Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 16, 2016

Perpustakaan turut memeriahkan Pesta Air Chenor PAC2016

Perpustakaan daerah dan desa di Maran merasa bertuah kerana diberi peluang untuk menyertai Pesra Air Chenor Maran PAC2016 yang telah diadakan pada 13-15 Mei 2016.
 1. Exco Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Samsudin mahu memasukkan PAC2017 ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri Pahang. Ini kerana PAC berpotensi menjadi aset penting menarik kehadiran pelancong sempena Tahuh Melawat Pahang yang berselogan 'Hogoh Pahang 2017'
 2. Perpustakaan daerah dan desa di Maran turut menyertai PAC 2016 ini bagi mengimbau kenangan generasi dahulu ketika mereka di alam kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan. Pelbagai acara tradisi seperti lumba rakit, panjat tiang licin dan pukul bantal diberi nafas baru sebagai identiti PAC2016.
 3. Acara lain antaranya pertandingan gusti lengan, tarik tali, bola sepak berkain pelikat atas pasir, kayak, menjala, mencari etak, silat, masakan tradisional dan banyak lagi.Buat pertama kalinya diadakan Larian Bersejarah Bukit Kertau diadakan dengan penyertan 70 peserta.
 4. PAC 2016 kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) Datuk Ab Ghafar A Thambi.
 5. Program bertemakan 'Pekan Budaya Warisan Sungai' berjaya menyemarakkan aktiviti seni budaya dan warisan di samping menjadikan Sungai Pahang sebagai aset pelancongan di negeri Pahang sebagai persediaan 'Hogoh Pahang 2017.
 6. Ahli Dewan Undangan Negeri Chenor, Datuk Arifin Ismail mahu pelancong mengambil peluang mengunjungi tempat-tempat menarik dan peninggalan sejarah di Chenor antaranya Bukit Kertau yang menjadi lokasi pusat pe­metaan, Rumah Warisan Melayu dan Makam Pahlawan.
8. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menghargai kerjasama lebih 32 agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyertai PAC2016 ini sempena persediaan Tahun Melawat Pahang 2017.

No comments: