Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, April 10, 2016

Buku: WARISAN SENI BINA NEGERI SEMBILAN oleh MOHAMAD TAJUDDIN BIN MOHAMAD RASDI

Buku: WARISAN SENI BINA NEGERI SEMBILAN oleh MOHAMAD TAJUDDIN BIN MOHAMAD RASDI

TAJUK BUKU;  WARISAN SENI BINA NEGERI SEMBILAN.
PENGARANG;  MOHAMAD TAJUDDIN BIN MOHAMAD RASDI
NO. PANGGILAN ;  720.9595117 / MOH
ISBN;  978 – 983 – 46 – 0671 - 8
PENERBIT ;  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA  (DBP)
TARIKH/ TAHUN TERBIT  ;  CETAKAN PERTAMA  2012
EDISI BAHASA;  BAHASA MELAYU
HARGA;  RM32.00

ULASAN BUKU:
Buku ini memaparkan warisan tradisional Negeri Sembilan yang  tidak disentuh oleh penjajah.

Pelbagai rumah dan bangunan yang termukil daripada lakaran halus pelan , tampak , keratin dan aksomometrik mendedahkan keunggulan butiran teknologi kayu dan juga perancangan ruang dalaman yang mencerminkan  konteks sosiobudaya silam masyarakat Melayu  Negeri Sembilan. 
Kehidupan orang Melayu Negeri Sembilan tradisional mempengaruhi bentuk bangunan dan susunan ruang serta ukiran yang terbina daripada  tukang – tukang  yang mahir.

Tidak ada  warisan tradisional negeri – negeri lain yang mempunyai kesatuan ciri yang sejelas warisan seni bina tradisional yang dipaparkan dalam lakaran buku ini.

ulasan oleh
Fatarudin Mohd Ari

No comments: