Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, August 28, 2016

Buku NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU Pengarang MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Buku NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU Pengarang MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

NO. PEROLEHAN : DBER 02700
CALL NO. : 305.89923
ISBN : 978-967-61-2421-0
BAHASA : BAHASA MELAYU
KATEGORI : SAINS MASYARAKAT

ULASAN: Buku ini adalah sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam.Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara orang Melayu dan bukan Melayu.Fokusnya lebih kepada nasib orang Melayu di bumi sendiri.

Nasib Melayu di bumi Melayu adalah cetusan hati penulis yang berusaha memahami psiki orang melayu.Memahami bangsa majoriti dalam negara  kita merupakan suatu proses yang penting sebelum kita mengkaji bangsa yang ada di luar sana.Apabila berlaku pertembungan kepentingan agama dengan bangsa, negara dengan bangsa, nasional dengan bangsa dan lain-lain lagi, maka kepentingan agama dan negara mesti diletakkan di hadapan berbanding kepentingan lain.

Sejarah negara perlu difahami semua lapisan masyarakat agar wujud sikap saling menghormati terutama hak-hak istimewa bangsa peribumi apatah lagi jika telah termaktub dalam perlembagaan. Apa yang berlaku pada kaum Melayu akan meninggalkan kesan keutuhan agama Islam itu sendiri. Justeru itu, adalah amat penting orang Melayu merenung sejenak nasib Melayu di bumi Melayu agar kita dapat bangun semula mencipta kegemilangan demi menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

JUDUL : NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU
PENGARANG : MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD
TAHUN TERBIT : 2011
HARGA : RM22.50
MUKA SURAT :191
RATING :4/5

No comments: