Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, February 1, 2016

BUKU Tuk! Tuk! Tuk! HOUSEKEEPING! oleh EINA AFRINA

BUKU Tuk! Tuk! Tuk! HOUSEKEEPING! oleh EINA AFRINA

NO. PEROLEHAN :DBER 14-06693
CALL NO. :F EIN
ISBN :978-967-446-026-6
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
Buku ini memaparkan kisah kehidupan Azwa sebagai housekeeping yang diarahkan menjaga suite 1001 yang ditempah khas oleh tetamu VVIP iaitu Tengku Izzudin iaitu seorang pelanggan yang sangat cerewet. Azwa ditugaskan untuk membersihkan dan memenuhi semua keperluan Tengku Izzudin sepanjang tempoh penginapan Tengku Izzudin di hotel tersebut.

Walaupun Tengku Izzudin seorang yang cerewet tetapi Azwa tidak tahu mengapa dia suka mengambil berat tetang Tengku Izzudin.

Keadaan bertambah kacau apabila Azwa mendapati wajah Tengku Izzudin mirip dengan Qallif,lelaki yang ditemui Azwa di Pantai Cherating. Pertemuan singkat Azwa dan Qallif membuat hati Azwa seperti telah menyintai Qallif dan berharap agar Tengku Izzudin adalah Qallif yang dinantinya.

Namun Azwa terpaksa berhadapan dengan Tengku Mariah iaitu nenek Tengku Izzudin setelah cinta mereka menyatu disebabkan Tengku Mariah tidak dapat menerima seorang pekerja housekeeping adalah pilihan cucunya dan telah mempunyai calon yang sesuai untuk cucunya yang juga berketurunan darah raja.

Dapat atau tidak Azwa dan Tengku Izzudin mempertahankan cinta mereka atau pun Azwa dapat membuka hatinya untuk menerima Zulhairi, PA Tengku Izzudin yang sangat mencintai Azwa.

JUDUL : Tuk! Tuk! Tuk! HOUSEKEEPING!
PENGARANG : EINA AFRINA
PENERBIT :GRUP BUKU KARANGKRAF.
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM16.80
MUKA SURAT :508
RATING :4/5

No comments: