[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Wednesday, December 21, 2016

Buku: Air Mata Ibu oleh Norani Abd Hamid

Buku: Air Mata Ibu oleh Norani Abd Hamid

NO. PEROLEHAN    :  EJAM 002402
NO. PANGGILAN    :  297.577
ISBN:  9789670210124
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  AGAMA

ULASAN: Air Mata Ibu merupakan buku yang membentuk sah siah diri setiap anak.  Sesuai dengan perintah agar anak tidak menderhaka kepada kedua ibubapa terutama ibu yang melahirkan. 

Bahagian awal buku dimuatkan dengan kes-kes penderhakaan dan balasan yang setimpal kepada pelaku ketika masih di dunia ini.  Penceritaan yang mudah dengan saiz teks yang sesuai membolehkan semua peringkat pembaca boleh menghayati buku ini dengan cepat. 

Kesah-kesah ikhtibar dari sejarah juga dinyatakan bagi menambah peringatan sediada.  Penekanan berbuat baik kepada ibu melebihi bapa seperti apa yang dinyatakan olah Rasulullah s.a.w. 

Panduan untuk membentuk keluarga mawadah sakinah dangan melahirkan anak-anak yang berbakti kepada ibubapa dan menjauhi penderhakaan diberikan seawal merancang perkahwingan agar kejadian sudah terhantuk baru tegadah tidak terjadi kepada generasi sekarang. 

Dititipkan panduan kepada yang telah terlanjur melakukan penderhakaan agar kembali ke pangkal jalan semoga diberi pengampunan.  Tidak ketinggalan kesah mengenai fadhilat kepada anak soleh yang memuliakan ibubapa.  Betapa ganjaran syurga akan diberikan kepada anak soleh yang menghormati ibubapa dan menjalankan perintah serta suruhan Allah.   

Adalah diharapkan buku ini menjadi panduan kepada ibubapa dan anak-anak dalam mencari Keredhaan Allah dan berjaya dunia dan akhirat.  Mudah-mudahan kehidupan anak-anak akan diberkati Allah kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orangtua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua.

Pengarang  :  Norani Abd Hamid
Penerbit :  Best Seller Publication
Tahun Terbit :  2011
Mukasurat :  135
Rating  :  7/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias

No comments: