Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, April 22, 2016

Memperkenalkan Logo dan Slogan Tahun Melawat Pahang 2017 - Hogoh Pahang

Pada 21 April, 2016, Kerajaan negeri Pahang telah melancarkan promosi Tahun Melawat Pahang 2017. Promosi ini akan merangkumi pelbagai aktiviti yang akan mengukuhkan jenama sebagai destinasi percutian di Pahang. Promosi melibatkan media sosial serta media massa, pameran perdagangan, aktiviti dan penganjuran promosi bersama.

Pada hari ini telah diperkenalkan logo, tema, maskot dan slogan HOGOH PAHANG yang terkenal di kalangan anak Pahang.

Slogan Hogoh Pahang dijangka mampu mempromosikan  kebudayaan dan tradisi tempatan. Hogoh Pahang bertepatan dengan semangat anak-anak Pahang yang tidak gentar dan sentiasa mempunyai daya juang. . 

Hogoh Pahang merupakan dialek yang menjadi kebanggaan anak-anak Pahang. Tidak dinafikan, ramai orang di luar Pahang yang tidak memahami maksud Hogoh Pahang, termasuklah pelancong asing. Diharap slogan ini mempunya keunikan yang boleh menarik minat mereka untuk lebih mengenali negeri Pahang.

Hogoh Pahang juga diharap dapat menyatukan anak-anak Pahang dan bekerjasama dalam menjayakan Tahun Melawat Pahang 2017.

Harapan kerajaan negeri, bersempena Tahun Melawat Pahang 2017, anak tempatan kami turut mendapat faedah daripada promosi ini. Peniaga tempatan dipelawa menyertai kempen ini agar mereka dapat meningkatkan jualan produk masing-masing. 

Pada tahun 2015, Pahang menerima 10.5 juta pelancong ke negeri Pahang yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM7 bilion. Pada tahun 2017, disasarkan 13 juta iaitu tambahan 2.5juta pelancong kepada angka sedia ada.

Kali terakhir Negeri Pahang mengadakan kempen Tahun Melawat Pahang adalah Tahun Melawat Pahang 1994. Negeri Pahang memerlukan lonjakan kadar pelancong yang lebih besar agar perbelanjaan pelancong meningkatkan perbelanjan di Pahang. 

Kejayaan kempen pelancongan ini, diharapkan mendapat sepenuh sokongan, kerjasama dan bantuan dari semua pihak.
rujukan: pelancongan-kini.blogspot.myl

MAJLIS PELANCARAN  PROMOSI 'Hogoh Pahang' 2017
Tarikh: 21 April 2016 (Khamis)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Hotel Zeneth
 

No comments: