Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, June 10, 2016

Malaysia Ngaji 2016 melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

#MALAYSIA ngaji 29 JUN 2016
Melalui program Malaysia Ngaji, buat pertama kali, rakyat Pahang melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan mengaji serentak pada 29 Jun 2016 (Rabu). Rakyat Pahang akan menyertai aktiviti membaca al-Quran dan khatam selama sejam bersama seluruh rakyat Malaysia pada jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang hari tersebut. Ini adalah usaha Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia (MPAM) melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Binti Jaafar mahu Malaysia Ngaji ini melibatkan semua lapisan masyarakat di bandar dan di desa.

Seterusnya akan menjadikan mengaji al-Quran sebagai budaya kepada rakyat Pahang yang beragama Islam.Namun begitu tidak dinafikan bahawa kita perlu jaga memahami makna dalam setiap ayat-ayat yang dibaca.
Program ini mengajak kita bersatu hati untuk memartabatkan al-Quran. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kita akan dapat melihat rakyat Pahang sentiasa membaca al-Quran walau di mana sahaja mereka berada. Akhirnya kita dapat membaca dengan penuh penghayatan bukan sekadar mengaji dengan jiwa yang kosong. Pengalaman Malaysia Ngaji ini akan membantu semua pesertanya untuk lebih dekat dengan Allah SWT.
Mereka yang berminat boleh berhubung dan bekerjasama dengan perpustakaan daerah, cawangan dan desa yang berhampiran.
Dengan pimpinan tokoh-tokoh ustaz, banyak aktiviti yang boleh dijalankan, antara program yang sesuai dijalankan adalah:
-Membaca Al-Quran bersama
-Membincangkan hadis
-Mendalami ayat Al-Quran
-Bertadabur
-Ceramah agama
-Khatam Al Quran
-klinik Al Fatihah
(tertakluk kepada kemampuan urusetia)

Setelah tamat program ini, kita berharap akan dapat berkongsi gambar-gambar menarik semasa Malaysia Ngaji 29 Jun 2016.

No comments: