[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Sunday, October 30, 2016

Program Perpustakaan UTC Pahang pada 22.10.2016

Perpustakaan UTC Kuantan tidak mempunyai kemudahan lengkap seperti perpustakaan peringkat daerah dan cawangan. Disini pengguna kanak-kanak, belia dan dewasa perlu berkongsi satu ruang terbuka.Pengguna perlu mempunyai tahap tolak ansur yang tinggi kerana mereka semua mempunyai keperluan yang berbeza. Kanak-kanak mahu bermain dan membuat bising. Belia mahu memberi tumpuan kepada tugasan yang perlu disiapkan. Dewasa pula mahu relek santai dengan membaca akhbar dan majalah.

Sehingga kini kami perlu memberikan tumpuan membantu pelajar yang perlu menyiapkan pelbagai tugasan PT3, SPM, STPM, Kolej dan IPT. Kami tidak lagi menyediakan kemudahan permainan yang seterusnya menjadi terlalu bising dan mengganggu pelajar membuat tugasan. Kami juga tidak membenarkan kanak-kanak menggunakan komputer untuk bermain games dan menonton cerita. Kerana pelajar memerlukan komputer tersebut untuk membuat pelbagai tugasan penting.

Tetapi aktiviti mewarna untuk kanak-kanak tetap dijalankan setiap minggu bermula hari Selasa hingga Sabtu.

Pada 22.10.2016 Perpustakaan UTC telah menjalankan sambutan hari kanak-kanak. pada hari ini pelajar yang perlu membuat tugasan perlu pula memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menjadikan keseluruhan ruang di Perpustakaan UTC adalah 'milik' kanak-kanak.
 Buah jambu buah kedondong
Jatuh ke tanah menimpa batu
Hidup harus tolong menolong
Tanpa diupah karena membantu
 Buah kelapa buah rambutan
Bakar sampah api membara
Jadilah anak suka persahabatan
Agar bertambah jumlah saudara
 Pergi ke pasar beli berondong
Pagar rumah kayu petai
Mari saling tolong menolong
Agar masalah cepat selesai
 Pohon ceri ditanam di huma
Petik buahnya masukkan kantong
Saling memberi saling menerima
Saling bantu tolong menolong
 Di sana gunung di sini gunung
Di tengah-tengah gunung batu
Daripada saling singgung
Lebih baik saling membantu
 Merah warna pucuk daun kurma
Paling cocok taruh di pinggiran
Marilah semua duduk bersama
Saling bicara tukar pikiran
 Ambil segulung tali bambu
Sudah diambil mari diikat
Jika saling bantu membantu
Tak ada pekerjaan berat
 Tinggi batang pohon bambu
Tumbuh di sebelah pohon duku
Engkau dan aku adalah satu
Walau beda ras dan suku
 Ke Pontianak membeli tembikar
Beli tembikar isinya penuh
Anak sekolah jangan bertengkar
Jika bertengkar banyak musuh
 Gajah perang melawan gajah
Seekor pelanduk mati di tengah
Jika sering melakukan sedekah
Banyak saudara iman bertambah

sumber pantun:
   Indah sungguh warna pelangi,
               Tidak luput hingga senja;
          Ke lurah sama diharungi,
               Usaha bersama membawa bahagia.
           Buah salak di dalam kantung,
               Kulitnya keras isinya kelat;
          Bulat air kerana pembetung,
               Bulat manusia kerana muafakat.
           Turun ke paya memetik kangkung,
               Hati-hati terkena getahnya;
          Bergotong-royong penduduk sekampung,
               Hidup muafakat hidup bahagia.
           Beras segantang sudah disukat,
                Lalu disimpan di atas para;
          Andai seluruh masyarakat muafakat,
                Negara damai rakyat sejahtera.
           Sawah padi luas terbentang,
                Kuning keemasan indahnya maya;
          Percaya-mempercayai asas berpegang,
                Barulah muafakat kekal selamanya
           Harum sungguh bunga melati,
               Hiasan sanggul amat memikat;
          Bertolak ansur, hormat-menghormati,
               Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

sumber pantun:
 Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.
 Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
 Turun ke paya memetik kangkung,
Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.

sumber pantun:
tamanseribupuisi.blogspot

Buku TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS selenggaraan Yasmin Hussain

Buku TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS selenggaraan Yasmin Hussain

TAJUK BUKU: TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
NO. PANGGILAN:371.9 /TER
ISBN: 978-967584170
PENERBIT: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN. BHD
TAHUN TERBIT:2013
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM22.00

ULASAN BUKU

Buku ini dilengkapi dengan kaedah perlaksanaan dan pendekatan terapi bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

Penulis juga mengemukakan jenis-jenis dan kepelbagaian aktiviti bagi terapi dalam pendidikan khas serta penyediaan bahan yang diperlukan.

Pendekatan dan kaedah pengajaran yang efektif adalah penting bagi memastikan kanak-kanak berjaya mengawal emosi serta meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka.

Guru-guru dapat menggunakan buku ini bagi meningkatkan cara pengajaran dan aktiviti kanak-kanak tersebut kerana mereka memerlukan pendekatan yang berbeza daripada keperluan kanak-kanak normal.

Membuat penilaian  ketika melakukan aktiviti terapi adalah penting bagi mengenal pasti kebolehan dan kemahiran mereka. Justeru itu persedian dari segi mental dan emosi adalah amat diperlukan.

Malah buku ini dapat member galakan serta bimbingan khusus kepada guru –guru bagi melaksanakan terapi dalam pendidikan khas.

Buku: REKA BENTUK PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH oleh Penulis Isa Jantinegara dan Luna Mantyasih

Buku: REKA BENTUK PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH oleh Penulis Isa Jantinegara dan Luna Mantyasih

Buku sangatlah penting bagi memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dan menjadikan seseorang itu lebih matang dan bijaksana.

Jadi masakini muncul kesedaran akan pentingnya  membaca terutama di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan ramai penghuni rumah berniat untuk mewujudkan perpustakaan di rumah mereka.

Perpustakaan mini di rumah adalah salah satu cara yang boleh digunakan bagi memupuk minat membaca anak-anak seperti peribahasa yang menyebut meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Buku ini adalah jawapan kepada segala masalah yang timbul dimana ianya menyajikan inspirasi-inspirasi mencipta perpustakaan di rumah bermula dengan memilih tempat yang sesuai, cara penyusunan dan menguruskan buku dan rekaan yang dapat menghidupkan lagi suasana perpustakaan mini di rumah.

Penulis: Isa Jantinegara dan Luna Mantyasih
Penerbit: Synergy Media
No Panggilan: DROM 05790

Oleh:
Norhidayah Binti Salleh

Sunday, October 23, 2016

Buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH oleh SAKINAH SALLEH

Buku 10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH oleh SAKINAH SALLEH

TAJUK BUKU:10 TOKOH USAHAWAN MUSLIMAH
PENGARANG:SAKINAH SALLEH
NO. PANGGILAN:338.04082 / SAK
ISBN:978-967-411-151-9
PENERBIT:PTS MILLENNIA SDN. BHD
TAHUN TERBIT:2013
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM18.00

ULASAN BUKU  ;

Buku ini mendedahkan rahsia dan resepi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka.

Namun pada masa yang sama tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas langkah demi langkah, diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.

Sunday, October 16, 2016

Buku MERAIH BERKAT TANPA RIBA oleh FIRDAUS SHAHIDIN

Buku MERAIH BERKAT TANPA RIBA oleh FIRDAUS SHAHIDIN

TAJUK BUKU:MERAIH BERKAT TANPA RIBA
PENGARANG:FIRDAUS SHAHIDIN ET AL
NO.PANGGILAN:297.232 / MER
ISBN:978-967-0392-87-5
PENERBIT:MUSTREAD SD. BHD
TAHUN TERBIT:2014
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM 16.90

ULASAN BUKU

Buku ini hadir sebagai salah satu rujukan santai bagi membantu kita, seluruh umat Islam khususnya di Malaysia meraih berkat tanpa riba.

Selain memaparkan jenis-jenis riba dan bentuk riba dalam aktiviti kewangan semasa, penulisan ini juga mengandungi pandangan agama lain terhadap riba, bagaimana cara untuk bebas riba, dan banyak lagi!

Perkara ini penting disebar luas agar semua umat Islam faham dan bertindak untuk menjauhinya.
Moga dengan petunjuk yang diberi oleh Allah swt, kita semua selamat daripada dosa riba.
DAUS SHAHIDIN ET AL

Sunday, October 9, 2016

Buku: Kelarai Kehidupan oleh Shapiai Muhammad Ramly

Buku: Kelarai Kehidupan oleh Shapiai Muhammad Ramly

No Perolehan: DCAM 07870
ISBN: 978-983-46-1274-0
Kategori: 899.231

Ringkasan/ Ulasan:

Kelarai Kehidupan
Himpunan 101 buah puisi yang merangkumi pengalaman hidup dan pengamatan penulis terhadap persekitaran.

Aspek yang diketengahkan merangkumi aspek kehidupan, keinsafan, kecintaan kepada agama,bangsa dan negara.

Judul: Kelarai Kehidupan.
Pengarang: Shapiai Muhammad Ramly
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM12.80
Muka surat: 114
Rating: 5

Sunday, October 2, 2016

Buku Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza oleh Dr Herti Maryani dan Lusi Kristiana

Buku Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza oleh Dr Herti Maryani dan Lusi Kristiana

No. Perolehan: DRAU 00573
No. Panggilan: 615.321 HER
ISBN: 983-197-420-4
Bahasa: Melayu
Kategori: Kesihatan

Ulasan:

Buku “Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza” ini ditulis oleh Dr. Herti Maryani dan Lusi Kristiana, Apt.

Buku ini menerangkan kepada pembaca cara menyediakan ramuan herba tradisional untuk mengatasi influenza serta mengenali pelbagai jenis tumbuhan herba sebagai ubat mencegah influenza.

Selain itu, buku ini juga turut menerangkan kepada pembaca untuk mengenali influenza serta gejala-gejala penyakit dan cara mengatasinya.

Di dalam bab satu menerangkan tentang penyakit influenza, penyebab dan cara penularan, kaedah merawat, cara mencegah, vaksin dan cara merawat.
Di dalam bab dua pula menyentuh tentang jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat influenza seperti cengkih, asam, bawang merah dan pelbagai lagi.

Segala herba yang dinyatakan di dalam buku ini dikatakan mampu merawat penyakit influenza dan juga pelbagai penyakit yang lain.

Buku ini sememangya amat bagus untuk dijadikan panduan sebagai langkah pencegahan yang dapat diambil oleh para pembaca bagi mengelak penyakit tersebut.

Judul: Tumbuhan herba untuk mengatasi influenza
Pengarang: Dr. Herti Maryani dan Lusi Kristiana, Apt.
Penerbit: SynergyMedia
Tahun terbit: 2010
Harga: RM 14.90