Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, December 14, 2016

Buku: 10 Lagenda Puteri Nusantara oleh Firas Idlan

Buku: 10 Lagenda Puteri Nusantara oleh Firas Idlan

No Perolehan: DTEM 07702/14
ISBN: 978-967-364-157
Kategori: K 398 FIR

Ringkasan/ Ulasan:
10 Lagenda Puteri Nusantara

10 Lagenda Puteri Nusantara ini menghidangkan 10 buah cerita puteri alam melayu paling terkenal yang digubah khusus untuk santapan kanak-kanak.

Sebagai daya penariknya, kisah dan hikayat puteri-puteri ini dihiasi dengan ilustrasi-ilustrasi berwarna-warni yang cantik untuk menarik minat pembaca cilik.

Uniknya, ia juga digarap dengan sedikit perkataan klasik agar kanak-kanak dapat menambahkan lagi kosa kata mereka.

Tujuan utama penerbitan buku ini adalah untuk memperkenalkan, sekali gus menonjolkan semula keasyikan lagenda puteri melayu yang semakin tenggelam dan luput dek zaman.

Penerbit berharap inisiatif murni ini dapat menyumbang kepada pengkayaan bahan bacaan dan terus mengekalkan kekayaan warisan budaya kita dalam diri anak-anak.

Semoga terhibur membacanya!

Judul: 10 Lagenda Puteri Nusantara
Pengarang: Firas Idlan
Penerbit: Edukid Publication Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM35.92
Muka surat: 164
Rating: 5

Ulasan oleh
Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

No comments: