Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, April 11, 2016

Buku: ENDON MAHMOOD POTRET SRIKANDI BERJASA oleh Chamil Wariya

Buku: ENDON MAHMOOD POTRET SRIKANDI BERJASA oleh Chamil Wariya

No. Perolehan: DRAU 02389
No. Panggilan: 920.7209595 CHA
ISBN: 983-42919-0-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Sejarah

Ulasan: Buku hasil karya Chamil Wiraya ini mengisahkan tentang keperibadian seorang insan bernama Datin Seri Endon Mahmood di mata pengarang. Terdapat pelbagai peristiwa dan kenangan yang diselitkan di dalam buku ini bermula dari kelahiran Datin Seri Endon Mahmood sehinggalah beliau meninggal dunia.

Beliau layak menerima pujian yang amat tinggi di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya. Perginya beliau adalah satu kehilangan yang sangat besar untuk negara Malaysia khususnya bagi kaum wanita.

Beliau sememangnya harus dijadikan contoh oleh setiap kaum wanita di atas sumbangannya. Boleh dikatakan perginya insan bernama Endon Mahmood ini tiada gantinya. Sehingga kini masih lagi terdapat sisa kenangan beliau apabila penggunaan batik kini kian meluas di seluruh negara. Hal ini kerana beliau sangat menggemari batik dan cuba untuk memperkenalkan batik di seratanegara.

Beliau juga digelar Ikon Kebaya Nyonya kerana gemar memperagakannya. Walaupun sudah sekian lama beliau telah pergi meninggalkan kita semua disebabkan kanser, namun segala jasa dan pengorbanan beliau tetap harus kita sanjung dan hargai.

Judul:Endon Mahmood: Potret Sri kandi Berjasa
Pengarang: Chamil Wiraya
Penerbit: Media Global Matrix SdnBhd
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM 29.00

Ulasan oleh
EN. ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
Ketua Perpsutakaan Daerah Raub

No comments: