dihulurkan oleh rombongan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia diharap dapat meringankan tugas menyiapkan majlis perkahwinan tersebut.

Promosi Masakan Tradisional Pahang sempena Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 26 Mac hingga 7 April 2015

Persatuan Pengusaha Pelancongan Pahang (PPPP) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia, Pelancongan Pahang, MOTAC Negeri Pahang, Tourism Malaysia Pahang, JKKN Negeri Pahang dan Persatuan Pelancongan Negeri Pahang akan mengadakan

PROGRAM: Promosi Masakan Tradisional Pahang sempena Hari Kraf Kebangsaan
TEMPAT: Kompleks Kraf Kuala Lumpur
TARIKH: 26 Mac hingga 7 April 2015.

Promosi Masakan Tradisional Pahang diadakan bagi mempromosikan masakan tradisional Pahang seperti ikan patin masak tempoyak, pais patin, sambal Pahang dan dodol kukus kepada semua pengunjung. Selain itu, program ini juga menjadi platform bagi mempromosikan pelancongan Negeri Pahang.

Majlis perasmian program ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Sehubungan itu, Persatuan Pelancongan Pahang berbesar hati menjemput Yang Hormat Tuan ke majlis perasmian ini seperti ketetapan berikut;

Tarikh    : 31 Mac 2015
Masa      : 3.00 petang
Tempat  : Laman Saga, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PROMOSI MASAKAN TRADISIONAL PAHANG 2015

2.45 petang : Ketibaan tetamu
2.50 petang: Ketibaan tetamu VIP YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang
3.00 petang: Ucapan aluan oleh Naib Presiden Persatuan Pengusaha  Pelancongan Pahang Puan Sri Datuk Syariffa Sabrina Binti Syed Akil
3.10 petang : Ucapan perasmian oleh Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin
- Gimik Perasmian
3.30 petang : Jamuan makan 'Pahang Tradisional Food’
4.00 petang: Lawatan ke booth Panaromic Pahang
Demonstrasi makanan:
- Patin masak tempoyak
- Paes Patin
- Dodol Kukus
4.30 petang: Sidang media
4.45 petang: ‘Guided tour’ ke sekitar Kompleks Kraf oleh Jawatankuasa Hari Kraf Kebangsaan
5.30 petang: Program tamat
Kraftangan Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2015. Semua aktiviti bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Semua dijemput dan masuk adalah percuma.

AKTIVITI UTAMA

    Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan
    Pameran & Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
    Pameran Produk Kraf Warisan : Penerokaan Kraf Malaysia
    Padanan Perniagaan (Business Matching)
    Demonstrasi Kraf
    Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru
    Program Keusahawanan (Taklimat E-Payment & Goods & Services Tax (GST))

AKTIVITI GALAKAN PENGUNJUNG

    Perkampungan Mini Orang Asli Mah Meri Pulau Carey
    Konsert Masihkah Kau Ingat (MKI) : Yankee-Yankee
    Buskers Challenge
    Pertandingan Dikir Barat
    Pertandingan Ukiran Buah & Sayuran
    Pertandingan Ayam Serama
    Pertandingan Kacau - Kacau Kuali
    Pertandingan Selfie@HKK'15
    Si Comel Meow@HKK'15
    Cultural Fun Challenge
    Kugiran@HKK'15
    Aerobikthon@HKK'15
    Kursus Perkahwinan
    Ceramah Agama dan Malam Nur Kasih Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015

Monday, March 23, 2015

05 PD Kuala Mai. Lawatan KP PNM

Singgahan seterusnya Rombongan Lawatan Banjir 2014 Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia adalah di Perpustakaan Desa Kuala Mai Temerloh, Pahang.
 Bergambar kenangan dihadapan papan tanda Perpustakaan Desa Kuala Mai Temerloh.
Rombongan Lawatan Banjir 2014 Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia disambut dengan hidangan makan tengahari ketika sampai di Perpustakaan Desa Kuala Mai.
 Perpustakaan Desa Kuala Mai telah berjaya dibersihkan dengan bantuan sukarelawan dan penduduk kampung.
 Ketua Kampung Kuala Mai turut membantu Perpustakaan Desa Kuala Mai memindahkan buku-buku sebelum banjir memuncak. Tindakan ini telah berjaya menyelamatkan buuku-buku di Perpustakaan Desa Kual;a Mai.
Ketibaan Rombongan Lawatan Banjir 2014 Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia turut disambut oleh Penghulu Mukim iaitu Datok Zainal Azman.
 Datok Zainal Azman asalnya adalah bekas kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia. Beliau amat teruja untuk membantu semua perpustakaan desa dibawah mukim beliau.
Semasa Lawatan Banjir 2014 ini, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia turut menyampaikan bantuan banjir berupa barangan dan wang tunai kepada kakitangan Perpustakaan Negara yang terjejas akibat banjir.

Himpunan 35 Nama-nama Binatang Dalam Peribahasa Melayu

Berikut adalah senarai peribahasa yang mempunyai kaitan dengan nama binatang. Senarai ini dibuat berdasarkan apa yang ditulis dan apa yang diceritakan. Senarai ini boleh bertambah jika ada maklumat-maklumat tambahan diterima. Berikut adalah senarai binatang yang ada dalam peribahasa:
1. Harimau
2. Gajah
3. Naga/Cacing
4. Anjing/babi
5. Lembu
6. Kucing
7. Kuda
8. Kambing
9. Kerbau
10. Kancil
11. Kijang
12. Kera
13. Keldai
14. Ayam
15. Beruk
16. Badak
17. Belalang
18. Biawak
19. Cacing
20. Cicak
21. Helang
22. Burung gagak
23. Enggang
24. Serigala
25. Unta
26. Buaya
27. Lintah
28. Ular/Belut
29. Tupai
30. Musang/Ayam
31. Kucing
32. Katak
33. Labah-labah
33. Ikan
34. Tikus/Kucing
35. Ubur-ubur

Berikut adalah senarai 80 peribahasa yang mempunyai kaitan dengan nama-nama binatang.

1. Harimau - Sebagai simbol untuk raja dan menunjukkan pangkat dan kekuasaan.
-Anak harimau (anak orang ada kuasa).
-Harimau ditakuti sebab giginya (pembesar itu ditakuti kerana kuasanya).
-Harimau memperlihatkan kukunya (pembesar memperlihatkan kuasanya)
-Harimau menunjukkan belangnya (pembesar memperlihatkan kuasanya).

Harimau juga sebagai seorang yang bersifat bengis dan kejam, mengancam orang lain.
-Anak harimau diajar makan daging (orang yang zalim diberi galakan untuk membuat aniaya)
-Seperti harimau beranak kecil (sifat orang yang sangat bengis dan garang).

2. Gajah: menunjukkan kuasa dan kekuatan.
-Gajah lalu rumpai layu (perbuatan orang yang berkuasa membawa kesusahan kepada orang yang lemah).
-Gajah masuk kampung, kalau pohon tak tumbang, rumput layu juga). (orang yang berkuasa dapat berbuat sesuka hati kepada orang yang lemah).
-Gajah mati tulang setimbun (orang kaya meninggal dunia banyak meninggalkan hartanya).
-Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah. (kalau para pemimpin berselisih faham rakyat mendapat susah).
-Orang yang berpangkat dan berkuasa hilang pengaruh atau kuasa boleh disamakan dengan gajah yang dibinasakan.
-Gajah dialahkan oleh pelanduk (orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
-Gajah ditelan ular lidi (Orang berkuasa dapat dialahkan orang lemah).
-Gajah empat kaki lagi tersaruk (pembesar sekalipun, ada waktunya akan kehilangan kebesarannya).
-Adat gajah terdorong. (Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya)

3. Naga/Cacing: dianggap simbol orang besar dan berkuasa.
-Cacing hendak menjadi naga (orang kecil hendak menyamai orang besar).
-Cacing menelan naga (orang yang berkusa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
-Naga ditelan ular lidi (orang bangsawan berkahwin dengan orang biasa).

4. Anjing dan babi sebagai simbol kejahatan dan kehinaan.
-Anjing kurap (hina kerana kemiskinan).
-Anjing biasa makan tahi, jika tidak dimakan, mencium ada juga ( orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangi lagi perbuatan itu)
-Seperti anjing dengan kucing (selalu bertengkar).
-Kepala tersangkut dengan kulit babi (mendapat malu besar).
-Mutiara terkalung di leher babi ( tidak tahu menilai barang berharga, yang mulia jadi hina).

5. Lembu: menunjukkan kebodohan.
-Lembu dogol jangan dibalun (orang yang tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh.
-Lembu juga dijadikan simbol orang yang tidak seberapa kuasanya.
-Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol (orang yang hanya suka menggertak tetapi tidak merbahaya; melawan dengan seberapa kuasanya dalam perkelahian.
6. Kucing: menunjukkan orang yang ditakuti.
-Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi (apabila orang yang ditakuti datang, maka diamlah mereka yang bising.
-Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi (orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tiak disegani orang lagi.

7. Kuda: simbol orang miskin yang berlagak seperti orang kaya.
-Bak rasa kuda pula kukuran (perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya).
-Seperti kuda lepas dari pingitan (terlalu gembira sebab lepas dari kurungan atau pembelengguan).
-Anak kuda bulu kasap. (Anak muda yang tidak tahu susah)

8. Kambing: orang yang ditakuti. Kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonok, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah.
-Kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya).
-Anak kambing tak akan jadi anak harimau (orang yang pengecut (bodoh) tidak akan jadi orang yang berani (pandai).
-Bagai kambing dalam biduk (orang yang ketakutan dan tidak dapat berbuat apa-apa).
-Bagai kambing harga dua kupang (tidak senonoh perangainya, keanak-anakan).
-Bagai kambing dimandikan pagi (perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).
-Seperti kambing dengan harimau (orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.
-Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi (orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa).

9. Kerbau: simbol kepada orang yang jahat, orang yang bodoh, hina,
-Bagai kerbau runcing tanduk (orang yang terkenal kerana jahatnya).
-Bagai jelongak kerbau rampung (orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang).
-Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor (berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian).
-Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain).

10. Kancil: simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikatakan
-Akal kancil (tipu muslihat yang licin, cerdik dengan tipu muslihatnya).

11. Kijang: simbol kepada negara/tempat asal.
-Kijang dirantai dengan emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan (seseorang itu akan ingat juga negeri asalanya sekalipun senang hidupnya dinegeri orang.
-Seperti kijang lepas ke rimba (orang yang telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi.

12. Kera: Simbol kepada orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, resah gelisah, orang yang takut bergaul.
-Kera dapat (diberi) bunga = bagai kera diberi kaca (mendapat (diberi) sessuatu yang tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya).
-Seperti kera kena belacan (sangat gelisah (resah), tidak senang diam).
-Seperti kera sumbang (orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai).

13. Keldai: simbol kebodohan.
-Keldai hendak dijadikan kuda (orang yang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai).

14. Ayam:
-Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau tidak berharga)

15. Beruk:
-Berhakim kepada beruk (meminta hukum kepada orang yang tamak).

16. Badak:
-Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya (seseorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat diraja).

17. Belalang
-Belalang telah menjadi helang (orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan pandai).

18. Biawak
-Mendukung biawak hidup (melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri),

19. Cacing
-Cacing naik ke muka (kelakuan yang melampau).

20. Cicak:
-Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; bersenang hati (gembira)

21. Helang: simbol kebesaran, kegagahan,
-Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (orang miskin mahu meniri kelakuan orang kaya).
-Seperti helang menyongsong angin (gagah dan berani apabila menentang musuh).
-Cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua (biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi)

22. Burung gagak:
-Burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya (orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat diperbaiki lagi )

23. Enggang: simbol kebesaran,
-Pipit meminang anak enggang (orang yang miskin meminang anak orang kaya tentu tidak munasabah)

24. Serigala: simbol kejahatan, kecurangan.
-Serigala berbulu domba (orang yang kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang).
-Serigala dengan buah anggur (orang yang mencela sesuatu yang diingininya kerana ia tidak berupaya untuk mendapatkan benda itu).

25. Unta: simbol kebodohan, lurus, patuh.
-Bagai unta menyerahkan diri (orang yang sangat patuh menurut perintah; mengaku salah serta bertaubat daripada kesalahan itu; orang yang bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yang cerdik).

26. Buaya
-Buaya darat (penjahat; kaki perempuan).
-Adakah buaya menolak bangkai (orang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan).

27. Lintah
-Seperti lintah menghisap darah (membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal, menipu dengan cara yang lemah lembut).
28. Ular/Belut
-Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut (yang jahat itu tetap jahat).
-Sudah tampak kaki ular (telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui).
-Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. (Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya)

29. Tupai
-Seperti kelapa ditebuk tupai (anak dara yang telah rosak sebelum kawin).

30. Musang/Ayam
-Musang berbulu ayam (orang jahat berlagak sebagai orang baik).
-Musang terjun lantai terjungkat (tempat yang dimasuki pencuri ada meninggalkan kesannya).

31. Kucing
-Bagai kucing dibawakan lidi. (Berlari kerana ketakutan.)

32. Katak
-Seperti katak disimbah air. (Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan).
-Alim bagai katak di tepi air. (Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya)

33. Labah-labah
-Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut. (Orang jahat yang suka menipu orang)

33. Ikan
-Air keruh, ikan limbat keluar. (Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung.)
-Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah. (Tidak memilih-milih)

34. Tikus/Kucing
-Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. (Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.)

35. Ubur-ubur
-Bagai ubur-ubur airnya hitam (Daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).

Sunday, March 22, 2015

Kepentingan seni visual dalam masyarakat dan kehidupan (MOHAMED NOOR OTHMAN)

Tajuk: Kepentingan seni visual dalam masyarakat dan kehidupan
Oleh: MOHAMED NOOR OTHMAN

    Tidak banyak buku seni visual dalam bahasa Melayu diterbitkan berbanding kebanyakannya dalam bahasa Inggeris menjadi rujukan utama. Namun penghasilan buku seni visual dalam lain-lain bahasa terutamanya dalam bahasa Cina begitu mengalakkan. Ini terbukti dalam pasaran dan pameran-pameran buku.

    Usaha menghasilkan buku Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual adalah sumbangan awal oleh pengarang yang diimbas kembali secara horizontal, menyentuh sifat prolifik tokoh-tokoh pembuat seni tempatan dalam berkarya dan secara vertikal pula menyentuh sejauh mana karya yang bernilai tinggi diangkat menjadikan wawasan untuk kesinambungan bangsa.

    Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual ini mengenengahkan hasil karya sepanjang zaman pembuat seni tempatan. Antaranya Choong Kam Kow, Khalil Ibrahim, Awang Damit, Yusof Ghani, Bayu Otomo, Susylawati Sulaiman, Wu Peng Yi, Raja Shahriman, Kok Yew Puah, Yeoh Jin Leng, Datuk Syed Ahmad Jamal, Lui Cheng Tak, Dato’ Sharifah Fatimah Syed Zubir, Piyadasa dan ramai lagi sekadar menyebut beberapa nama.

Kebanyakan tokoh-tokoh seni visual ini telah menduduki hirarki bertaraf seniman yang mencapai martabat sifu dan hasil adikarya mereka dirujuk sebagai hasil seni bertaraf tinggi dalam khazanah tamadun bangsa. Malah mencapai taraf antarabangsa. Maka karya-karya zaman Renaisan, era klasik, moden dan kontemporari dari Barat dijadikan perbandingan sudut budaya dan jati diri bangsa yang berkait dalam kehidupan.

    Semoga seni visual tidak diabaikan dalam membina generasi kreatif maka pengarang mengaitkan kepentingan seni visual dalam masyarakat dan kehidupan. Jika seni itu ada kaitannya dengan kehidupan, maka siapakah kita sebagai khalayak (pemerhati, peminat, pengkritik) dan siapakah seniman sebagai pengkarya yang masing-masing berperanan dalam menghidupkan kepentingan seni itu dalam kehidupan.

    Akhir kata dari pengarang, semoga dengan membaca bahasa visual dalam buku ini dapat mencetuskan keinsafan. Sesungguhnya keindahan dalam seni visual mendekatkan kita dengan kebesaran Allah. Penciptaan-Nya untuk keindahan dunia buat manusia insaf dan bersyukur. Sesuai dengan firman-Nya.

    “Maha Berkat (serta Maha tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” – Surah Al-Mulk, ayat 1.

Wednesday, March 18, 2015

Buku: Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual oleh Mohamed Noor Othman

Tajuk: Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual
Oleh: Mohamed Noor Othman
Harga RM60.00       
ISBN 978-983-46-1839-1       
Terbitan DBP
Halaman: 256

Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual menghidangkan kepada pembaca makna sesuatu karya dari segi apresiasi seni, keistimewaan sifat karya, cabaran dan wawasan yang ditempuh untuk mengajak masyarakat pembaca berfikir. Tiada noktah terakhir untuk pengkarya bersama masyarakat berhenti menyanjung karya dan nilai seni selagi ada kesedaran bahawa seni berserta kepentingannya dapat berperanan dalam kehidupan.
 
Berlandaskan pengalaman lampau, isu yang ditimbulkan di dalam buku ini, menginginkan pengiktirafan. Bahawa seni itu dengan isu-isu lain sama penting dalam aturan hidup yang setiap waktu berdenyut dan mencabar. Sejarah seni yang diimbas kembali di dalam buku ini secara horizontal menyerlahkan sifat prolifik beberapa tokoh pembuat seni dalam berkarya. Buku ini mengetengahkan respons semangat inovatif dan kreatif untuk pembuat seni meneruskan hasil karya sepanjang zaman. Susur galur sejarah dan pengalaman silam yang ditempuh oleh pembuat seni terdahulu dan pertembungan idea cuba diselesaikan dengan kembali pada akar budaya dan jati diri. Kesukaran menjadi pembuat seni yang prolofik bermula dari suatu langkah, suatu idea dan suatu identiti hingga membawa imej tersendiri.
 
Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual mengetengahkan isu global yang menarik minat masyarakat, khususnya pencinta seni visual. Hasil seni perlu berfungsi untuk membolehkan akal berfikir yang secara langsung mencerdikkan masyarakat. Sesuangguhnya sesuatu hasil karya itu memerlukan keringat dan inspirasi yang perlu diperah oleh pembuat seni untuk tatapan masyarakat.
 
Buku ini menghimpunkan 27 esei berkaitan isu global dalam seni visual, yang dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu Seni Visual: Suatu Signifikan, Seni Visual dan Dimensinya, Seni Visual dan Cabarannya, Seni Visual dalam Arus Zaman, Kreativiti dan Daya Cipta serta Isu dan Kontradiksi.
 
Buku ini ini juga mengetengahkan 44 hasil karya seni halus tempatan dan antarabangsa yang harmoni dalam pelbagai warna dan cerita. Kesemua hasil karya tersebut diberi interpretasi, kritikan dan apresiasi secara teori yang menyeluruh, disokong dengan falsafah estetik. Sememangnya buku ini memenuhi keperluan pensyarah, guru seni visual, pengamal seni dan pelajar yang menjurus dalam bidang Pendidikan Seni Visual peringkat sekolah maupun institusi pengajian tinggi. Sesuai dibaca oleh umum sebagai sumber rujukan.

Ulasan Oleh:
Mohamed Noor bin Othman
(mnoorseni@gmail.com) / 017-4709 390

Boleh membuat pesanan terus kepada:

KEDAI BUKU
KOPERASI DBP (M) BERHAD,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Tel:
03-2145 5501 (Kaunter)
012-3219 456 (Penyelia En. Isa)

Versatile Learning Knowledge is Power

Versatile Learning Knowledge is Power

Versatile Learning provides leadership development, technical and soft skill development and performance qualified training professionals with diversified skills and experience. Versatile Learning offers a holistic approach in strengthening and developing organizations by creating innovative learning culture in the working environement.
Our Location

4-1, 1st Floor,
Jalan Elektron U16/N Denai Alam,
Seksyen U16,
40160 Shah Alam,
Selangor D.E.

P: 03-77344582
F: 03-77344781

Links
www.versatile-learning.com
www.facebook.com/versatile.learning.
sdn.bhd
www.youtube.com/user/VersatileLearning

   
The 4th Disciplines of Executi0n

Date: 15 & 16 June, 2015

Location: Seri Pacific, Kuala Lumpur

Price: RM 1890

Group Price: RM 1690 per pax (3 pax and above)
Introduction

"Leadership without the discipline of executi0n is incomplete and ineffective." - Larry Bossidy; Chairman Honeywell International

This workshop employs the principles of The 4 Disciplines of Executi0n and adapts it locally for our corporates. There is indeed a sequence to how executi0n should be implemented and the methodology is through Focus, Leverage, Engagement and Accountability.

In a corporation where al 4 disciplines can be realized, the potential to achieve will be greatly enhanced. The workshopspends some times looking into "local factors" that may hinder success. It also provides tips on the other urgent matters that a person has to face in the office.
What's the Outcome?

- Understand that executi0n is a prime characteristics of success

- Understand Extraordinary Focus and where this will get you

- Monitor the things that give results, NOT activity that looks busy

- Getting workers engagement with a Scoreboard

- Appreciate Accountability to the company, self and others
What's in the course content?

We want to help you, we want you to engage with us so that we could serve you better in any of your grey ares.

If you want full details,
please call us @ 03-77344582 or
E-mail us at info@versatile-learning.com

My name is Ezuan Sarom and I am here to help you.

Monday, March 16, 2015

04 PD Teluk Sentang. Lawatan KP PNM

Singgahan seterusnya Rombongan Lawatan Banjir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia adalah di Perpustakaan Desa Teluk Sentang.
 Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia sedang mendengar penerangan dari Penyelia Zon 2 Temerloh.
 Bergambar kenangan dihadapan Perpustakaan Desa Telok Sentang.
 Perpustakaan Desa Teluk Sentang berjaya dibersihkan dengan bantuan sukarelawan.
 Selain Perpustakaan Desa Teluk Sentang, Perpustakaan Desa Kampung Bintang juga mendapat perhatian Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Ini kerana Perpustakaan Desa Bintang adalah antara perpustakaan yang teruk dilanda banjir 2014.
 Satu rombongan teknikal akan dihantar oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bagi menilai kerosakan yang dialami oleh perpustakaan desa yang terlibat baniir 2014.
 Penyelia Zon 1 Temerloh, telah berjaya memulihkan Perpustakaan Desa Teluk Sentang dalam tempoh yang singkat. kini Perpustakaan Desa Teluk Sentang telah boleh beroperasi semula.
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia turut menyampaikan sumbangan barang-barang dan wang tunai kepada kakitangan Perpustakaan Negara yang terjejas akibat banjir 2014.

Wednesday, March 11, 2015

Kursus U Smart Resources untuk bulan April 2015

U Smart Resources sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan milik Bumiputera sepenuhnya akan menganjurkan kursus-kursus awam seperti berikut:
1)    
Kursus Asas Penyelenggaraan Kenderaan Berat
Tarikh: 20-21 April 2015      
Tempat: Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa
Yuran Pendaftaran:
RM 1,150 seorang (4 orang keatas)
RM 1,350 seorang (Normal)
2)
Kursus Kemahiran Merekacipta DASHBOARD dan Laporan Interaktif menggunakan MS Excel                          
Tarikh: 22 -23 April 2015     
Tempat: JTC2, 1 Puchong Business Park, Puchong
Yuran Pendaftaran:
RM 1,050 seorang (4 orang keatas)
RM 1,250 seorang (Normal)
3)
Kursus Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja
Tarikh:  27- 28 April 2015    
Tempat : Hotel Palm Garden, Putrajaya
Yuran Pendaftaran:
RM 1,350 seorang (4 orang keatas)
RM 1,550 seorang (Normal)
4)
2 Days Course on Strategic Creative Thinking and Problem Solving Using  LEGO Serious Play Methodology
Tarikh: 29-30 April 2015
Tempat: Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa
Yuran Pendaftaran:
RM 1,450 seorang (4 orang keatas)
RM 1,650 seorang (Normal)

U Smart Resources menjemput pegawai-pegawai yang berminat untuk menyertai kursus-kursus kami. Bagi mendapatkan brosur kursus, sila hubungi talian
03-8052 7197 /
017-239 0929,
faksimili; 03-8068 3570
email ke training@usmart-resources.com.my

Nurzuliana Isa
Penyelaras Kursus

Monday, March 9, 2015

03 PD Kuala Krau. Lawatan KP PNM

Singgahan seterusnya rombongan Lawatan Banjir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia adalah di Perpustakaan Desa Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

 Perpustakaan Desa Kuala Krau, Temerloh, Pahang adalah antara perpustakaan yang teruk terjejas oleh banjir 2014.

 Kerosakan yang dihadapi oleh Perpustakaan Desa Kuala Krau meliputi keseluruhan harta benda perpustakaan.

 Kini Perpustakaan Desa Kuala Krau tinggal kosong.

 Keadaan ini dijangka berulang lagi pada masa depan kerana beberapa projek pembangunan berhampiran Perpustakaan Desa Kuala Krau boleh menyebabkan laluan air terhalang dan bertakung di kawasan perpustakaan.

 Turut mengalami nasib yang sama adalah dua buah tadika kemas. Salah sebuah bangunannya baru siap dan belum sempat digunakan.
Turut terjejas teruk seperti Perpustakaan Desa Kuala Krau adalah Klinik Kesihatan bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kuala Krau.

Tuesday, March 3, 2015

Buku: Tanamsendiri.com versi buku jilid 3 oleh Iskandar Ab Rashid

Buku: Tanamsendiri.com versi buku jilid 3 oleh Iskandar Ab Rashid

Ringkasan/ Ulasan

Tanamsendiri.com versi buku. Jilid tiga adalah buku ketiga  daripada satu siri artikel tentang berkebun di rumah ( home gardening ) yang dikompil daripada blog tanamsendiri.com. Buku ini mencatatkan pengalaman pasangan suami isteri iaitu Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail ketika berkebun di rumah.

Ia Padat dengan tip yang dapat membantu pembaca melakukan aktiviti berkebun di rumah. Ia bermula dengan mendapatkan benih hingga menuai dan memasak makanan untuk keluarga.

Siri ini mesti dimiliki oleh mereka yang cakna tentang kesihatan dan sumber makanan yang dimakan.

Judul: Tanamsendiri.com versi buku jilid 3
Pengarang: Iskandar Ab Rashid
Penerbit: Venton Publishing (M) Sdn Bhd
Tahun terbitan: 2013            
Harga: RM 23.20
Mukasurat: 105 ms
No Perolehan: 2014 - 05250 
ISBN 978-967-370-066-0     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

Monday, March 2, 2015

02 PD Kerdau. Lawatan KP PNM

Singgahan kedua Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia adalah di Perpustakaan Desa Kerdau, Temerloh, Pahang.
 Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia melihat kesan air pada bangunan Perpustakaan Desa Kerdau.
 Antara pegawai yang terlibat dalam lawatan bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
 Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia berharap ada tindakan yang boleh difikirkan bagi menghadapi situasi sebegini.
 Turut mengiringi lawatan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia adalah Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh.
Perpustakaan Desa Kerdau mendapat bantuan sukarelawan dalam membersihkan perpustakaan.