Thursday, February 18, 2016

Penulis Norafizah bt Abdul Razak mengajar melalui Siri Buku Besar Tunas Nilam dan Majalah Kuntum

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media yang bertugas di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang. Beliau turut bertugas sebagai Jurulatih Program NILAM Negeri Pahang, Jurulatih Program Tunas NILAM Negeri Pahang dan Fasilitator Project Based Learning (PBL) Negeri Pahang.

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak juga berperanan sebagai Panel Penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Pahang, AJK Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang, Pembina Modul Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Kebangsaan, Fasilitator Bengkel KUNTUM Dalam Darjah (KDD) Anjuran STAR Publications (M) Berhad dan juga Pembentang Kertas Kerja Peringkat Kebangasaan dan Antarabangsa 

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak dan Cikgu Suhaili bt Samsudin telah menghasilkan SIRI BUKU BESAR TUNAS NILAM bagi membantu mempercepatkan proses pandai membaca dikalangan anak-anak yang ketinggalan. Siri ini juga boleh digunakan kepada kanak-kanak tadika. Malah ibubapa yang proaktif boleh memggunakan buku besar TUNAS NILAM bagi melatih anak-anak membaca seawal mungkin.

 01.Cikgu Norafizah bt Abdul Razak anak kelahiran Lipis yang berbakti di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang.
 02. Usaha tangga kejayaan karya Cikgu Norafizah bt Abdul Razak dalam Majalah Kuntum.
 03. Siri Buku Besar Tunas Nilam yang dihasilkan oleh Cikgu Norafizah bt Abdul Razak dan Cikgu Suhaili bt Samsudin. Keduanya mengajar di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang. Satu set buku ini mengandungi 6 judul yang dijual dengan harga RM195.00. Untuk membeli buku ini terus dengan penulis, boleh emailkan pesanan anda melalui email fizahfizah@ yahoo.com ATAU yusly2014@gmail.com.
 04. Kuntum Dalam Darjah satu transformasi dalam media pengajaran. Cikgu Norafizah bt Abdul Razak dan Cikgu Suhaili bt Samsudin sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat dengan transformasi ini.
 05. Cerita peribahasa Kacang Lupakan Kulit kayra Cikgu Norafizah bt Abdul Razak.
 06. Panduan kearah pusat sumber cemerlang.
 07. Latihan. Menyenaraikan negara di Asia Tenggara yang berjiran dengan Malaysia.
 08. Modul Siri Buku Tunas Nilam karya Cikgu Norafizah bt Abdul Razak dan Cikgu Suhaili bt Samsudin. Buku ini yang dijual dalam satu set yang mengandungi enam judul boleh dibeli dengan harga RM195.00. Pengedal buku ini adalah:
Perniagaan Al Firdausi
No. 8, Jalan 1/11, Taman Karak Utama,
68100 Kuala Lumpur.
Tel: 018-3134348
Email: perniagaanalfirdaus@yahoo.com
 09.
 10. Modul NILAM Merentas Kurikulum yang digubal oleh Cikgu Norafizah bt Abdul Razak dan juga hakciptanya juga dipegang oleh beliau. Beliau sedia membantu mana-mana pihak yang berminat untuk menggunakan modul NILAM ini. Boleh berhubung dengan beliaumelalui email fizahfizah@ yahoo.com
 11. Satu Transformasi dalam Media Pengajaran melalui Kuntum Dalam Darjah.
12. Cikgu Norafizah bt Abdul Razak dan Cikgu Suhaili bt Samsudin adalan penulis dalam Majalah Kuntum.

Rujukan:

No comments: