Sunday, April 3, 2016

U-Pustaka Genap 5 Tahun Pada 31 Mac 2016.

Transformasi Negara adalah proses menjadi masyarakat Malaysia berpengetahuan secara inklusif. Perkhidmatan penyampaian maklumat yang inovatif ini telah berjaya meletakkan pembelajaran sepanjang hayat pada satu tahap yang lebih tinggi. Melalui U-Pustaka masyarakat boleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mendapatkan bahan bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan.

Bersyukur kepada Allah swt kerana pada 31 Mac 2016, Usaha U-Pustaka dalam menjayakan Transformasi Negara telah genap usia 5 tahun. Tarikh 31 Mac 2016 adalah tarikh yang amat bermakna.

Tidak dinafikan bahawa masih banyak yang boleh dilakukan. Namun begitu, sewajarnya diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak U-Pustaka dan semua rakan konsortium.

Tahniah kepada pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) serta pengarah-pengarah di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka), Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan Perpustakaan Negeri Sabah atas kesungguhan dan kecemerlangan yang telah diberikan.

Terima kasih kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia(JPN), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor (NEST) Universiti Putra Malaysia, Pos Malaysia Berhad (PMB), FPX Gateway Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai Malaysian Electronic Payment System Sdn. Bhd (MEPS)), Bank Islam Malaysia Berhad dan Touch 'n Go Sdn Bhd.

Berdasarkan Google Analytics yang bertarikh 31 Mac 2011 sehingga 30 Mac 2016 kita dapat melihat statistik kepada 10 perkara yang menunjukkan sokongan masyarakat terhadap U-Pustaka.

Berikut adalah statistiknya:

1. Kunjungan ke portal u-Pustaka = 530,418
2. Bilangan negara yang berkunjung = 138 negara
3. Bilangan bandar yang berkunjung = 1,548
4. Bilangan pageviews = 1,531,762
5. Browser yang paling banyak digunakan = Chrome - 239,398 (45.13%) 
6. Sistem Operasi paling banyak digunakan = Windows - 408,261 (76.97%) 
7. Akses u-Pustaka paling tinggi dari  = desktop (425,721), telefon pintar (82,211), tablet (22,486)
8. Purata bilangan mukasurat dilayari = 3.27 ms (tahun lepas 3.42) 
9. Purata masa melayari portal = 4 min 31 saat (tahun lepas 4.13)
10. Bilangan pengguna yang melayari portal = 352,431 (+61,753)


Melalui U-Pustaka, masyarakat luar bandar tidak perlu bersusah payah ke perpustakaan mencari bahan bacaan yang diinginkan sebaliknya boleh membuat tempahan dengan menggunakan sistem U-Pustaka. Setelah membuat tempahan bahan bacaan itu, mereka hanya menunggu di rumah kerana pihak perpustakaan akan menghantarnya melalui Pos Laju.

Kemudahan mendapatkan bahan bacaan kini sangat mudah dan tidak ada alasan untuk masyarakat tidak membaca. Pelbagai program untuk memberitahu orang ramai tentang kemudahan menggunakan U-Pustaka itu yang sangat mudah dan membolehkan mereka menempah secar online.

Links:
1.  u-library.gov.my
2. utusan.com.my
3. facebook

No comments: