Wednesday, March 30, 2016

Jelajah Resensi Buku Bersama Tokoh Pembaca Sekolah Rendah Pahang 2016

 Jelajah  Resensi Buku Bersama Tokoh Pembaca Sekolah Rendah Pahang 2016 bertujuan bagi membudayakan tabiat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah.
Cikgu Norafizah binti Abdul Razak, Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Pekan telah menjayakan  Siri Jelajah Resensi bersama Tokoh Pembaca (NILAM) Sekolah Rendah Negeri Pahang
 Program ini berjaya memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid-murid seawal usia mereka.
Sebanyak 11 buah sekolah terlibat dalam Siri jelajah ini terdiri daripada sekolah daerah Pekan, Kuantan, Muadzam dan Zon Chini.
Adik Nur Alyaa Zaheeda bt Kamarulzaman dari Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Pekan Jaya merupakan Tokoh Pembaca bagi kaegori Bahasa Melayu

Adik Hajar Khadija Sofea bt Mohd Shaharuddin dari Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram merupakan Tokoh Pembaca bagi kategori Bahasa Inggeris.

Kedua-dua mereka telah membaca lebih dari 360 buah judul buku dan telah dianugerahi Pingat NILAM iaitu pencapaian tertinggi dalam Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Di dalam program ini juga, Cikgu Norafizah Abdul Razak telah memperkenalkan buku-buku baru kepada warga sekolah dan memberi taklimat tentang kepentingan budaya membaca dalam memajukan diri dan bangsa. Menurut beliau, membaca salah satu cara kita memimpin diri sendiri kearah kebaikan dan menjadikan minda kita berkualiti.

ditulis oleh:
Cikgu Norafizah binti Abdul Razak

No comments: