Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, July 31, 2016

BUKU FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA pengarang MUHD NUR IMAN RAMLI

Buku FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA
Pengarang MUHD NUR IMAN RAMLI

NO. PEROLEHAN :DBER 12-04497
CALL NO. : 973.9092
ISBN : 978-967-411-007-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : SEJARAH DAN GEOGRAFI

ULASAN:
Buku ini membincangkan persoalan-persoalan yang timbul melibatkan para presiden Amerika Syarikat yang dikatakan manusia paling berkuasa di dunia. Antara persoalan yang penting untuk dijawab: Apakah wujud kuasa-kuasa tertentu dalam sistem politik Amerika? Sejauh mana kuasa dan pengaruh mereka melangkaui jawatan itu sendiri.Adakah wujud satu kuasa yang sangat aktif?

Buku ini juga mengandungi maklumat-maklumat unik dan penting perihal presiden, antaranya: pembunuhan Presiden Kennedy, Sumpahan Tecumseh, hantu Presiden Lincold, beg sulit Nuclear Football, mengapa penting hubungan Amerika dengan Israel serta kumpulan sulit di belakang presiden.

Dalam buku ini, penulis cuba meneliti kaitan antara presiden AS, kumpulan-kumpulan politik, pertubuhan-pertubuhan rahsia, peranan media dan isu-isu berkaitan masa depan Amerika sebagai kuasa bersar dunia.Penulis juga secara terperinci mendedahkan apa yang ditempuhi para presiden AS dalam kehidupan seharian mereka, selain membongkar mitos dan misteri yang menyelubungi sepanjang sejarah.

JUDUL : FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA
PENGARANG : MUHD NUR IMAN RAMLI
PENERBIT : PTS LITERA UTAMA SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2012
HARGA :RM20.00
MUKA SURAT :248
RATING :4/5

No comments: