Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, February 26, 2016

Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang melalui Perpustakaan Awam Daerah Temerloh bersama Sinergy Ilmu Resouces sdn bhd dan Penerbit Ikim sebagai Rakan Media IKIM dan disokong oleh Starmall. Turut menyokong adalah Jawatan kuasa Penasihat PAD Temerloh, Pejabat Agama Ismam Daerah Temerloh, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh, Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh serta beberapa jabatan/agensi turut sama memastikan kejayaan menganjurkan Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016.
 Karnival ini akan bermula pada 24hb Mac 2016 (Khamis) hingga 30hb Mac 2016 (Rabu). Mereka yang berminat boleh berkunjung ke Mentakab Starmall. Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016 ini akan berlangsung di ruang legar dan tingkat 2. Pelbagai acara akan berlangsung disini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 sumber gambar: PerpustakaanAwamDaerahTemerloh

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Zon Aulad , Pertandingan Mewarna, Bilal Muda, Persembahan Nasyid, Bicara Seliberiti Terkenal dan Bengkel Penulisan. Turut diadakan pada Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016 adalah diskaut sehingga 80%.

Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016 telah menjadikan IKIM sebagai Rakan Media. manakala Starmall telah memberikan sokongan bagi menjayakan karnival ini.

Untuk memdapatkan maklumat lanjut bagi mengadakan lawatan, penyertaan aktiviti dan sewaan booth boleh hubungi 019-325 8289 dan 019-325 8285.

Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016
Starmall Mentakab
24hb Mac 2016 (Khamis) hingga 
30hb Mac 2016 (Rabu)
  jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Turut memeriahkan acara karnival adalah Ustazah Fatimah Syarha, Heliza Helmi, Yatt Hamza, Salima Habib, Syed Abdul Kadir Aljoofre, P.U Azma, Ustaz Syafiqn dan  Major Qayyum.

Ustazah Fatimah Syarha akan bersama anda dengan tajuk 'Sebarkan Bahagia' pada 27hb Mac 2016 (Ahad) bermula jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
Heliza Helmi. Meet And Greet pada 26hb Mac 2016  (Sabtu). Marilah kita sama-sama bertemu Heliza Helmi pada jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.
Yatt Hamzah akan muncul dengan tajuk 'Bicara Hijrah Selebriti' pada 26hb Mac 2016 (Sabtu). Marilah kita sama-sama memeriahkan Starmall Mentakab pada jam 3.00 petang hingga 4. petang.
Salima Habib akan muncul dengan tajuk 'Perkongsian Ilmu' pada 26hb Mac 2016 (Sabtu) pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.
Syed Abdul Kadir Aljoofre akan muncul dengan tajuk 'Perkongsian Ilmu' pada 26hb Mac 2016 (Sabtu) pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.
P.U Azman akan memeriahkan Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016 dengan tajuk 'Perkongsian Ilmu' pada 27hb Mac 2016 (Ahad) pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.
Ustaz Syafiq seterusnya akan bersama-sama memeriahkan Starmall Mentakab pada 26hb Mac (Sabtu) pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang. Ustaz Syafiq akan berbicara tajuk 'jom Ke Mesir'.
 Major Qayyum turut sama akan memeriahkan Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016 di Starmall Mentakab pada jam 5.00 hinga 6.00 petang pada tarikh 27hb Mac 2016 (Ahad). Major Qayyum akan berbicara tajuk 'Masihkan Ada Cinta'.
Karnival Jelajah Ilmu IKIM Temerloh 2016
Starmall Mentakab
Zon Aulad , Pertandingan Mewarna, Bilal Muda, Persembahan Nasyid, Bicara Seliberiti Terkenal dan Bengkel Penulisan

No comments: