Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 12, 2016

Buku: Rawatan Diabetes oleh b. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui

Buku: Rawatan Diabetes oleh b. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui

No Perolehan: DCAM 07888
ISBN: 978-983-46-1125-5
Kategori: 616.462

Ringkasan/ Ulasan:
Bayangkan anda bersembang panjang dengan seorang pesakit diabetes. Keadaannya amat mendukacitakan. Beliau sudah 20 tahun menghidap diabetes, malangnya tidak terkawal dengan baik.

Pelbagai komplikasi telah beliau alami antaranya mata kabur, buah pinggang rosak, kaki kanannya terpaksa dipotong dari bawah lutut setelah beberapa minggu dijangkiti kuman dan yang terbaharu kaki kirinya kerana masalah yang sama.

Lebih malang lagi, beliau terpaksa turun naik mahkamah syariah kerana isterinya menuntut cerai, lantaran tidak lagi mampu memberikan nafkah zahir dan batin.

Banyak lagi kisah yang mungkin lebih menyayat hati seorang penghidap diabetes yang kronik. Hakikatnya, penghidap diabetes berdepan pelbagai komplikasi jika diabetesnya tidak terkawal.

Renungkan sejenak tentang masa depan yang bakal dilalui jika diabetes tidak lagi mampu dikawal. Apakah bacaan gula dalam darah sentiasa di bawah kawalan atau sebaliknya?

Bagaimana berdepan dengan keadaan hipoglisemia atau hiperglisemia? Temui jawapannya di dalam buku ini, agar maklumat yang berguna ini dapat disampaikan kepada orang ramai khususnya penghidap diabetes.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat Malaysia,ini kerana sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia cara menghadapi masalah penyakit diabetes dengan lebih sistematik dan baik.

Judul: Rawatan Diabetes
Pengarang: Ab. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui
Penerbit: Dewan Bahasa Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM16.00
Muka surat: 99
Rating: 5

ulasan oleh
Muhammad Shahril Bin Samsuddin
Pembantu Perpustakaan
Daerah Cameron

No comments: