Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, April 28, 2016

Jom Baca 2016 (C) Pengkisahan Sejarah Rundingan Damai Hat Yai Thailand 1989

Bersempena dengan Jom Baca 2016 telah diadakan Pengkisahan Sejarah Rundingan Damai Hat Yai Thailand. Sesi ini dikendalikan oleh moderator Dr. Jamal Rizal Razali dari Universiti Malaysia Pahang. Manakala tokoh pembicara adalah individu yang terlibat dalam rundingan tersebut iaitu Dato Ahmad Nazir Nordin bekas anggota polis dan Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda pembuka jalan kepada rundingan ini.
 01. Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda adalah anak kelahiran Raub. Dato Mocktar mempunyai seorang kakak yang bernama Siti Norkiah bt Mahmod Baginda dan berkahwin dengan
Abu Samah Mohd. Kassim. Dato Mocktar bukan sekadar mempunyai pertalian adik beradik dengan Siti Norkiah tetapi pertalian anak beranak kerana Dato Mocktar telah dipelihara oleh Siti Norkiah semenjak berumur 10 hari. Malangnya mereka telah lama terpisah. Tentu Dato Mochtar amat terkejut apabila diberitahu bahawa kakaknya masih hidup di Thailand. Dato Mocktar berusaha untuk berjumpa dengan kakaknya.
 02. Setelah menempoh pelbagai dugaan akhirnya beliau berpeluang untuk ditemukan dengan kakak yang juga emak iaitu Siti Norkiah dalam suasana yang amat pelik. Pelik kerana Dato Mochtar bukan dengan mudah boleh diterima oleh Siti Norkiah sebagai adik yang juga anaknya iaitu Mocktar.
 03. Dato Haji Mocktar boleh menjawab dengan tepat semua persoalan yang diajukan oleh Siti Norkiah. Semua soalan-soalan peribadi tersebut kebanyakannya melibatkan peristiwa yang ditempoh oleh mereka dua beradik. Sesi dijalankan dalam suasana rasmi bukan dalam suasana adik beradik.
 04. Malangnya Siti Norkian masih tetap tidak puas hati kerana mungkin sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat tersebut dan menyamar sebagai Mocktar. Setelah sekian lama berhenti menyerang dan membunuh penduduk Tanah Melayu mungkin mereka bimbang Kerajaan Malaysia akan melakukan serangan balas bagi menghapuskan saki baki ahli Parti Komunis Malaya.
 05. Akhir sekali kakak beliau Siti Norkiah melakukan pemeriksaan fizikal dibahagian jari adiknya Mocktar. Setelah dipastikan bahawa nyata ada tanda lahir Mocktar barulah Siti Norkiah mengaku bahawa Mocktar adalah adiknya. Suasana terus bertukar jadi siri jejak kasih dalam suasana hiba dan gembira.
 06. Dato Ahmad Nazir Nordin mendedahkan bahawa pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk mendapatkan satu penyelesaian yang unik terhadap ancaman komunis di Tanah Melayu. Sehingga masa itu, belum ada negara yang berjaya melakukan rundingan dengan pihak komunis. Pihak kita tidak mengiktiraf perjuangan dan tuntutan orang komunis. Kita ada cara yang lebih 'Melayu' untuk kita menuntut apa yang kita mahu.

Dato Haji Mocktar telah memberikan satu maklumat yang amat penting. Iaitu orang komunis amat pantang apabila diminta 'menyerah diri'. Maka perkataan tersebut ditukar kepada perkataan lain iaitu 'Rundingan Damai'.

Dato Haji Mocktar juga sebenarnya telah berjaya membuka hati kepimpinan orang komunis untuk menentukan kesudahan perjuangan sia-sia mereka. Beliau diberi peluang untuk berdebat bagi menetukan kebenaran perjuangan masing-masing.

Akhirnya pihak Kerajaan Malaysia menemuai keadah untuk masalah ini iaitu melalui Rejimen ke 10 PKM yang dianggotai oleh orang Melayu sahaja. Ini sesuai dengan matlamat asal penubuhan Rejimen ke 10 PKM iaitu bagi tujuan propaganda. Ianya bermula apabila usaha mengajak orang Melayu membuang agama adalah usaha yang pasti gagal. Melayu dan Islam atau Islam dan Melayu adalah satu.

Maka Kerajaan Malaysia menggunakan matlamat asal Rejimen Prppaganda ke 10 PKM ini untuk menamatkan perjuangan PKM di Tanah Melayu. Usaha ini berjaya hasil 'tusukan jarum halus' yang dilakukan oleh Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda terhadap kepimpinan Komunis Melayu ini.

Sebenarnya orang komunis Melayu ini amat ketinggalan dalam apa yang mereka perjuangkan. Mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka perjuangkan sudah tercapai.
 07. Apa yang dirisaukan selepas ini adalah berubahnya hala perjuangan komunis dalam bentuk baru. Sebelum ini perjuangan komunis dalam tiga bentuk iaitu:
Keadah 1- Secara parti iaitu menonjolkan PKM bagi membina identiti komunis.
Keadah 2- Secara bawah tanah iaitu melakukan serangan dan pembunuhan bagi manakutkan rakyat.
Keadah 3- Secara perang saraf iaitu meresap dikalangan masyarakat bagi mengubah pemikiran rakyat.

Setelah keadah 1 dan 2 berjaya dibenteras maka sudah tentu komunis atau pengganas akan beralik kepada keadan 3. Melalui cari ini mereka akan menyusup sebagai pemimpin, peniaga, pengajar dan macam-macam jawatan. Tetapi pihak kerajaan telah menyedari perkara ini dan usaha berterusan menjaga keamanan Tanah Melayu ini akan ditingkatkan. Tidak Hilang Melayu Didunia.
 08. Satu perkara yang mahu ditonjolkan oleh Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda adalah peranan Tun Abdul Ghafar bin Baba dalam Rundingan Damai ini. Beliau adalah orang yang dijadikan rujukan oleh Abduillah CD bagi mendapatkan maklumat mengenai kepentingan Rundingan Damai ini. Ini kerana Abdullah CD adalah kenalan Tun Abdul Ghafar bin Baba. Akhirnya Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda berjaya mengusahakan pertemuan dua sahabat ini pada tahun 1990 iaitu setahun selepas Rundingan Damai Hat Yai 1989.

No comments: