Wednesday, June 1, 2016

Sambutan Awal Ramadhan dan Sambutan Hari Lahir

Bersyukur kerada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA pada tahun ini warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berpeluang berpuasa di bangunan baru. Penat lelah selama bertahun-tahun akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Bagi menyambut bulan puasa satu Majlis Ceramah dan selawat sempena kedatangan bulan puasa ini telah diadakan pada 1hb Jun 2016.

Dua oran ustaz telah dijemput bagi menyuburkan semangat ramadhan warga PPAP. Ustaz Asmawi b Abu Bakar dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan (PAID Kuantan) telah menyampaikan ceramah bertajuk Kelebihan Bulan Ramadhan. Manakala Ustaz Lutfi b Abdul Razak telah memimpin bacaan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad yang kita cintai.
 01.Bila jiwa tingalkan badan
Maka nafas berhembus pergi
Bila datang bulan Ramadhan
Marilah kita sucikan hati.
 02.Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?
 03.Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Turut diadakan adalah sumbangan kurma kepada warga PPAP.
 04.Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?
 05.Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk
 06.Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan
 07.Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan
 08.Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Tak pasal-pasal hilang jari
 09.Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau berbelanja bukannya salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
Saya ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

rujukan pantun: FM Faize Mode Butik

Majlis pada hari ini turut dimeriahkan dengan Majlis Simbolik Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan April dan Mei. Melalui sambutan ringkas ini diharapkan dapat merapatkan hubungan sesama warga PPAP. Bukanlah hadiah yang dijadikan ukuran tetapi ingatan kepada hari istimewa bagi setiap warga PPAP. Mereka yang menyambut ulang tahun kelahirah pada bulan April dan Mei adalah:

BULAN APRIL
Faridah binti Jusoh Kuantan
Liza binti Che Omar - Bentong
Mahani binti Abdullah - Kuantan
Mohamed Faizal bin Ab Razak - Kuantan
Mohd Firdaus bin Abdul Hadi Nor - Kuantan
Natipah binti Bakar - Kuantan
Nor Suhaili binti Zahari - Maran
Norjuliana binti Abdullah - Temerloh
Nurul Hafizah binti Abdul Hamid - Lipis
Rosilawati binti Mansor - Kuantan
Siti Noor Hasmah binti Tahir - Kuantan
Suzilawana binti Jamaludin - Lipis
Zaiintan Muhaiza binti Zainuddin - Maran

BULAN MEI
Ahmad Aziddin bin Haji Ahmad - Kuantan
Ahmad Azmi bin Haji Ahmad - Jengka
Fazilarwati binti Abd. Hadi - Kuantan
Harul Azam bin Mat Nor -Bentong
Junaidah binti Abdul Rahim - Kuantan
Noraidah binti Zulkifli - Jerantut
Norhailah binti Baharom - Maran
Roslah binti Mat Isa - Jerantut
Zulkifli bin Mohd Ali - Pekan

Semoga tuan puan semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt.
 10.Petang hari menjala ikan,
Sambil menyiram bunga di taman;
Selamat hari lahir diucapkan,
Kepada tuan puan yang budiman.
 11.Sakitnya kaki terpijak duri,
Kerana hendak menangkap ikan;
Kepada Allah kita syukuri,
Atas nikmat yang diberikan.
 12.Senyuman manis sungguh memikat,
Barulah cinta mekar bersemi;
Usia kita semakin meningkat,
Matangkan diri kukuhkan ekonomi.
 13.Tumbuh segar pohon melati,
Terbang tinggi burung lelayang;
Hadiah apa yang dinanti,
Daripada orang yang tersayang?
 14.Anak padi tumbuh melata,
Berenang-renang si anak ikan;
Kek sudah di depan mata,
Silalah potong kita raikan.
rujukan pantun: putribalkish.blogspot.my

15. Majlis hari ini diserikan dengan kehadiran Pengarah PPAP iaitu Hajjah Faridzah bt Jaafar. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Puan Pengarah telah menaikkan semangat dan moral kakitangan dalam menempuh bulan puasa di bangunan baru PPAP yang tersergam indah.

No comments: