[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Wednesday, March 30, 2016

Seminar Tranformasi Image Profesional di INTAN Kemaman bersama Raihan Abdul Rahman

Seminar telah diadakan pada 29hb Mac 2016 di Dewan Samudera INTAN Kampus Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu. Seminar ini berlangsung selama satu hari penuh.

Seminar Tranformasi Image Profesional dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Raihan Abdul Rahman dari Perunding Image Muslimah. Seminar disampaikan dalam suasana yang santai dan menarik.

Permulaan seminar ini, peserta diingatkan akan kepentingan 'Pandangan Pertama = First Impression'. Perkara ini berlangsung amat pantas iaitu antara tiga hingga empat saat sahaja. Apabila cukup tempoh 30 saat, penilai sudah yakin dengan apa yang dilihat semasa Pandangan Pertama = First Impression.

Sumber gambar: [raihan.awaken-image.com]

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa syarikat-syarikat besar di dunia menilia pemohon kerja melalui Resume yang diterima oleh syarikat. Seorang pemohon boleh mengupah orang yang lebih mahir untuk membuat resume yang hebat dan dia juga perlu mengupah seorang yang pakar untuk menyiapkan imeg dirinya untuk menghadiri temuduga. Aspek 'Pandangan Pertama = First Impression' menjadi keutamaan yang boleh menentukan adakah dia akan diambil bekerja atau tidak. Ramai yang tidak sedar bahawa keputusan untuk mengambil atau tidak seseorang pemohon dibuat dalam tempoh 30 saat setelah pemohon memasuki bilik temuduga.

'Pandangan Pertama = First Impression' bukan sekadar menunjukkan image kita kepada orang lain. Tetapi 'Pandangan Pertama = First Impression' sebenarnya adalah apa yang kita akan tinggalkan dalam ingatan orang lain.

Kita tidak boleh mengubah rupa paras kita untuk disesuaikan dengan pelbagai keadaan. Tetapi kita boleh mengubah cara kita berpakaian, cara kita bersuara, cara kita berkelakuan dan perkataan yang kita gunakan.

Pakar-pakar berpakaian telah mengkelaskan cara orang berpakaian dalam pelbagai kategori. Tetapi dalam Seminar Tranformasi Image Profesional 2016 ini, Puan Raihan Abdul Rahman memilih empat kategori sahaja. Iaitu:
A. Natural - Natural Sporty - Sporty Casual
B. Klasik - Tailored Classic - Classic Elegant
C. Romantik - Feminine Romantic
D. Dramatik - High Fashion Dramatic - Exotic Dramatic
Rujuk: books.google.com.my

Semasa sesi ini, empat orang model lelaki dan empat orang model perempuan telah dipilih untuk membuat pertunjukan. Disini ditunjukkan contoh terbaik cara berpakaian. Tetapi orang yang berpakaian kemas segak cantik dan lawa perlu diimbangkan dengan cara berkomunikasi yang baik.

Seterusnya peserta seminat Seminar Tranformasi Image Profesional telah diterangkan dengan konsep 3V.

Selama ini kakitangan kerajaan mungkin lebih menitikberatkan pada kesopanan dalam pemilihan kata-kata iaitu apa yang hendak ucapkan atau lebih dikenal dengan elemen verbal.

Seterusnya Puan Raihan Abdul Rahman menerangkan keadaan sebenarnya 'Pandangan Pertama' oleh pelanggan. Kakitangan awam hanya memberi tumpuan sebanyak  7% sahaja kepada perkataan yang mereka pilih. Selebihnya kepada aspek non verbal seperti intonasi suara iaitu voice sebanyak 38% dan bahasa tubuh atau ekspresi iaitu visual sebanyak 55%.

Sebab itulah kakitangan awam perlu memberikan pehatian kepada aspek visual termasuklah gaya kita berpakaian.

Walau apa pun gaya yang ada dalam diri kita samada:
A. Natural - Natural Sporty - Sporty Casual
B. Klasik - Tailored Classic - Classic Elegant
C. Romantik - Feminine Romantic
D. Dramatik - High Fashion Dramatic - Exotic Dramatic

Sebagai penjawat awam dengan kerajaan negeri atau dengan kerajaan persekutuan perlu memilih untuk berubah menjadi KLASIK sahaja. Gaya ini perlu diterapkan semasa waktu bekerja di pejabat. Diluar pejabat atau luar waktu pejabat masing-masing boleh berubah kepada 'gaya semula jadi' masing-masing.

Kesimpulan kakitangan perlu BERUBAH menjadi klasik semasa di pejabat dan BERUBAH menjadi diri masing-masing diluar waktu pejabat atau ketika bertugas luar pejabat.

Puan Raihan Abdul Rahman adalah seorang Perunding dan Jurulatih Imej Bertauliah.

Puan Raihan Abdul Rahman merupakan International Certified Style & Colour Consultant daripada By Ferial Image Consulting.

Puan Raihan Abdul Rahman juga telah menerima pengiktirafan sebagai Certified NLP Practitioner National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.
Selain itu, beliau turut menerima Mastery Learning Fasilitator di bawah Take Charge! Learning Facilitator System.

Puan Raihan Abdul Rahman adalah ahli kepada Malaysian Association Of Professional Speakers (MAPS) dan ahli kepada Pertubuhan Perunding & Motivasi Malaysia (TAMRIN).

Puan Raihan Abdul Rahman memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih dari 10 tahun sebagai perunding dan jurulatih di dalam kursus- kursus berkaitan pengurusan imej organisasi, pengurusan pelanggan, pengucapan awam, protokol,etiket, pengendalian majlis, pengacaraan majlis, pengurusan mesyuarat dan kepimpinan.

Pengalaman selama 10 tahun Puan Raihan Abdul Rahman bertemu dengan ramai pelanggan dan peserta dari pelbagai latar belakang memberikan kelebihan dan kemahiran kepada beliau dalam mengendalikan sesi latihan dan rundingan imej yang kendalikan.

Tajuk-tajuk program yang pernah dikendalikan oleh Puan Raihan Abdul Rahman adalah seperti berikut:
• Corporate Image Grooming
• The Power of Professional Appearance
• Create and Master your Self Brand
• Business & Social Etiquette
• Excellent Customer Services
• Transformasi Penampilan & Etika Dalam Imej Profesional
• Profesional Image Branding

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Puan Raihana Abdul Rahman sila klik [raihan.awaken-image.com]. Awaken Training  Consultancy beralamat di 319 Blok A, Lobby B, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor..

Jelajah Resensi Buku Bersama Tokoh Pembaca Sekolah Rendah Pahang 2016

 Jelajah  Resensi Buku Bersama Tokoh Pembaca Sekolah Rendah Pahang 2016 bertujuan bagi membudayakan tabiat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah.
Cikgu Norafizah binti Abdul Razak, Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Pekan telah menjayakan  Siri Jelajah Resensi bersama Tokoh Pembaca (NILAM) Sekolah Rendah Negeri Pahang
 Program ini berjaya memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid-murid seawal usia mereka.
Sebanyak 11 buah sekolah terlibat dalam Siri jelajah ini terdiri daripada sekolah daerah Pekan, Kuantan, Muadzam dan Zon Chini.
Adik Nur Alyaa Zaheeda bt Kamarulzaman dari Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Pekan Jaya merupakan Tokoh Pembaca bagi kaegori Bahasa Melayu

Adik Hajar Khadija Sofea bt Mohd Shaharuddin dari Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram merupakan Tokoh Pembaca bagi kategori Bahasa Inggeris.

Kedua-dua mereka telah membaca lebih dari 360 buah judul buku dan telah dianugerahi Pingat NILAM iaitu pencapaian tertinggi dalam Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Di dalam program ini juga, Cikgu Norafizah Abdul Razak telah memperkenalkan buku-buku baru kepada warga sekolah dan memberi taklimat tentang kepentingan budaya membaca dalam memajukan diri dan bangsa. Menurut beliau, membaca salah satu cara kita memimpin diri sendiri kearah kebaikan dan menjadikan minda kita berkualiti.

ditulis oleh:
Cikgu Norafizah binti Abdul Razak

Friday, March 25, 2016

Buku: ULULALBAB AJAIBNYA ALAM SEMESTA oleh Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail

Buku: ULULALBAB AJAIBNYA ALAM SEMESTA oleh Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail

JUDUL BUKU:ULULALBAB AJAIBNYA ALAM SEMESTA
NO.PANGGILAN:297.242 MAT
ISBN:978-967-0392-73-8
PENERBIT:MUSTREAD UMUM
TARIKH / TAHUN:2014
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM 47.00

ULASAN
Ulul Albab ialah golongan yang mengambil iktibar tentang keagungan Allah dengan merenung kejadian di langit dan bumi dengan penuh keajaiban.

Ia juga mengupas persoalan-persoalan yang sering ditanya oleh manusia seperti  ‘rahsia pusingan tawaf di  sekeliling kaabah”,  terbentuknya besi dan sebagainya.

Kelebihan hukum Islam yang sering dipersoalkan oleh masyarakat terutamanya masyarakat barat.

DISEDIAKAN OLEH
AZHARANI A. AZIZ

Buku: MENGENALI TAKAFUL oleh MOHD FADZLI YUSOF

Buku: MENGENALI TAKAFUL oleh MOHD FADZLI YUSOF

TAJUK BUKU;MENGENALI TAKAFUL
PENGARANG;MOHD FADZLI YUSOF
NOMBOR PANGGILAN;368.0065595
ISBN; 967 – 950 – 226 – 0
PENERBIT;IBS BUKU SDN. BHD.
TARIKH / TAHUN TERBIT;CETAKAN  PERTAMA  2006
EDISI BAHASA;BAHASA MELAYU
HARGA; RM29.90

ULASAN BUKU  ; 
Memaparkan konsep dan operasi takaful – Sistem Insurans Islam - di Malaysia yang kini sudah berusia lebih 20 tahun. 

Pengenalan system takaful pada tahun 1984 telah menjadi titik tolak kea rah melengkapkan system kewangan Islam secara keseluruhannya.

Sejak itu, sector takaful terus berkembang dan mendapat sambutan menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Penerapan konsep tabaruj, al mudarrabahdan al widadah, perjalanan operasi yang berlandaskan syarak dan skop prododuk yang memenuhi keperluan semasa telah menarik minat masyarakat untuk menyertai  system insurans Islam ini.

Buku: Safe Haven oleh Nicholas Spark

Buku: Safe Haven oleh Nicholas Sparks

No Perolehan: DCAM 06936
ISBN: 978-0-7515-4299-8
Kategori: Fiksyen Inggeris

Ringkasan/ Ulasan:
When a mysterious young woman named Katie appears in the small North Carolina town of Southport, her sudden arrival raises questions about her past.

Beautiful yet self-effacing, Katie seems determined to avoid forming personal ties until a series of events draws her into two reluctant relationships one with Alex, a widowed store owner with a kind heart and two young children and another with her plainspoken single neighbor, Jo.

Despite her reservations, Katie slowly begins to let down her guard, putting down roots in the close-knit community and becoming increasingly attached to Alex and his family.

But even as Katie begins to fall in love, she struggles with the dark secret that still haunts and terrifies her a past that set her on a fearful, shattering journey across the country, to the sheltered oasis of Southport.
With Jo’s empathic and stubborn support, Katie eventually realizes that she must choose between a life of transient safety and one of riskier rewards and that in the darkest hour, love is the only true safe haven.

Judul: Safe Haven
Pengarang: Sparks, Nicholas
Penerbit: Sphere
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM42.95
Muka surat: 350
Rating: 5

Wednesday, March 23, 2016

Kursus Deeta Management Solutions Sdn Bhd bagi bulan April 2016

Deeta Management Solutions Sdn Bhd (DMSSB), syarikat milik Bumiputera sepenuhnya dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) akan menganjurkan kursus-kursus seperti berikut:-

1)     KURSUS SERVIS KENDERAAN BERSKALA ASAS 2
Tarikh : 13 – 14 April 2016 , Tempat : RHR Hotel @ UNITEN

2)     THINKING OUT OF THE BOX
Tarikh : 18 – 19 April 2016 , Tempat : Pullman Putrajaya Lakeside

3)     KURSUS PEMANTAPAN IMEJ PROFESIONAL
Tarikh : 20 – 21 April 2016 , Tempat : Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

4)     KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI
Tarikh : 25 – 26 April 2016 , Tempat : RHR Hotel @ UNITEN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-8063 3404 / 03-8063 2750 / 016-665 0571, Faksimili: 03-2178 4824 atau emelkan kepada: training@dmssb.com.my.

Kami juga bersedia mengadakan kursus-kursus diatas secara in-house untuk organisasi yang berminat. Segala sokongan dan pertimbangan pihak tuan untuk menjayakan kursus-kursus di atas amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ALIA AMIRA MOHD ABDUL RANI
Penyelaras Kursus

Friday, March 18, 2016

Buku: SEMOGA HIJRAHKU ABADI oleh Dato Malik Noor dan Riahana Abdullah

Buku: SEMOGA HIJRAHKU ABADI oleh Dato Malik Noor dan Riahana Abdullah

JUDUL BUKU: SEMOGA HIJRAHKU ABADI
NO. PANGGILAN:    952.94 MAL
ISBN:    978-967-969-618-9
PENERBIT: BERITA PUBLISHING
TARIKH / TAHUN: 2013
EDISI BAHASA: BAHASA MELAYU
HARGA: RM 15

ULASAN
Mengisahkan bekas jaguh bina badan Negara  Datuk Malik Noor yang penuh warna  warni  sejak kecil di Kampong Seri Gading, Pontian, Johor. 

Merantau  ke luar negara, menjadi terkenal melalui sukan bina badan dan dunia lakonan serta dilimpahi kemewahan namun jiwanya kosong. 

Kini dia telah mencari sinaran perubahan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

DISEDIAKAN OLEH
AZHARANI A. AZIZ

Friday, March 11, 2016

BUKU: OMAR MUKHTAR SINGA PADANG PASIR oleh Shafie Abdul Rahman

BUKU: OMAR MUKHTAR  SINGA PADANG PASIR diterbit oleh YAMANI ANGLE SDN BHD

JUDUL BUKU:OMAR MUKHTAR  SINGA PADANG PASIR
NO.PANGGILAN:922.97 SHA
ISBN:978-967-0525-41-9
PENERBIT:YAMANI ANGLE SDN BHD
TARIKH / TAHUN : 2014
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA: RM 25.90

ULASAN:   
Kisah seorang pahlawan Libya bernama Omar Mukhtar juga seorang guru agama yang berjuang menentang Penjajahan . Beliau dilahirkan pada tahun 1862.
Pada tahun 1911, Itali telah menakluk Libya, Omar Mukhtar bersama pengikutnya berjuang menentang penjajahan Itali ke atas Libya.

Omar Mukhtar telah ditangkap dan dibicarakan dan dihukum gantung pada 16 september 1931.

DISEDIAKAN OLEH
AZHARANI A. AZIZ

Buku: Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff.

Buku: Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff.

TAJUK BUKU;Memahami Komunikasi Orang Pekak.
PENGARANG;Abdullah Bin Yusoff.
NO. PANGGILAN;617.8 / abd
ISBN;978 – 983 – 46 – 1571 – 0
PENERBIT;Dewan Bahasa Dan Pustaka.
TARIKH / TAHUN TERBIT;Cetakan Kedua  -  2014
EDISI BAHASA;Bahasa Melayu.
HARGA;RM20.00

ULASAN BUKU
Anda pernah bercakap atau berkomunikasi dengan orang pekak? Sama ada jawapan anda YA ataupun TIDAK , yang pasti adalah sukar untuk memahami mereka . Disebabkan kita sukar memahami mereka, adakah wajar orang pekak disisihkan?

Ketidakpeduliaan sesetengah anggota masyarakat terhadap orang pekak merupakan  penderitaan yang tidak tertanggung oleh golongan ini. Oleh itu Memahami Komunikasi Orang Pekak  merupakan satu usaha murni atau jambatan bagi memudahkan proses perhubungan dengan mereka.

Buku ini adalah sebagai langkah permulaan penulis bagi membantu pembaca memahami orang pekak dalam pelbagai aspek. Selain memahami cara mereka berkomunikasi, pembaca juga didedahkan tentang kedudukan dan status bahasa isyarat mereka.

Di samping itu, mengklasfikasikan orang pekak  samaada cacat atau pengguna bahasa minority merupakan persoalan baharu yang dikemukakan penulis. Oleh hal yang demikian, buku ini wajar dibaca oleh semua, khususnya mereka yang berdamping dengan orang pekak bagi memudahkan kita memahami dan berkomunikasi dengan mereka.

Dengan terbitnya buku ini, diharapkan nasib warga pekak akan lebih terbela.



ulasan oleh
Fatarudin Mohd Ari

Wednesday, March 2, 2016

SIRI KHAZANAH BUDAYA: PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT oleh Syed Mahadzir

SIRI KHAZANAH BUDAYA: PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT oleh Syed Mahadzir

No. Perolehan: DRAU 01779
No. Panggilan: 394. 309595 SYE
ISBN: 978-967-5169-36-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Kebudayaan

Ulasan:
Siri khazanah budaya mengandungi enam buah judul kesemuanya seperti permainan warisan rakyat, permainan tradisi rakyat, tarian tradisi rakyat dan pelbagai lagi.

Dalam judul permainan tradisi rakyat, terdapat pelbagai jenis permainan tradisi di Malaysia yang dibincangkan. Antaranya ialah batu Seremban, lompat untai gelang, tating lawi, sepak raga ratus, kelereng dan pelbagai lagi.

Kesemua permainan tradisional ini mempunyai sejarah asal usul yang tersendiri dan unik. Setiap maklumat tentang permainan diterangkan dengan begitu jelas dan padat dan sememangnya dapat memberi ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang membaca.

Buku ini sememangnya harus dibaca oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia yang menggemari Permainan tradisional di Malaysia kerana dapat mengimbau kembali kenangan di masa lalu dan dapat memberi pendedahan kepada anak muda pada zaman sekarang.

Judul: Siri Khazanah Budaya: Permainan Tradisi Rakyat
Pengarang: Syed Mahadzir
Penerbit: E1 Publication Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM 68.50

PENUTUPAN PERKHIDMATAN DI UNIT RUJUKAN DAN KOLEKSI NEGERI PAHANG, PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG (PUSAT)



MAKLUMAN
Kepada pelanggan Perpustakaan Awam Pahang,

PENUTUPAN PERKHIDMATAN DI UNIT RUJUKAN DAN KOLEKSI NEGERI PAHANG,  PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG (PUSAT)
Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur sedang dalam persiapan berpindah ke bangunan baharu perpustakaan. Oleh yang demikian, perkhidmatan di Unit Rujukan dan  Unit Koleksi Negeri Pahang akan ditutup bermula pada 01 Mac 2016.
Perkhidmatan PPAP akan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai pada 01 April 2016. Perkhidmatan  ini akan dibuka semula kepada umum di bangunan baharu PPAP pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan bolehlah menghubungi :-
1)    Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat di talian 09-5163411/5141606

Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Senarai Ulasan Buku 2016

-366 Cerita padang Pasir terbitan Edukid.
-A Short Guide To A Long Life Oleh David B. Agus
-AWAK PENGANTIN SAYA pengarang AINUL HAZRAH
-Bahasa Kedua pengarang Harison Mohd Sidek
-BERUBAH ATAU KALAH oleh WAHID MAHDI
-CERPEN DAN PERPADUAN NASIONAL oleh CHEW FONG PENG
-Einstien The Life And Time Oleh Ronald W. Clark
-Ekstrak Pola Busana oleh Suryawati
-Endon Mahmood Potret Srikandi Berjasa Oleh Chamil Wariya
-Ingin Sihat? Bersenam Cara Mudah oleh Zainun Ishak
-Jenis Penyakit Berbahaya oleh W.S Uzala
-Kandil Di Kaki Gunung oleh Roza Roslan
-KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI pengarang CHE HASNIZA CHE NOH
-Koleksi Pantun Teki-Teki oleh Siti Nor Azura
-Mengenali Takaful Oleh Mohd Fadzli Yusof
-Misi Kemanusiaan Syria & Syam Travelog Berdarah : Pengembaraan dan Teladan oleh Johan Ariff Ismail
-Mustafa Kamal Atarturk Oleh Abdul Latip Talib
-Mutiara Jasa Ayah oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin
-Nikah Sindiket Di Malaysia Oleh Intan Nadia Ghulam Khan, Hasnizam Hashim, Haliza A. Shukor dan Nabilah Yusof
-Omar Mukhtar Singa Padang Pasir Oleh Shafie Abdul Rahman
-Panduan Bisnes Mudah.my oleh Umar Taib
-Pelbagai Cara Memperbanyakkan Tanaman terbitan Synergy Media
-Protokol-Protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis. Dengan Pra Kata Dan Nota-Nota Penjelasan Oleh Victor E Marsden 
-Rawatan Diabetes oleh b. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui
-Safe Haven Oleh Nicholas Spark
-SAYA DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU oleh FARID MOHD ONN
-Sayidatina Asma' Binti Abu Bakar - Dhatun Nitaqain oleh Shafie Abd. Rahman.
-Semoga Hijrahku Abadi Oleh Dato Malik Noor Dan Riahana Abdullah
-Siri Buku Besar Tunas Nilam
-Siri Kenali Sultan 1: DYMM Sultan Pahang oleh Nur Irdina Idris
-Siri Khazanah Budaya: Permainan Tradisional Rakyat Oleh Syed Mahadzir
-Teras Anak Islam: Akhlak Anak Islam Oleh Abu Dzal Al Ghifari
-Tuk! Tuk! Tuk! Housekeeping! Oleh Eina Afrina
-Ululalbab Ajaibnya Alam Semesta Oleh Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail
-Warisan Seni Bina Negeri Sembilan Oleh Mohamad Tajuddin Bin Mohamad Rasdi

SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER bersama YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor


SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER
YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor
 sember gambar: dteconsult.com.my

Permulaan sesi ini YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor mengajak semua peserta membuat andaian bahawa mereka mereke diberi peluang untuk memilih mahukan seorang anak lelaki atau seorang perempuan.

Peserta pilihan ditanya kenapa mereka memilih untuk mendapatkan seorang anak lelaki atau seorang anak perempuan.

Pelbagai jawapan diterima, antaranya (1) penyambung zuriat (2) merasa lebih stabil (3) pembahagian harta (4) boleh dibuat kawan (5) boleh menjaga masa tua (6) rasa selamat (7) dan macam-macam lagi.

Dalam sesi 'games' ini 75 peratus memilih untuk mendapatkan anak lelaki manakala selebihnya mahukan anak perempuan.

YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor membuat kesimpulan ringkas dari 'games' ini adalah, bukan anak mana yang penting. Perkara yang mahu ditekankan adalah kenapa membuat pilihan tersebut.

Memilih untuk mendapat anak lelaki atau anak perempuan adalah isu jantina.

Tetapi sebab kenapa memilih untuk mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan adalah isu gender.

Isu jantina dan Isu Gender ini perlu dipandang dari sudut yang berbeza.

Isu jantina sesuai dikatakan sebagai ketentuan atau takdir atau kehendek tuhan. Bukan perkara yang mudah untuk kita menukar jantina seseorang setelah ditakdirkan itulah jantinanya. Mungkin kita boleh berdoa atau mengawal permakanan untuk membolehkan kita mendapatkan jantina anak yang dihajati. Setelah seseorang itu dilahirkan dengan jantinanya dia boleh memilih untuk melakukan pembedahan untuk menukar jantina.

Menurut YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Isu Gender sesuai dikatakan sebagai pengaruh budaya satu-satu masyarakat. Dari sudut budaya, ada situasi yang memang mendorong supaya kita lebih menghargai anak lelaki. Isu Gender ini kita boleh juga anggap sebagai pandangan masyarakat.

Pandangan masyarakat ini boleh diubah dengan mudah jika anggota masyarakat mahu menukar pandangan masing-masing terhadap isu ini. Seterusnya menukar budaya masyarakat. Inilah yang mahu ditunjukkan oleh Dr. Tengku Naufal.

Isu Gender disini bukan bermaksud merendahkan hukum Islam. Islam telah menghangkat martabat wanita kepada kedudukan yang amat tinggi berbanding dengan sebelum kedatangan Nabi dan Rasul yang akhir.

Amerika syarikat yang dianggap maju baru sahaja membenarkan kaum wanitanya mengundi pada tahun 1920. Dengan kata lain mereka baru sahaja memperbaiki Isu Gender ini pada tahun 1920 iaitu belum sampai 100 tahun.

Bagi melihat perkara ini dari sudut lebih luas, YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor menceritakan statistik pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun 2015. Lebih kurang 210,000 adalah perempuan manakala 230,00 adalah lelaki. Perbandingan ini adalah hampir-hampir sama.

Tetapi apabila dilihat peratus pelajar yang mendapat tempat di universiti pada tahun 2015 menjadi terbalik. 70 peratus adalah pelajar perempuan manakala 30 peratus adalah pelajar lelaki.

Sepintas lalu, jika kita lihat kesan jangka panjangnya akan muncul lebih ramai pemimpin wanita yang memegang tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. Tambahan jika syarat kelulusan akademik menjadi syarat utama.

Seterusnya YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor menceritakan statistik pencapaian 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam pernah dicapai.

Seterusnya beliau mahu kita merujuk kepada Gender Developement Index (GDI). Bagi tahun 2013, Malaysia berada pada kedudukan 91 dikalangan 148 negara. Untuk info terbaru kita perlu merujuk GDI 2015.

Sebenarnya banyak perkara telah dikongsi oleh beliau dalam sesi yang menyeronokkan. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah telah menghantar 5 orang pegawai bagi menghadiri seminar ini.

SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER
1 Mac 2016 (Selasa)
8.00 pagi - 1.00 petang
Dewan Samudera, INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM)
24007 Kemaman.

Sesi 1:
Gender vs Jantina: Satu Kupusan Berkenaan Kerelevenan Gender Dalam Kepimpinan
Sesi 2:
Peranan Penjawat Awam Dalam Mengarusperdanakan Gender

Rujukan:
DTeC designs and develop training options which are tailored to meet specific needs of the organization. These are based on an in depth assessment and analysis of the existing level of performance, and the level of performance which the organization wishes to achieve..[dteconsult.com.my]

Links:
1.  KESAKSAMAAN Gender adalah satu daripada agenda penting dalam usaha kerajaan mencapai objektif menjadi sebuah Negara maju berlandaskan pembangunan yang seimbang dalam arus globalisasi  pada masa kini. [umk.edu.my]
2. “The ultimate goal of gender mainstreaming is to achieve gender equality. Both men and women play roles to complement each other because each bring in different values, views, capabilities, and ways of doing things.” [niew.gov.my]
3. Tengku Dr Naufal Tengku Mansor said most women were taken advantage of because of a flawed concept where women were regarded as weak, unable to defend or make decisions for themselves. [thestar.com.my]
4. Yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. [gpmsuitm.wordpress.com]
5. Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender - PowerPoint PPT Presentation [powershow.com]
6. Majlis dimulakan dengan 'Ceramah Motivasi' berkaitan dengan 'Keganasan Terhadap Wanita' oleh Dr Tengku Naufal bin Tengku Mansor. Sila rujuk biodata beliau di bahagian bawah page ini.  Aku perolehi dari internet.  Menarik juga ceramah beliau.  Memberikan penjelasan tentang apa itu keganasan terhadap kaum wanita dari segi perundangan dan sosiologi.[coltoras1959.blogspot.my]
7. Artikel-artikel yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. [kes2syariah.blogspot.my]
8. Victorian Personalities (Past & Present)- Over 2,100 names - Here is the reason why the Victoria Institution is great - its Old Boys and Old Girls, in every field of endeavour!  [viweb.freehosting.net]