Thursday, February 25, 2016

Penulis Syikin Zainal Anak Murid SK Permatang Badak Kuantan Pahang.

Norasyikin Zainal adalah Penulis Pahang yang dilahirkan oleh Sekolah Kebangasaan Permatang Badak Kuantan Pahang. Ketika itu ayah dan ibu Norasyikin Zainal menetap di Kuantan. Seterusnya SK Permatang Badak terpaksa ditinggalkan apabila ayah dan ibu berpindah ke Felda Selendang Rompin Pahang dan menetap disana hingga kini.

Sebagai penulis Norasyikin Zainal menggunakan nam pena Syikin Zainal. Nama Syikin Zainal ini meletup apabila novel Suamiku Encik Sotong tiba-tiba dijadikan drama bersiri dengan menggunakan judul yang sama.

Syikin Zainal mula menulis pada tahun 2010 dan terus berusaha mengeluarkan sebuah novel setahun. Antara novel yang diterbitkan adalah Cinta Itu Ini, Bukan Taste Aku, Indahnya Takdir dan Isteriku Naik Hantu.

Sebagai penulis Syikin Zainal mahu peka terhadap karya-karya penulis lain. Supaya apa yang ditulis nanti tidak bersamaan dengan novel yang telah terbit.

Ibu kepada seorang anak ini nbanyak belajar dari novel beliau yang telah terbit.
BUAT SEBELUM ORANG LAIN BUAT:
Syikin Zainal
Sinar Harian. Ahad 2 Januari 2016.

Novel Syikin Zainal yang bertajuk Suamiku Encik Sotong telah mendapat perhatian sejak drama tersebut disiarkan di televisyen.

Diawalnya drama Suamiku Encik Sotong 20 episod mendapat sambutan hebat daripada penonton. Tetapi ada yang menimbulkan desas desus kurang enak mengenai drama ini.

Penulis Syikin Zainal terpaksa menerima apa jua tanggapan penonton dan peminat terhadap drama Suamiku Encik Sotong. Bagi Syikin Zainal, terpulang kepada mereka untuk memberikan pelbagai pendapat sama ada positif atau negatif.

Namun begitu Syikin Zainal gembira dengan pihak penerbitan, pengarah, produksi dan pelakon yang telah memberikan komitmen terbaik untuk menjayakan drama Suamiku Encik Sotong.

Disebabkan drama bersiri Suamiku Encik Sotong mengandungi 20 episod sahaja. Maka bukan semua jalan cerita dapat dimuatkan dan ini mungkin penyebab penonton yang menjadi pembaca novel berasa kurang seronik dengan jalan cerita yang dijalin.

Sebagai penulis, sudah pasti karya yang Syikin Zainal sampaikan mempunyai mesej yang baik kepada pembaca dan penonton. terserah kepada pembaca dan penonton untuk menerimanya. Beliau tetap gembira kerana pembaca dan penonton peka dengan apa yang terjadi kepada karya beliau.

Drama Suamiku Encik Sotong telah disiarkan pada siaran Astro Prima, Ria dan Maya HD. Drama ini dijayakan oleh Hanis Zalikha sebagai teraju utama serta Shaarnaz Ahmad, Amyra Rosli dan Amar Baharin.

Sebagai penulis Syikin Zainal mahu terus belajar dari kesilapan yang terjadi. Beliau akan terus mengkaji novel yang telah diterbitkan supaya dapat diperbaiki pada novel akan datang.

Syikin Zainal yang telah berusia 39 tahun masih tidak mahu terus dikenali sebagai penulis novel percintaan. Beliau berhasrat untuk menulis novel seram atau lain-lain genre pada novel-novel yang akan datang. Semoga beliau berjaya mempelbagaikan genre karya beliau untuk dihidangkan kepada masyarakat Malaysia.

RUJUKAN
1. Senarai Penulis-penulis Pahang
2. sinarharian.com.my - Suamiku Encik Sotong: Syikin terbuka dikritik

ULASAN
1. hanishaimibuku.blogspot.my
2. mutiara-online13.blogspot.my
3. limauasam.blogspot.my
4. mstar.com.my
5. alaf21.karangkraf.com

No comments: